Dipersembahkan "Triangle Of L.U.V."...
TRIANGLE OF L.U.V
Luqman ~ Aku cintakan
seseorang yang aku tidak kenal
Umairah ~Setiap kali
mataku bertembung dengan matanya, hati menjadi tidak keruan
Vincent ~ Mungkinkah dia jodohku?
………………………………………………………………………………………………………
“Vince!” jerit seorang gadis
dari tingkat dua. Seorang pengawas sekolah yang kacak berbangsa Cina - Perancis
mendongak wajahnya. Keningnya terjungkit apabila gadis itu menyuruh dia untuk
menunggu. Sepantas kilat gadis itu berlari menuruni tangga. Dia
termengah-mengah sambil memegang dadanya di hadapan lelaki itu.
“Comment allez-vous (How are you)?” tanya lelaki itu. Nurul Umairah
Natasya tercengang. ‘Ah sudah! Dah keluar Bahasa Perancis!’
“Je vais bien(I’m fine).”
jawab Umairah.
“Au revoir(Goodbye).” balas lelaki itu pula. Keningnya sengaja
diangkat-angkat menandakan dia mencabar Umairah untuk membalas kata-katanya.
“Huh? What?” tanya
Umairah.
“Wrong answer. Bye.”
terus dia meninggalkan Umairah. Umairah tergaman. Dia terus memukul kepala
Vince dengan kamus.
“Adoi! Oit, sakitlah.” jerit
Vincent. Dia memegang kepalanya seakan-akan memeriksa sekiranya terdapat
sebarang luka pada kepala.
“What did you said Mr.
France?” tanya Umairah. Pelajar-pelajar yang lalu lalang memerhatikan tingkah
laku mereka berdua. Umairah bercekak pinggang di hadapan Vincent yang enam kaki
sepuluh inci.
“Kamus kan ada. Cari
sendiri. Kaukan budak bijak.” perli Vincent. Umairah mencebik.
“Diri sendiri pandai tak
nak mengaku. Wahai budak Perancis, sedarlah diri tu skit. Kau lagilah pandai.”
balas Umairah. Vincent menjeling.
“Like I care.” ujar
Vincent sambil membuat muka masam. Umairah menjungkitkan keningnya. Dia memukul
bahu Vincent dengan kamus setebal 1336 muka surat. Vincent mengaduh kesakitan.
“Are you trying to kill
me Miss Dangereux ( Miss Dangerous
)?” tanya Vincent. Umairah menjelirkan lidahnya.
“Tak payah buat muka
kesianlah Vince. Tak kacak pun.Kalau kacak pun, masih tak boleh kalahkan Dotty.
Dotty jauh lebih kacak daripada kau.” usik Umairah. Vincent tertawa. Dotty
merupakan kucing Parsi kepunyaan Vivienne.
“Kan senang kalau kau
ketawa. Senang hati aku. Lagi baik kau senyum. Senyum itu suatu sedekah.” ujar
Umairah.
“Okey. Nanti aku senyum
hari-hari kepada kau. Puas hati?”tanya Vincent.
“Oit! Nanti kalau orang
panggil kau gila, jangan marah aku. Aku dah warning kau awal-awal.” balas
Umairah. Vincent memukul bahu Umairah dengan buku teks Sejarah Tingkatan Tiga.
“Nanti kalau aku kahwin
dengan kau, hari-hari aku senyum. Sebelum kau bangun tidur, aku dah senyum.”
kata Vincent.
“Kahwin dengan kau? So
sorry. Kau beragama Kristian manakala aku pula beragama Islam. Mana boleh.
Tuhan marah.” tutur Umairah. Vincent mengangguk sambil tersenyum nipis.
“Dahlah. Jom balik.
Tengok di sana. Maysara, Intan, Huda, Richard dan Sufian tengah tunggu.”
“Mana? Oh.. Okey. Siapa
lambat, dia belanja ais krim!” jerit Umairah sambil berlari meninggalkan Vincent
di belakangnya. Vincent mengejar Umairah. Dalam hati Vincent, dia berkata
‘Umairah, je t’aime toujours (Umairah,
saya sentiasa menyukai awak).’
………………………………………………………………………………………………………
“Bonda!” jerit Umairah
dari ruang makan. Puan Rozana yang sedang membaca surat khabar mengangkat
kepalanya.
“Baru balik?” tanya
Puan Rozana. Umairah mengangguk. Tudung sekolah di kepalanya dicampakkan ke
atas sofa mewah di ruang tamu.
“Ma mere, je veux manger de la norriture japonaise
( Bonda, saya mahu makan makanan Jepun)” kata Umairah. Dia meletakkan kepalanya
di atas paha Puan Rozana. Puan Rozana mengelengkan kepala. Walaupun Vincent
telah dua tahun berpindah ke Kuching, namun anak gadisnya ini masih boleh bertutur
dalam bahasa Perancis. Kuatnya pengaruh rakan sebaya.
“Ne peut pas la mere (Boleh tak bonda)?” tanya Umairah.
“Peut, Umairah (Boleh, Umairah).” jawab Puan Rozana. Umairah bersorak
keriangan sebelum berlari ke biliknya. Puan Rozana mengelengkan kepalanya
sebelum bergerak ke bilik utama di tingkat atas. ‘Umairah macam budak kecil.
Mengalahkan Umar yang kecil.’
………………………………………………………………………………………………………
“Vince, nanti aku akan
pergi makan sushi. Kau pasti cemburu.” kata Umairah sambil memandang ke arah
gambar Vincent dan dia di atas meja belajar.
“Kalaulah kau ada di
sini.” sambung Umairah. Dia duduk di atas katil. Vincent pergi ke Kuching tanpa
sebarang kata. Umairah menyeka air mata yang keluar. ‘Kenapa kau pergi begitu
saja Vince? Kau tahu tak aku berasa sedih. Sekurang-kurangnya, ucapkanlah
selamat tinggal.’
“Kakak!” panggil Umar.
Umairah segera keluar dari biliknya.
“Kenapa dik?” tanya
Umairah. Umar tersengih.
“Hampeh punya adik.
Pandai tersengih jer.” ujar Umairah.
“Akak rindu Vince eh?”
usik Umar.
“Mana ada.”
“Tipulah.”
“Tak nak percaya,
sudah.”
“Kalau betul, kenapa
muka akak merah dan mata akak berair?” tanya Umar. Umairah terlopong seketika
sebelum dia cepat-cepat menyeka air mata yang bersisa. Umar ketawa lalu berlari
turun ke tingkat bawah.
“Bonda! Nanti bonda
dapat menantu lelaki campuran Cina - Perancis.” jerit Umar. Umairah segera
mengejar adiknya.
“Bonda jangan percaya
dengan cakap adik. Bonda, nanti bonda dapat menantu perempuan yang cantik.
Macam Lisa Surihani. Nama dia apa eh? Rasanya Intan Nur Suzana?” Umairah
menyakat Umar. Muka Umar merah. Dia sememangnya mempunyai hati terhadap Intan
yang tinggal selang dua rumah.
“Nanti kalau buat
majlis sambut menantu, senang saja, bonda. Tak payah pergi jauh-jauh. Satu
taman pula.” sambung Umairah.
“Bonda! Tengok kakak
ni! Tak habis-habis sakat orang.”
“Bonda dah lama tengok
kakak.” usik Umairah. Umar terus mencebik. Puan Rozana melarikan diri ke dapur.
………………………………………………………………………………………………………
“Kan sedap kalau
hari-hari kita makan sushi kan bonda?” tanya Umairah. Umar menjungkitkan
keningnya.
“Tak naklah. Kalau
kakak nak sangat, kakak pergi belajar di Jepun. Ambil course engineering.
Ataupun kahwin dengan mat Jepun. Apa susah.” balas Umar.
“Kakak tanya bonda,
bukan adik.”
“Adik tolong jawab bagi
pihak bonda.”
“Eh, itu bukan ke anak
Haji Abdul Majid ke? Yang belajar di University of Sheffield di United Kingdom?
Kacaknya dia.” puji Puan Rozana. Dia menukar topik perbualan dengan sengaja.
Umairah mecebik. ‘Ni mesti anak kedua dia yang nakal itu. Si Perasan Macho
a.k.a. Syahmi Lutfi!’
“Nama dia apa, bonda?”
tanya Umar seraya menghirup air teh hijau.
“Entahlah. Rasanya
Muhammad Syahmi Luqman.” terus Umairah tersedak. ‘Senior Luqman? Biar betul?
Bukan dia pergi ke Universiti of Monash ke?
Macam mana boleh ‘tercampak’ di United Kingdom pula?’
“Bonda, bukan ke Senior
Syahmi Luqman pergi ke University of Monash ke?” tanya Umairah.
“Entahlah bonda. Mana
bonda tahu pasal tu. Ni pun sebab Che Hanim yang rumah sebelah beritahu. Kenapa
Umairah?” tanya Puan Rozana.
“Tiada apa-apa bonda.
Cuma rasa pelik saja.” jawab Umairah. Dia langsung tidak menoleh untuk melihat
wajah kacak Luqman. Entah mengapa dari dulu lagi, dia tidak sibuk untuk mencari
teman lelaki seperti rakan-rakannya yang lain. Dia tiada keinginan untuk
mencari cinta ketika ini. Baginya, cukuplah keluarga dan kawan-kawan sebagai
peneman. Kerana hatinya telah cukup terluka.
“Kenapa tak tengok kak?
Kacak.”
“Do I care? Nope.”
balas Umairah.
“Bonda, kalau bonda
dapat menantu macam ini mesti best. Kan kak?” Umairah menjelirkan lidah sebelum
membuat muka poyonya.
………………………………………………………………………………………………………
Rambutnya disisirkan ke belakang.
Perjalanan ke Selangor dari Sarawak terasa amat penat walaupun menggunakan
kapal terbang. Minyak wangi Gucci yang setia di dalam beg pakaian diambil lalu
disemburkan pada badannya. Dia membetulkan baju sebelum melangkah keluar dari
biliknya.
“Ayah.” panggil Vincent.
Seorang lelaki yang berumur mungkin hampir separuh abad, mengangkat kepala dari
komputer riba.
“Kenapa
Vince?” tanya lelaki itu.
“Ayah, Vince keluar
sebentar.” ujar Vincent. Dia mengambil jaket bewarna hitam dan kunci
motorsikalnya. Tidak lama kemudian, bunyi derungan motorsikal kedengaran
sebelum bunyi itu akhirnya menjadi sayup-sayup.
………………………………………………………………………………………………………
“Umairah!” jerit Huda.
Umairah tersenyum. Dia segera mengatur langkah ke arah Huda, Maysara dan Intan.
“Sorry sebab aku
lambat.” ujar Umairah. Dia tersengih kepada Huda.
“Pandailah. Kau lambat
37 minit 12 saat.” balas Huda. Dia menjungkitkan keningnya.
“Okey. I promise I’ll
be punctual next time.”
“Keeps you words or
else you’ll be my punch bag.” gertak Huda. Maysara dan Intan ketawa
terbahak-bahak. Mereka berempat memasuki pustaka. Umairah mengambil tempat di
belakang bersama Intan manakala Huda dan Maysara pergi mengambil buku Fizik dan
Kimia.
“Intan, aku nak pergi
ladies jap. Kau duduk sini.” kata Umairah. Dia bergegas ke tandas perempuan
yang terletak di hujung koridor. Ketika keluar, matanya terpandang seorang
jejaka tampan sedang merenung jauh ke luar tingkap. Hati Umairah terasa
bagaikan bergetar. Umairah berdiri kaku memandang lelaki itu.
“Senior Luqman.” bisik
Umairah separuh sedar. Dia pernah meluahkan perasaannya terhadap Luqman dua
tahun yang lalu, namun ditolak mentah-mentah olehnya. Kata Luqman, dia tidak
mempunyai keinginan untuk bercinta monyet dengan mana-mana gadis. Ayat-ayat
yang dituturkan oleh Luqman merobek hatinya sekaligus membuatkan pintu hatinya
tertutup untuk lelaki lain.
Umairah berlalu pergi dari situ. Dia tidak
betah berdiri di situ dan mengingati kisah silam. Kakinya digerakkan ke arah
balkoni perpustakaan. Umairah menarik nafas lega. Dia melemparkan pandangan
jauh ke taman permainan. Tangannya segera membetulkan tudung ‘shawl’nya tatkala
bayu membuai dan menampar lembut pipinya.
“Yerlah. Nanti along
pergilah.” ujar satu suara dari belakang. Umairah bagaikan terkena kejutan
elektrik. Dia amat mengenali suara itu. ‘Suara Senior Luqman.’ getus hatinya.
“Mungkin along balik
dalam masa dua jam lagi. Rasanya sempat, umi.”
“Tak. Tak mungkinlah
kek itu dah rosak masa along ambil nanti.”
“Ya umi. Umi janganlah
risau sangat. I’ll be fi…...” Perlahan-lahan Umairah bergerak keluar.
“Cik.” panggil Luqman.
Umairah terkejut. Dia terlopong sambil membelakangi Luqman. Perlahan-lahan dia
berpusing 180 darjah. Muka Luqman langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Peluh dingin sudah mula membasahi wajah Umairah.
“Kenapa?” tanya
Umairah. Tangannya digenggam kuat bagi menghilangkan rasa gemuruh sambil
memandang Luqman yang bersandar pada pagar balkoni dengan wajah yang bersahaja.
Luqman bergerak ke arah Umairah. Umairah sudah mula gementar.
“Cik ada duit syiling
tak?” tanya Luqman. Umairah terlopong. Dia segera menyeluk poket seluar dan
mengeluarkan duit syiling yang paling besar. Luqman terpinga-pinga.
“Tak per ke kalau saya
guna duit syiling ini?” tanya Luqman. Umairah mengangguk. ‘Dia dah tak ingat
aku ke?’
“Okey, then. Thanks a
lot, cik. Bye.” kata lelaki itu sebelum beredar. Umairah memegang dadanya yang
terasa bagaikan hendak pecah. Dia bersandar pada dinding. Perlahan-lahan dia terduduk
di atas lantai. ‘Rasa macam nak demam’
………………………………………………………………………………………………………
Vincent meletakkan jem coklat kembali ke
atas meja. Ayahnya sedang sibuk membaca suratkhabar. Sejak ayah bercerai dengan
mak tahun lepas, ayah semakin sibuk dengan pekerjaannya. Vincent mengambil beg
sekolahnya. Dia mencapai topi keledar dan kunci motorsikal.
“Ayah, Vince pergi
sekolah dulu.” kata Vincent. Dia memeluk ayahnya. Tapi, walaupun ayahnya sibuk,
masa yang ada tetap diluangkan untuk anak sulungnya. Dia bersyukur kerana bekas
isterinya tidak menuntut hak penjagaan Vincent dan Vivienne. Dulu, dia sering
meminggirkan anaknya. Dan sekarang, dia akan menebus semula kesilapannya.
“Awal benar sih kamunya
pergi sekolah, Vince.:” kata Buk Siah yang sedang menyiram pokok bunga kertas
di halaman rumah.
“Biasalah Buk Siah.
Hari pertama ke sekolah.”
“Kok kamu enggak pergi
sama supir? Kan lagi senang sih.”
“Tak pelah Buk Siah.
Driver perlu hantar tuan puteri ke sekolah.” jawab Vince. Tuan puteri merujuk
kepada adik Vincent, Vivienne Tan yang berusia dua belas tahun. Tidak lama
kemudian, motorsikal MV Agusta F4 1000 R milik Vincent hilang dari pandangan
mata Buk Siah.
………………………………………………………………………………………………………
Umairah dan Umar keluar dari kereta Puan
Rozana. Mereka berdua melambaikan tangan ke arah kereta Honda Civic Type R Puan
Rozana. Umar berlari ke arah rakan-rakannya yang sedang memanggilnya. Bahu
Umairah ditepuk dari belakang.
“Hey!” panggil Maysara
dengan manja. Rambutnya yang diikat satu beralun tatkala dia berjalan. Umairah
berjalan bersama Maysara melintasi jalan raya.
“Eh,Maira. Semalam,
kerja Matematik Tambahan susahlah.” rungut Maysara.
“Tak susah pun.” jawab
Umairah.
“Eh, tersalah.
Kenapalah aku pergi tanya budak genius Add Math?” kata Maysara. Umairah
tergelak.
“Aku bukannya budak
geni… Sara! Aaaah!!” jeritan Umairah kedengaran apabila dia terjatuh setelah
hampir-hampir dilanggar motorsikal. Tangan kirinya terseliuh dan lututnya luka.
Penunggang motorsikal itu segera menolong Umairah untuk bangun. Umairah
mengetap bibir kerana menahan kesakitan. Orang ramai yang lalu lalang berkumpul
di sekeliling mereka.
“Apa yang berlaku ni?”
tanya guru disiplin, Cikgu Roslan.
“Saya hampir-hampir
terlanggar dia, cikgu. Dia mengelak dan terjatuh. Pergelangan tangan kirinya
cedera, cikgu.” jelas penunggang motorsikal itu.
“Ya Allah. Lain kali,
tolonglah berhati-hati. Dan kamu ini, jangan bawa motorsikal laju sangat.
Bahayakan nyawa orang lain.” nasihat Cikgu Roslan. Dia menyuruh Umairah untuk
pergi ke bilik sakit dengan segera. Ketika Umairah ingin beredar, buku yang
dipegang pada tangan kananya ditarik oleh penunggang motorsikal itu. Umairah
terkedu.
“S’il vous plait
pardonnez-moi, Umairah. Je n’ai pas l’intention de blesser votre
echantilloneur.(Tolong maafkan saya, Umairah. Saya tidak berniat untuk
mencederakan awak.)” tutur lelaki itu. Umairah terpana. Matanya membulat
memandang lelaki itu yang masih memakai topi keledar yang membuatkan Umairah
hampir-hampir tidak mengenalinya.
“Vince.” sebut Umairah.
Lelaki itu mengangguk. Maysara segera membawa Umairah yang kebingungan ke bilik
sakit.
………………………………………………………………………………………………………
“Siapa tadi tu?” tanya Huda. Intan dan Maysara
mengangguk.Mereka bertiga benar-benar ingin mengetahui gerangan jejaka itu.
Mereka bertanya sebaik sahaja Umairah bangun dari tidur. Umairah membetulkan
tudungnya dengan sebelah tangan.
“Vince.” sepatah
perkataan membuatkan Maysara, Intan dan Huda terlopong.
“Maybe tersalah. Maybe
bukan dia. I don’t know. I’m still confused about that incident.” jelas
Umairah. Intan menganggukkan kepalanya. Maysara dan Huda sekadar memandang.
“Nurul Umairah Natasya,
ada orang nak jumpa.” kata Cikgu Mastura. Umairah mengangguk.
“Kami pergi dululah,
Mairah. Nanti, aku beritahu Cikgu Nordin pasal kau.” kata Intan yang merupakan
rakan sekelas Umairah. Umairah terdengar mereka bertiga berborak-borak di luar.
Dia memejamkan mata sebentar.
“Hi.” kata satu suara.
Umairah membuka matanya perlahan-lahan. Dia tergaman. Keadaan menjadi sepi buat
seketika. Vincent mengambil tempat duduk di sebelah katil Umairah. Umairah mula
bermain dengan jari-jemari sendiri. ‘Kenapa aku rasa gemuruh ni? Adoii! Ni
mesti sebab dah lama tak jumpa. Sampai hati kau Vince…’
“Hai.” balas Umairah.
“Sakit lagi ke?” tanya
Vincent. Umairah hanya mengangguk sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap.
Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipinya.
“Umairah, saya tahu
yang awak marahkan saya.” kata Vincent. Umairah segera berpaling ke arah Vincent
kerana dua sebab. ‘Eh? Dia tahu ke? Baguslah. Tak perlu aku merajuk tak tentu
pasal. Wait! Dia ber’saya awak’. Aik? Peliknya.’
“Saya tahu saya
bersalah sebab tinggalkan awak tanpa sebarang kata. Saya minta maaf. Tolong
jangan senyap macam sekarang.You’r torturing me.”
“Awak nak saya cakap
apa?” tanya Umairah. Dia menundukkan pandangannya apabila menyedari bahawa Vincent
sedang memandang ke arahnya. Walaupun ada tabir antara Cikgu Mastura dan mereka
berdua, Umairah amat yakin bahawa Cikgu
Mastura sedang mendengar setiap perbualan mereka.
“Rupa-rupanya, awak ada
suara lagi.” sindir Vincent. Dia tersenyum. Umairah terpaku apabila melihat
senyuman Vincent. Dia terasa sesuatu yang aneh dalam hatinya. ‘Tak pasal-pasal
aku jadi tergaman macam ini. Bertuah punya budak. Tapi kenapa setelah dua tahun
tidak berjumpa baru aku perasan yang dia ni agak kacak? Ada lesung pipit lagi?
Memang cukup pakej.’
“Memang cukup pakej.”
tutur Umairah tanpa dia sedari. Vincent menjungkitkan keningnya.
“Memang cukup pakej?”
tanya Vincent. Umairah terlopong. ‘Dia dengar?!’
“Memang saya cukup
pakej. Saya boleh dengar, lihat, rasa, bersuara dan menyentuh. Cukuplah pakej
saya.” balas Umairah. Vincent tiba-tiba ketawa. Umairah memuncungkan bibirnya.
“I miss your jokes so
much,” ujar Vincent.
“Kalau rindu kenapa
pergi sana?” rajuk Umairah.
“Bukan saya yang nak
pergi. Ada urusan keluarga.”
“Urusan keluarga sampai
dua tahun?” tanya Umairah. ‘Kenapa dengan aku ni? Aduiih.. Vince, jangan
tinggalkan aku macam ini lagi.Kalau tidak, macam inilah rajuk aku.’
“Ermm… Sebenarnya mere (ibu) sudah bercerai dengan ayah
saya.” jelas Vincent. Wajahnya ditundukkan sedikit.
“Oh God. I’m so sorry,
Vince. I didn’t even knew about this before.”
“Never mind. I am okay.”
Keadaan menjadi senyap buat seketika. Umairah menahan debaran di hatinya.
Vincent menyisir rambutnya ke belakang. Derapan kasut dari luar membuatkan tiga
pasang mata terarah ke pintu. Ketukan di pintu memecahkan kesunyian yang
dicipta oleh Vincent dan Umairah.
“Siapa?” tanya Cikgu
Mastura.Dia membuka pintu. Seorang lelaki Cina yang tinggi lampai tersengih.
“Saya Richard. Cikgu,
Umairah ada tak? Cikgu Nordin panggil parent dia ke sekolah. Parent dia nak
ambil dia balik.” jelas Richard. Cikgu Mastura mengangguk. Dia bergerak ke arah
Umairah dan menolong Umairah bangun dari katil. Vincent mengambil beg sekolah
dan buku-buku Umairah.
Cikgu Mastura memapah Umairah ke kereta
Puan Rozana. Richard dan Vincent mengekori mereka sambil berbual-bual.
Sesekali, dahi Umairah berkerut menahan kesakitan di lututnya. Puan Rozana
berpeluk tubuh menunggu Umairah. Dia menanggalkan cermin mata hitamnya.
Cikgu Mastura membantu Umairah masuk ke
dalam kereta. Vincent dan Richard memasukkan barang-barang Umairah ke dalam
kereta. Cikgu Mastura dan Puan Rozana berbual tidak jauh dari mereka bertiga.
“Bila kau balik sini,
Vince?” tanya Richard. Umairah memasang telinga.
“Tiga hari lepas.”
“Lama tak jumpa, kau
makin kacak.” puji Richard.
“Dah kau pun sama. Aku
rasa dulu kau sekaki rendah dari aku. Tengok sekarang ni. Dah lebih dari aku.”
balas Vincent. Mereka berdua berdiri
tegak sambil memandang tepat ke arah satu sama lain. Umairah menahan ketawanya.
‘Mengalahkan Umar. Macam budak tadika jer.’
“Mana ada. Kau lebih
tujuh inci inci dari aku.” kata Richard.
“Mana pula. Kau salah
kira. Sepuluh inci jer.” balas Vincent. Dia mendekatkan bahunya dengan bahu
Richard untuk mengukur ketinggian mereka berdua. Mereka berdua tergelak.
“Vincent! Richard! Kamu
berdua tengah buat apa?” jerit Cikgu Mastura. Mungkin agak aneh apabila melihat
dua orang jejaka yang kacak berdiri tegak hingga berselisih bahu. Mungkin ada
yang akan berfikiran negatif terhadap mereka. (Termasuklah penulis sendiri
(@__@)” Erkk??)
“Ukur tinggi, cikgu!”
jawab Richard. Vincent hanya ketawa. Umairah terpana. Wajah Vincent yang sedang
ketawa benar-benar menyenangkan hatinya. Entah mengapa dia terasa amat gembira
apabila melihat senyuman dan gelak tawa Vincent. ‘Mungkin inilah yang dikatakan
sebagai rindu seorang sahabat.’ getus hati Umairah.
“Oiit! Irah!” panggil
Richard. Umairah tersentak. ‘Adooi! Kantoi dengan mamat ni. Macam manalah aku
boleh tenung si Vince sampai tak sedar dunia?’
“Kau tengok apa tadi?
Tengok Vince eh?” usik Richard. Dia suka apabila melihat jelingan marah
Umairah.
“Kau pernah makan kasut
tumit tinggi Alain Delon bonda aku tak?” balas Umairah. Dia memberikan jelingan
tajam kepada Richard seraya menunjukkan kasut milik Puan Rozana.
“Tak. Boleh juga aku
try sekali.” jawab Richard. Umairah menjelirkan lidahnya.
“Ricky!” jerit Muadz
dari atas. Kepala Richard didongakkan. Dia menghalang cahaya sang suria
daripada menyilau matanya dengan tangan kiri. Tangan kananya membalas lambaian
Muadz.
“Cikgu Zaiton cari!”
jerit Muadz sebelum beredar.
“Okey. Bye-bye. Jangan
buat yang bukan-bukan di sini.” gurau Richard dengan separuh nasihat sebelum
beredar. Keadaan menjadi sepi buat seketika untuk Vincent dan Umairah.
“Umairah.” panggil
Vincent. Dia menyerahkan sekeping kertas kecil kepada Umairah.
“Bye.” katanya sebelum
beredar.Umairah terpinga-pinga.
………………………………………………………………………………………………............
“Along! Kenapa ni?”
tanya Haji Abdul Majid. Luqman mengelengkan kepala.
“Tiada apa-apalah
abah.”
“Kenapa dari tadi abah
tengok along ayik tenung duit syiling itu?”
“Mana ada abah. Along
tengok beritalah.”
“Jangan nak tipu abah.
Walaupun abah baru keluar dari dapur, abah tahu yang along renung duit syiling
itu. Kenapa along? Ada masalah ke?” tanya Haji Abdul Majid.
“Atau along tak cukup
duit?” sambung lelaki yang berusia separuh abad itu. Dia melabuhkan punggung di
sebelah anak sulungnya.
“Abah, duit along cukup
lagi. Tak luak pun.” ujar Luqman. Dia menyisirkan rambut ke belakang.
“Along betul-betul nak
jadi engineer?”
“Cita-cita along, bah.”
“Alhamdulillah. Kalau
along suka dengan pekerjaan along nanti, abah lagi suka sebab dapat tengok
along berbahagia. Tapi untuk lebih berbahagia, jangan lupa ibadat yang satu.”
“Ibadat apa, abah?”
tanya Luqman. Alhadulillah, walaupun dia berada di tanah yang majoriti bukan Islam,
dia masih berpegang teguh pada agamanya, Islam.
“Abah boleh tolong
carikan bunga untuk kumbang abah yang ini, tapi abah tak pasti sama ada kumbang
abah ini suka atau tidak. Entah-entah dalam diam, kumbang itu sudah ada
bunganya. Abah tak tahu. Kumbang itu pun satu. Setiap kali abah suruh balik
sini, dia bagi alasan yang macam-macam. Ada assignmentlah. Ada group
discussion. Nasib baik dia belajar di Sheffield.
Kalau dia belajar di Selangor, tapi bagi
alasan macam itu, sah-sah abah tarik dia masuk ke kolej berdekatan. Ambil laws.
Kemudian, masuk dalam firma abah. Habis cerita.” kata Haji Abdul Majid. Luqman
tersengih. Dulu ketika dia dipaksa mengambil jurusan undang-undang, dua hari
dia mogok tak balik rumah. Tidur di rumah kawannya di Klang. Nasib baik pada
hari ketiga, umi memujuk dia pulang ke rumah dan permintaannya ditunaikan oleh
abah! Yeay!
“Along tiada bunga pun
lagi abah.” jujur Luqman berkata. Haji Abdul Majid mencebik.
“Tapi ada bunga yang
along minat……” terus kening kiri Haji Abdul Majid terangkat.
“But I didn’t know who
she is. I just know that she gave me this coin. I remember that I saw her face
a few times. But, I can’t remember who she is.” sambung Luqman.
“Pulak dah. Adooii….”
balas Haji Abdul Majid. Dia mengelengkan kepala kerana keletah anaknya. ‘Yang
tak kenal tu kenapa?’
………………………………………………………………………………………………………
Vicent berjalan mundar-mandir di dalam
bilik Vivienne. Adiknya menjungkitkan kening tanda pelik dengan sikap abangnya.
Komputer ribanya ditutup lalu diletakkan di atas katil. Vincent ‘mengukur
jalan’ bagaikan tidak mengendahkan adiknya.
“What is wrong with
you, bro?” tanya Vivienne. Vincent merenung adiknya.
“Nothing.”
“Nothing?” ‘Aik?! Tadi
bukan main dengan muka serius mengalahkan Perdana Menteri.’ getus hati
Vivienne.
“Yup. Nothing.” balas
Vincent. Kakinya diatur ke pintu bilik. Niatnya untuk bertanya tentang Umairah
kepada adiknya dibatalkan. Nanti tak pasal-pasal kena gelak dengan Vivienne.
‘Adooii.. Apalah nasib aku ni. Ada adik yang jenis suka gelakkan orang.’
“Is this about
Umairah?” duga adiknya. Spontan kepala Vincent berpusing 180 darjah. Dia
terlopong. ‘Dia boleh baca fikiran aku ke? Dia tahu ke pasal nombor itu?’
“Yup. I know about
that. You gave her your number isn’t? Don’t worry. I’m not a psychic
. I;m just an ordinary
girl.”
“Are you reading my
mind, Vivienne?”
“Nope. Just reading
your face. Whenever you did this face ,...” Vivienne membuat muka sedang sibuk
berfikir dengan lebih mendalam. “I already knew that you were thinking about
Kak Maira.”
“Only she can make you
like that.” sambung Vivienne.
“Now, let’s have a talk
between sister and brother.” kata Vivienne seraya menarik tangan Vince untuk
duduk di ruang keluarga di tingkat dua. Vivienne bersila di atas sofa bewarna
merah terang. Dia memeluk bantal sambil menunggu abangnya untuk memulakan
bicara mereka.
“Talk immediately.”
“Okey. It all started
when two of us were little. I always feel like she is my bestfriend. I didn’t
realize that I had fallen for her.” Vincent menarik nafas.
“Huh? Ceritalah lagi.”
pujuk Vivienne. Vincent membuat muka poyo. Nafas panjang ditarik sekali lagi
sebelum dia menyambung ceritanya. Sesekali muka Vivienne berkerut memikirkan
sesuatu. ‘Aissh.. Sedihnya abang aku ni…’
………………………………………………………………………………………………………
“Vince!” pekik Umairah.
Vincent menjauhkan telinganya daripada Umairah. Semakin lama dia mendengar
pekikan Umairah, boleh pekak dia.
“Kenapa?” tanya Vicent.
Dia kembali ke dalam dunia Sainsnya. Umairah merampas nota Sains itu. Vincent
tercengang.
“Give it back to me.”
arah Vincent. Dia mencerlung ke arah Umairah. Umairah membuat muka selamba
sambil mengipaskan dirinya dengan nota Vincent. Sebenarnya, dia agak takut
dengan cerlungan Vincent. ‘That’s not a good sign at all.’
“Don’t make me repeat
it again, Nurul Umairah Natasya.” marah Vincent. Umairah menelan air liur. Dia terkebil-kebil
memandang Vincent.
“Okay… I put it back
here. Statisfy?”
“Not too much.” Vincent
duduk semula di tempatnya. Umairah meletakkan semula nota itu. Dia memuncungkan
mulutnya tanda merajuk dengan sikap Vincent.
“Tell me what’s wrong.”
kata Vincent. Dia mula melakar telinga dan melabel setiap bahagian.
“Do I have to? Will you
listen to me?” duga Umairah.
“Do I have another
choice?” balas Vincent. “If this is about that ‘Kitten Kathy’, I don’t want to
hear it.” sambung dia.
“This is about our
senior, Luqman.”
“Yup. Whats wrong with
him?” tangan Vincent masih leka menari-nari sambil matanya sibuk memeriksa
kesilapan lukisan itu.
“I love him.” jujur
Umairah berkata. Vincent ternganga. Lukisan telinga tadi terhenti. Matanya
membuntang memandang Umairah. Wajah Vincent yang iras Jay Chou mula
kemerah-merahan.
“Err… Kau suka Senior
Luqman?” tanya Vincent. Buku-buku di atas meja Vincent jatuh. Umairah mengutip
satu-persatu.
“Sukalah. Dia baik
sangat. Kacak pula.” Richard yang berada tidak jauh dari Vincent membuat
isyarat bertanyakan kenapa. Vincent cuma mengelengkan kepala.
“Nanti aku nak luahkan
perasaan kepada dia. Kau ikut eh?” ajak Umairah seraya dia mengangkat
kepalanya. Buku Vincent dletakkan di atas meja semula. Vincent meneguk air liur
yang terasa pahit. Dia mengangguk perlahan-lahan.
“Kenapa kau tak
bersemangat ni? Come on.”
“Err.. Sains ni susah.”
jawab Vincent. Sedangkan sebenarnya, mata pelajaran Sains merupakan
kegemarannya.
“Kau ni. Relakslah.
Jangan stress sangat.” kata Umairah sebelum beredar ke meja Intan dan Huda.
“Kenapa?” tanya Richard
sebaik sahaja dia mendekati Vincent.
“Umairah suka akan….
Senior Luqman.” ujar Vincent.
“Hah? Biar betul?
Senior Luqman?” tanya Richard. Vincent mengangguk.
“Kau okey tak?” tanya
Richard lagi.
“Tak langsung. Sumpah.
Aku rasa nak demam.”
“Aku dah tak tahu nak
kata apalah. Kau pun satu. Kenapa kau minat pada budak Melayu. Islam pula tu.
Berlambak lagi perempuan Kristian kat luar sana yang beratur tunggu kau. Kau
jer yang buat tidak endah. Cuba kau cakap kau nak yang macam mana? Nak yang
Cina macam kita? Or Indian girl? Or Europe. Kenapa kau tak pikat Mary Anne atau
Susanne Fox? Atau kau nak jenis yang baik? Maybe Chong Siew Mei atau Ellen Lim
atau…..”
“Ricky, hati aku dah
terpaut pada Umairah Natasya.” kata-kata Vincent menghentikan hujah Richard.
Dia menarik nafas sebelum menyisir rambut ke belakang.
“So, you had made up
your mind?” tanya Richard.
“Almost like that.”
“Will you convert to
Islam?” pertanyaan Richard membuatkan Vincent termenung seketika.
“Hey. Don’t worry. Just
drop the subject. Continue your work.” kata Richard sebelum berlalu. Pertanyaan
Richard terus melekat di minda Vincent. Keesokan harinya, Vincent menemani
Umairah berjumpa dengan Luqman.
“Urrm.. Saya suka
awak.” luah Umairah. Vincent bersembunyi di sebalik dinding seperti yang
dipinta oleh Umairah.
“So?” tanya Luqman.
“Urrmmm….”
“Jangan ingat yang saya
akan ambil awak sebagai kekasih saya. Saya tidak minat dengan budak hingusan.
Tambahan pula, saya tidak berminat untuk bercinta. Pada pendapat saya, lebih
baik awak belajar. Lagipun belum tentu kita akan berjaya. Awak ingat saya suka
pada awak? Saya ulang sekali lagi. Saya tidak mina dengan budak hingusan.”
kata-kata pedas daripada Luqman mengundang kemarahan Vincent. Luqman berlalu
begitu saja.
“Maira…” panggil
Vincent. Umairah tidak berpaling.
“Never mind then.
Macamlah dia seorang jer kumbang di dunia ini. Ingatkan dia abang sulung kepada
Lutfi , adalah seorang yang baik. Rupa-rupanya tak. Malah lebih teruk daripada
Syahmi.” hambur Umairah. Air matanya menitis setelah luahan hatinya
dipermainkan begitu saja. Pada hari itu, dia bertekad untuk tidak mencintai
sesiapa lagi melainkan suaminya yang sah.
………………………………………………………………………………………………………
“Sedihlah cerita abang.
Kalau adik jumpa lelak itu, memang teruk dikerjakan.”
“Beberapa minggu
kemudian, ada khabar angin mengatakan bahawa Senior Luqman mula bercinta dengan
gadis Tingkatan Lima, Emily Rosmaizura.”
“Kiranya macam Senior
Luqman itu sadisticlah kan?” Vincent mengangguk.
………………………………………………………………………………………………………
“Today, we are the
victim of SPM.”
“Today, we’ll bring
success to ourselves.”
“Today, is the door to
the future.”
“Today, we are as busy
as bee.”
“Today, we’ll fight to
the end!” ikrar itu berakhir dnegan tepukan pelajar-pelajar Tingkatan Lima.
Umairah menarik nafas.
“Takut ke?” tanya
Vincent.
“Surely I am. Awak tak
perlah. Budak bijak. Pasti skor punya.”
“Tak semestinya. It
depends on our work. By the way, good luck.” seraya itu Vinent melangkah ke
dewan peperiksaan. Langkahnya terhenti.
“Umairah, wait for me
after the exam finish soon.” pinta Vincent. Umairah mengangguk.
“Vince, kau nak buat
apa?” tanya Richard.
“Something yang aku
patut buat selama ini.”
………………………………………………………………………………………………………
“Saya suka awak.” luah
Vincent. Gadis di hadapannya dipandang. Tenang tanpa ada sebarang perasaan di
matanya. Matanya kelihatan amat tenang bagaikan tiada apa yang berlaku.
“Vincent Tan, its not
funny at all.” ujar Umairah.
“This is not a joke,
Maira. If you accept me, let me know. Text me.” Vincent melangkah keluar dari kantin.
Kakinya terhenti apabila mendengar Umairah berkata.
“Do you know something,
Vince? Even if I love you, I can’t be with you.”
“I know that. Trust me.
I have the solution for that. Do you know what is the solution?” tanya Vincent.
Umairah mengelengkan kepalanya.
“Your God, Allah.”
sambung Vincent.
“Vince, you…”
“I know. Christian. But
I trust Allah. Right now, I just need strength to hold Islam tightly in my
hands and shout to the world about my trust.”
“Alhamdulillah.” ucap
Umairah. Vincent menyerahkan satu kotak kecil kepada Umairah. Sekeping logam
menarik perhatian Umairah. Sebelah hati bewarna merah disentuh. Loket itu
ditarik keluar.
“Cantik. Tapi kenapa
sebelah saja?”
“Here.” Vincent
menunjukkan sebelah hati bewarna biru di dalam genggamannya.
“Don’t worry. Saya
takkan pakai. Saya akan letak dalam dompet saya.”
“I don’t know what to
say.”
“Don’t say anything.
Remember, text me if you accept me. I’ll always be your friend even if you
can’t accept me as you love one.” Vincent melangkah ke motorsikalnya dengan
hati yang lapang.
………………………………………………………………………………………………………
“为什么你的儿子吗?”
(Kenapa dengan kamu anakku?) tanya Edward Tan. Vincent cuma tersengih.
“无父无" “(Tiada apa-apalah ayah.)” jawab Vincent. Dia
masih utuh memegang Blackberry hadiah daripada ayahnya.
“Kalau ya pun dah bercinta,
jangan tenung telefon bimbit.”
“Errr.. okey ayah.”
balas Vincent. Dia beredar ke biliknya. Tidak lama kemudian dia keluar sambil
memegang jaket.
“Nak pergi mana?” tanya
Edward Tan.
“Jalan-jalan.” jawab
Vincent sebelum memeluk ayahnya dan berlalu ke garaj. Sepanjang perjalanan
tanpa arah tujunya, Vincent asyik berfikir tentang Umairah. ‘Dia terima ke? Aku
tahu dia akan terima aku kalau aku masuk Islam. Tapi family aku dan dia akan
terima ke? Akan terima ke? Tapi aku sayangkan…. ’
Tiba-tiba sebuah kereta dipandu laju dari
sebelah kiri Vincent. Lampu merah di hadapannya langsung tidak dihiraukan.
Kakinya menekan pedal minyak. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi dentuman
yang amat kuat. Vincent terlantar di jalan raya dengan darah mengalir di
beberapa anggota badannya. Orang ramai bertungkus lumus menolong menyelamatkan
Vincent.
“Ma….i..ra…” sebut
Vincent sebelum kepalanya terlentok ke kanan tanpa disedari.
………………………………………………………………………………………………………
Umairah – Vincent : I
accept your proposal.
Umairah memadang telefon bimbitnya yang
dicampak di katil. Tiada balasan mesej daripada Vincent. Umairah menarik nafas
bagi menenangkan jiwanya. ‘Mungkin betul aku sudah jatuh cinta dengan kawan
baik aku sendiri. Kawan baik lelaki yang sentiasa bersama aku.’
“Tapi kenapa dia tak
balas ni? Siap dia kalau dia sengaja.” bisik Umairah separuh bergurau sambil
menumbuk bantal peluknya. Dia tergelak seorang diri apabila mengenangkan
dirinya.
I'm Lucky
I'm In Love With My Best Friend
Lucky To Have Been Where I Have Been
Lucky To Be Coming Home Again
I'm Lucky We're In Love Every Way
Lucky To Have Stayed Where We Have Stayed
Lucky To Be Coming Home Someday
Lucky To Have Been Where I Have Been
Lucky To Be Coming Home Again
I'm Lucky We're In Love Every Way
Lucky To Have Stayed Where We Have Stayed
Lucky To Be Coming Home Someday
“Vincent,
Biar malam berganti
hari,
Biar siang berganti
lagi,
Namun aku tetap setia
menanti”
Umairah memejamkan matanya. Harapannya agar
Vincent akan membalas mesejnya pada esok hari. ‘Semoga mimpi indah’ getus hati
Umairah.
………………………………………………………………………………………………………
“How could you?! Why
can’t you take care of him as well as I?!” marah seorang wanita yang bersanggul
kecil di hospital itu.
“Don’t put the blame on
me! This caused by the reckless driver.”
“But you can stop Vince
from going out!”
“I can’t imagine the
future! Could you stop shouting around? He’s safe now.”
“He’s safe now. But
what about tomorrow? The day after tomorrow?!”
“If you’r so worried
about him, why did you leave us?” pertanyaan Edward Tan menutup mulut Victoria
Clarkson. Dia berpeluk tubuh sambil menunggu di luar wad Vincent. Dua minggu
yang lalu, Vincen masiht terlantar di ICU.
“I had made up my mind,
Edward.” kata Victoria dengan tegas.
………………………………………………………………………………………………………
“Vince, mana awak pergi? Dah hampir tiga bulan
saya tak jumpa awak.” keluh Umairah. Dia memeluk lututnya sambil memandang ke
luar tingkap. Vincent menghilangkan diri sebelum dia sempat memberi jawapan.
Doa Umairah agar hati Vincent masih berada di atas landasan Islam.
“Kakak.” panggil Umar.
Umairah memalingkan muka ke arah pintu bilik. Umar duduk di atas katil
kakaknya.
“Sorry. Adik tak dapat
cari Vivienne Tan.”
“Tak per.” ujar Umairah
walaupun dia sebenarnya terasa ingin menangis. Dadanya terasa sebak
mengenangkan ujian yang sedang dihadapinya. Umar memeluk kakaknya.
“Adik sayang kakak tak
kira apa pun yang berlaku. Tolonglah jangan seksa diri akak macam ini.” pujuk
Umar. Umairah menitiskan air matanya. ‘Siapa kata satu penantian itu suatu
kebahagian? Satu penantian itu suatu penyeksaan!’
“Adik… kenapa akak
sayang pada Vince?” soal Umairah.
“Mungkin sebab Abang
Vince merupakan kawan rapat akak. Tambahan, dia baik dan selalu bersama akak.”
“Adik…. akak
betul-betul rindu.. dia. Akak nak jumpa dia.”
“Akak akan jumpa.
Insyaallah.” balas Umar. Umairah tersenyum sebelum memegang kepalanya. Sakitnya
terasa mencucuk-cucuk. Dan…….
“Bonda! Kakak pengsan!”
jerit Umar. Tubuh lampai kakaknya dipangku.
………………………………………………………………………………………………………
“Saya suka awak.” luah
Lutfi. Umairah terlopong. Dia menutup buku di hadapannya lalu menyusun semula
buku-buku berkaitan undang-undang. Dia ingin menolak kerusi ke belakang namun
terhenti apabila Lutfi bersuara.
“Kenapa?”
“Kenapa apa?” tanya
Umairah semula. Lutfi berdiri. Hanya meja selebar dua meter yang menjadi
perantara mereka.
“Kenapa awak tidak
membalas cinta saya, Maira?” tanya Lutfi. Dia terasa kecewa. Selama hampir
empat tahun dia memendam perasaan terhadap Umairah. Dia menahan sahaja gelodak
di hati setiap kali melihat Umairah berbual mesra dengan Vincent. Dia sangkakan
mereka berkawan baik namun dia silap. Dia sendiri yang melihat betapa merana
Umairah setelah kehilangan Vincent.
“Saya rasa saya tidak
perlu menjawab soalan itu.” seraya itu Umairah melangkah meninggalkan Lutfi.
Lutfi memegang lengan Umairah.
“Jawab, Maira.” kata
Lutfi.
“Perbuatan awak
sekarang menjawab segala persoalan saya. Malahan semakin megukuhkan jawapan
saya. Vincent tidak pernah menyentuh tangan saya. Tapi awak, dengan beraninya
menyentuh. Saya tidak suka. Vincent tidak pernah berbuat sebegini terhadap saya.”
lalu Umairah menarik tangannya dengan kasar dan berlalu dari perpustakaan.
Lutfi menghantarnya keluar dengan pandangan yang kesal.
………………………………………………………………………………………………………
“Maira, kau okey tak?”
tanya Intan. Umairah memandang Intan dengan pandangan yang kosong. Dia
melemparkan pandangan ke luar tingkap. Terasa sayu apabila teringat bahawa
Vincent sudah meninggalkannya hampir setahun. Umairah bersandar pada sofa di
restoran itu. Kaca mata hitamnya ditanggalkan .
“Intan, aku okey.
Korang janganlah risau. Aku okey jer.” ujar Umairah. Dia menghirup teh hijau
kesukaannya. Terasa pahit apabila ditelan. Mata Umairah tertancap pada
pergelangan tangannya. Semenjak kejadian itu, berat badannya berkurangan. Dia
terasa bagaikan hilang semangat apabila kehilangan Vincent.
“Kau nak ambil course
apa nanti?” tanya Huda bagi menukar topik. Dia tahu yang Umairah berasa janggal
apabila menjadi subjek utama perbualan mereka.
“Aku ambil course
engineering.” kata Maysara sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali.
“Wauuu.. I am a
doctor-to-be.” ujar Intan. Dia tersenyum manis.
“I’ll be a
businesswoman. Maira?” balas Huda yang akan mengambil alih syarikat pakaian
ibunya.
“I have to take laws.”
“Hah?!” serentak mereka
bertiga menjerit. Beberapa orang pelanggan memandang mereka berempat.
“Aku akan kerja dengan
ayah aku.” terang Umairah.
“But you hates laws,
Maira.” tutur Maysara.
“Dan di sekolah dulu,
kau yang paling banyak melanggar peraturan antara kita berempat.” balas Huda.
Kara-kata Huda mengundang ketawa Umairah.
“I used to hate it.
Now, I have to love it”
“Are you really sure
you’r fine?” tanya Intan.
“Do I look like a pale
patient, Doctor Intan?” gurau Umairah.
“Urm.. Ermm.. Let me
see. Just a bit.” jawab Intan. Umairah menjelirkan lidahnya. Mereka berempat
ketawa. ‘Vince, this are my best friends. I’ll make something useful to my
future. My promise.’
“Alhamdulillah.” sebut
seseorang tidak jauh dari empat orang gadis itu. Matanya masih leka memandang
gadis bertudung yang memegang cermin mata hitam. Dia tersenyum apabila melihat
tawa gadis itu.
………………………………………………………………………………………………………
Umairah menapak perlahan ke balkoni. Dia
duduk bersila sambil memandang tepat ke arah bulan. Tangannya mencapai gitar di
tepi kerusi. Jari-jemarinya menari-nari di atas gitar sebelum dimainkan.
‘Di dalam sebuah cinta
terdapat bahasa,
Yang mengalunkan indah
mengisi jiwa,
Merindukan kisah kita
berdua,
Yang tak pernah bisa
akan terlupa,
Bila rindu ini masih
milikmu,
Ku hadirkan sebuah
tanya untukmu,
Harus berapa lama aku
menunggumu,
Aku menunggumu,
Di dalam masa indah
saat bersamamu,
Yang tak pernah bisa akan
terlupa,
Pandangan matanya
menghancurkan jiwa,
Dengan segenap cinta
aku bertanya,
Bila rindu ini masih
milikmu,
Ku hadirkan sebuah
tanya untukmu,
Harus berapa lama aku
menunggumu,
Aku menunggumu,
Aku menunggumu,
Aku menunggumu,
Dalam hati aku menunggumu,
Dalam hati aku
menunggumu,
Aku….,
Dalam lelah ku
menunggumu,
Dalam lelah aku
menunggumu,
Aku masih menunggumu,
Bila rindu ini masih
milikmu,
Ku hadirkan sebuah….,,
Harus berapa lama,
Harus berapa lama,
Aku menunggumu,
Aku menunggumu,
Dalam hati ku menunggumu,
Dalam lelah ku
menunggumu’
Nafas ditarik panjang. Umairah mengusap
perlahan gitar itu. Hadiah pemberian Vincent setelah pergelangan tangannya
terseliuh. Umairah mengusap pula pada tulisan Vincent pada gitar. ‘les roses rose’ yang
bermaksud ‘the pink roses’. Umairah teringat kata-kata Vincent.
“Kenapa tulis les roses
rose?” tanya Umairah.
“Dah tu? Awak nak saya
tulis apa? The sadistic lady? Bersyukurlah Maira.”
“I prefer this.”
Umairah menunjukkan bunga ros plastik bewarna kuning di atas meja.
“I choose those word
because for me you’r the pink roses. Very lovely. Very nice. Just perfect.”
“I’m not perfect at
all, Vince.” ,
“No need to worry.
You’r perfect for me.” Vincent tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua-dua
bela pipinya.
Umairah mengesat air mata yang keluar. Dia
memeluk erat gitar itu. ‘I really miss you, Vincent Tan.’
………………………………………………………………………………………………………
Tangan kanannya
menari-nari di atas kanvas yang sebentar tadi putih. Warna coklat dicampurkan
dengan warna kuning lalu digerakkan ke pagar dalam lukisannya. Dia tidak
berpuas hati. Warna coklat dicampurkan dengan warna hitam. Tangannya laju
menari-nari sambil matanya memandang pemandangan di hadapannya.
“Done.” kata dia. Dia
menarik nafas panjang. Lukisan sebuah rumah kuning kecil yang dipagari kayu
bewarna coklat menghiasi kanvas itu. Pen tebal dikeluarkan. ‘Rasya’
terukir di bawah kanan lukisan itu.
“Hi Rasya!” panggil
seorang lelaki Inggeris sambil membawa dua mag berisi kopi suam. Lelaki itu
meletakkan mag tersebut di atas meja kecil. Gadis yang dipanggil Rasya itu
tersenyum. Dia meletakkan berus lalu berjalan ke arah lelaki tersebut.
“Where’s your mother,
Julian?”
“I guess she went to
the lake just now. Why?” tanya Julian.
“Just asking.” balas
dia. Telefonnya mula menyanyikan lagu ‘There You’ll Be’. Tangannya meraba-raba
mencari telefon pintarnya. Blackberry miliknya ditekapkan di telinga.
“Can I speak with Nurul
Umairah Natasya?” kata suara di sana. Gadis itu tersentak. Sudah lama dia tidak
mendengar namanya disebut.
“Nurul Umairah
Natasya’s speaking. Who’s there?” tanya Umairah.
“My name is Vivienne
Tan.” kata gadis di sana. Umairah tersentak. ‘Adik Vincent! Vince….’ serentak
air matanya mengalir. Julian memandang dengan mata yang bertanya. Umairah
mengelengkan kepalanya. Spontan, Umairah teringat kejadian bulan lepas.
………………………………………………………………………………………………………
Kakinya diatur kemas dalam istana itu.
Istana Al-Hambra! Sungguh, pertama kali melihat dia sudah jatuh cinta dengan
keindahan istana itu. Kakinya melangkah ke Taman Genna-AlArif atau Garden of
Architect.
“Cantik.” ujar dia.
Tiba-tiba dia rasa seorang diri. Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan.
“Ya Allah, mana budak
ni?” Umairah mula membebel seorang diri.
“Adik! Adik!” jerit
Umairah. Beberapa pengunjung Jepun memandang dia dengan pandangan yang pelik.
Sudah pasti mereka berasa pelik dengan bahasa yang ditutur Umairah. Kakinya
mula berlari ke balkoni. Mana tahu dia dapat menemui Umar.
“Adik, pergi ma…….”
kata-kata Umairah terhenti apabila dia memandang lelaki di hadapan Umar.Umar
terperanjat.
“Vincent…..” sebut
Umairah. Dia terkaku sambil berdiri di balkoni. Vincent menanggalkan cermin
matanya menyerlahkan mata bewarna hazel.
“Where have you been? I
waited for you for almost nine years!” marah Umairah. Dia menyeka air mata yang
mengalir.
“Saya tunggu awak
sampaikan saya sudah berputus asa. Dan sekarang apabila saya akan membuka buku
baru, awak hadir semula? Kenapa Vincent? Kenapa awak tak hadir empat tahun yang
lalu? Atau enam tahun yang lalu. Saya tunggu awak macam orang gila. Semua kata
apa yang saya lakukan tidak berbaloi. Tapi saya percayakan awak bulat-bulat!
Dan sekarang kenapa awak muncul? Kenapa muncul semula dalam hidup saya?!”
bentak Umairah. Tangannya menumbuk-numbuk bahu Vincent.
Vincent menahan tumbukan Umairah. Terasa
ngilu akibat ditumbuk oleh gadis yang lebih kecil daripada dia. “Miss, I am
sorry…”
“Miss? Awak ni kena
amnesia ke apa?! Siap kata sorry lagi? Kenapa setiap kali kita berpisah, kita
akan bertemu semula melalui kejadian yang tragik? Dan awak semakin berubah?!”
jerit Umairah. Dia mengetap bibir bagi menahan rasa sebak, marah, kecewa,
sedikit gembira dan lain-lain.
“Memang saya kena
amnesia pun. Siapa awak ni?” tanya Vincent. Kedua-dua belah kening Umairah
terangkat. ‘Vincent… Amnesia? Vincent? Amnesia? Amnesia and Vincent? Vincent
and amnesia? Ya Allah….’
“Kakak!”
“Eh? Cik!” jeritan dua
jejaka menjadi satu apabila tubuh Umairah terjelepok di balkoni Istana
Al-Hambra.
………………………………………………………………………………………………………
Nafas ditarik panjang sebelum dihembus.
Kata-kata Vivienne Tan masih terngiang-ngiang di telinganya. Umairah terasa
sebak. ‘Kenapa apabila dia sudah berputus asa, Vince datang semula ke dalam
hidupnya? Kenapa sekarang? Kenapa tidak sebelum ini? Ya Allah, apakah maksud
semua ini? Dan masihkah Islam tertanam kemas dalam hatinya? Adakah dia umat
Nabi Muhammad? Jika benar, Alhamdulillah.’
“Kak Maira, Vivienne
minta tolong.”
“Minta tolong apa?”
tanya Umairah.
“Akak, setelah akak
berjumpa dengan abang, dia cuba untuk mengingati semula apa yang berlaku.
Cubaannya bagus namun dia terlalu berusaha. Sudah dua kali dia terlantar di
hospital akibat pengsan dan sakit kepala yang teruk.”
“Vivienne nak akak buat
apa?” Umairah tahu jawapnnya. Namun, dia ingin mendengar dari mulut Vivienne
sendiri.
“Buat masa sekarang,
akak tolong elakkan diri akak daripada abang. He’s not recovered completely.
I’m begging to you. Please don’t. He’s my only brother.” rayu Vivienne. Umairah
terpana. ‘Mampukah aku menahan rasa rindu yang mengunung ini? Mampukah aku? Ya
Allah, tolonglah hambaMu ini.’
“I’ll try me best to
help you. And I’ll help on that way.” kata Umairah. Dia menitiskan air matanya.
‘Ya Allah, jika dia jodohku, tunjukkanlah kepadaku. Jika dia bukan jodohku,
jauhkanlah kami. Sesungguhnya hanya Engkau yang memakbulkan kesemua doa-doa.
Amin.’
………………………………………………………………………………………………………
Kakinya melangkah masuk ke dalam galeri
itu. Dia berasa kagum dengan lukisan-lukisan miliknya yang digantung. Beberapa
orang pengunjung sedang mengerumuni sebuah lukisan yang agak besar bertajuk
‘The Unbroken Heart’. Langkah diatur ke sana.
“Oh my! Miss Rasya!
Come here.” panggil seorang wanita Jepun. Umairah menghadiahkan senyuman kepada
pengunjung galeri milik dia dan Martha, ibu Julian.
“Miss Rasya, if you
don’t mind. I would like to know the hidden meaning of this painting.” kata
seorang lelaki berusia 50-an. Umairah menarik nafas panjang sebelum berkata.
“Sure Mr. Hawkes. Why
not. I had been inspired by my own past. I used to be hurt. I used to be in
pain. And I always prayed that my heart is invulnerable. So that, it will be
unbroken.Thank you.” jelas Umairah. Dia meninggalkan lukisan itu dan berlalu ke
lukisan ‘The Help’.
“Woow. What a great
talent you have.” puji seorang lelaki berumur 40-an. Umairah tersenyum.
“Thank you for that
compliment, Mr. Woods. But my answer for your invitation to dinner is still
no.” seraya itu Umairah berjalan ke Julian di kaunter. Takut dia dengan duda
enam anak itu. Julian pernah memberitahu dia bahawa lelaki itu pernah berkahwin
sebanyak tiga kali! Aktres terkenal, Lily Hawkson adalah bekas isterinya yang
kedua.
“Hey Rasya. Tired?”
tanya Julian sambil memeriksa beberapa helai kertas kerja berkenaan
penghantaran lukisan yang telah dijual. Umairah mengangguk.
“Where is Martha,
Julian?” tanya Umairah sambil tangannya mengambil sebotol air mineral. Diteguk
air itu hingga separuh botol. Dahaga yang telah bertapak selama hampir tiga jam
yang lalu beransur hilang. Julian mengangkat kepala dari kertas kerja.
“I think she went to meet
Mr. Moris just now. Eli! Where’r you? Please send those paintings to this
address. Thank you.” arah Julian. Seorang lelaki yang memakai uniform bewarna
kuning cair tersenyum kepada Umairah sebelum mengangkat kotak-kotak berisi
lukisan ke dalam lori.
“Miss…” Umairah menoleh
ke belakang apabila bahunya ditepuk lembut. Seorang gadis berbangsa Cina
mengukirkan senyuman.
“Can I help you?” tanya
Umairah.
“My friend want to buy
a painting but she wants to meet the artist first. Would you mind?” tanya gadis
itu. Umairah menjawab.
“Sure. Why not? Where
is your friend?” tanya Umairah. Tiba-tiba dia terasa tidak sedap hati.
“Urmm.. Behind you?”
balas gadis itu sambil tersengih. ‘Okey. That’s scary.’ getus hati Umairah.
“Your face really makes
my life turn upside down.” bisik lelaki itu. Umairah menoleh. Spontan tangannya
menutup mulutnya yang terlopong.
“Vincent? Vince?”
Umairah terus menjadi gelabah. ‘What?! That means this girl is’
“Vivienne?” duga
Umairah. ‘Tapi kenapa kecil jer?’
“Nope. Vivienne is at
Nice. I’m her cousins. Rebecca.” gadis itu memperkenalkan diri.
“Do you have any ideas
who am I?” tanya Umairah kepada Vincent. Kening Vincent bertaut.
“No…….”
“Then, excuse me. I
have to work now.” potong Umairah. Vincent menahan Umairah dengan memegang
fail-fail yang ingin dibawa oleh Umairah.
“Not that fast. You
think after you ruined my life two months ago, you can just walked away like
nothing’s happen between us?”
“Between us? What do
you mean? You didn’t even know who I am. And I never ruined your life. My
apologizes. Out of my way.”
“Then, how can you
shouted at me in Al-Hambra Castle? You yelled at me? Like we knew each other
for such a long time.”
“Can we use other language?
I can feel that my friend is listening to us.” bisik Umairah. Julian sesekali
menjeling ke arah mereka berdua. Umairah takut jika ada yang mengetahui
kisahnya.
“Let’s have a cup of
tea or something there.” seraya itu Vincent menunjukkan sebuah kafe di seberang
jalan. Umairah memandang Rebecca. Anggukan dari Rebecca melegakan hati Umairah.
Kaki diatur ke kafe itu. Seorang pelayan datang sambil membawa menu.
Umairah dan Vincent memesan kopi panas
sementara Rebecca mengambil tempat duduk tidak jauh dari mereka berdua.
Sesekali Umairah melemparkan pandangan ke luar ingkap. Bunga ros kecil yang
tumbuh subur di tepi tingkap menarik perhatiannya. Umairah menyentuh bunga itu
sambil tersenyum. ‘Comelnya!’
Vincent terkesima apabila melihat senyuman
Umairah. Senyuman yang dia pernah lihat tapi dia tak ingat. Sungguh dia
langsung tak ingat dan dia tak berani ambil risiko memikirkan tentangnya. Kali
terakhir dia terlalu memikirkan tentang Umairah, dia dikejarkan ke hospital
kerana pitam.
“Back to our chat just
now. Kejadian di Sepanyol, dua bulan yang lalu. Saya… Saya… Urm.. Erm..”
“Urm? Erm? Maaf. Saya
tak faham bahasa itu. Saya tak belajar lagi. Lain kali tolong tunjukkan saya
guru bahasa itu. Saya nak belajar juga. Mana tahu, saya boleh memahami
pertuturan awak.” peril Vincent sebelum tersenyum. Umairah mengetap bibirnya
tanda geram. Dia terus memukul bahu Vincent dengan beg tangan Jimmy Choo.
Ketawa Vincent menjadi semakin kuat.
“Huh?!” kening Rebecca
bertaut melihat aksi Vincent dan Umairah yang bagaikan pasangan kekasih yang
sedang bergaduh-manja. Vincent menyeka air mata yang keluar akibat terlalu
ketawa.
“How could you?” rajuk
Umairah. Vincent terdiam. Mutiara halus mula keluar dari tubir mata Umairah.
Dia memalingkan wajahnya. Malu sekiranya Vincent melihat dirinya yang lemah.
Dia sebenarnya malu apabila Vincent memerli percakapannya. Rasanya semua orang
akan menjadi gugup apabila bertemu dengan orang yang disukai. Rasanyalah……
“Sorry.” ujar Vincent
sambil menghulurkan sekuntum bunga ros kecil. Umairah terpinga-pinga sebelum
ketawa. ‘Dia petik bunga ros di tepi tingkap? Kelakarnya.’
“I feel alive when I
hear your laugh.” sambung Vincent. Kuntuman ros itu diserahkan. Umairah mencium
ros itu. ‘Wangi….’
“Happy?”
“Just a bit.” kata
Umairah. Vincent memberikan jelingan ‘tak puas hati’. Umairah membalas dengan
jelingan ‘tak peduli’. Mereka berdua terus lupa topik yang dibincangkan
sebentar tadi.
“Sir, that ros is not
for sale.” tegur seorang pelayan. Vincent dan Umairah terdiam. Mulut mereka
berdua ternganga. Rebecca sudah mengelengkan kepalanya berkali-kali. ‘That was
the first time I saw Vincent turned to be a Romeo. And the Juliet is the famous
artist, Rasya a.k.a. Umairah Natasya!’
………………………………………………………………………………………………………
Umairah tersenyum sendirian. Matanya tertancap pada sekuntum bunga ros
dalam balang kecil berisi air. ‘Sekuntum bunga ros sebesar empat jari berharga
12 dolar? Gila punya mahal! Tapi Vincent yang beri dan beli. Alahai…..’ Sarah
dan Maria menjungkitkan kening mereka. Umairah tersenyum bagaikan orang angau.
Sarah menghantar isyarat bermaksud kenapa kepada Maria. Maria hanya mampu
mengangkat bahu.
Sebetulnya, dia sendiri berasa hairan
dengan sikap Umairah. ‘Takkan bisnes Kak Maira terlingkup kot. Rasanya baru
tadi aku lalu di depan Martha & Rasya’s Art Gallery. Okey jer.’ getus hati
Maria. Tudungnya ditanggalkan. Plastik berisi makanan diletakkan di atas meja
makan untuk empat orang. Nadhyra, teman serumah yang seorang lagi seperti biasa
akan balik dari perpustakaan pada pukul enam petang.
“Kak Maira, okey ke?”
tanya Sarah. Mana tahu dia dah naik muak tengok warna cat.
“Okey jer, Sarah.
Kenapa?” tanya Umairah pula sambil tersenyum. Terjungkit kening kanan Sarah.
“Tiada apa-apa.” balas
Maria apabila Sarah hanya mendiamkan diri. Sarah menarik tangan Maria ke dapur.
“Kenapa dengan Kak
Maira tu?” tanya Sarah.
“Entahlah. Mungkin
terlebih hormone estrogen kot.” Sarah yang mengambil jurusan kejuruteraan
ternganga seketika. ‘Susahnya cakap dengan doctor-to-be ni!’
“Whatever. Sebelum ini
dia tak pernah se’angau’ itu. Even masa anak Martha Andrewson, Julian luah
perasaan terhadap dia pun. Dia buat tak endah jer. Lelaki sekacak Julian
Andrewson pun tak boleh memikat hatinya.”
“Mungkin dia dah jumpa
dengan soulmate dia?” duga Maria. Sarah tersenyum.
“Selama hampir tiga
tahun mengenalinya, Sarah tak pernah nampak dia menunjukkan minat terhadap
mana-mana lelaki. Mungkin benar dia dah jumpa dengan ‘orang itu’ Mungkin dia
dah jatuh cinta dengan tunangnya? Tapi kenapa tengok bunga ros itu?”
“Jika benar,
Alhamdulillah. Yang lain-lain tak payah fikir.” balas Maria. Mereka berdua
mengintai Umairah. Tangan Umairah masih memegang kelopak bunga ros kecil itu.
………………………………………………………………………………………………………
Tangannya membuka almari pakaian. Gaun
labuh bewarna biru tua dikeluarkan. Selendang panjang bewarna hitam dan biru
tua dicapai. Umairah memandang sekilas dirinya. Matanya tertancap pada cincin
berlian pada jari manisnya. Terasa mahu membuang cincin itu agar dia tidak lagi
terikat. ‘Kenapa bila aku jumpa dengan Vince, aku langsung tak ingat pasal
cincin ini.’
‘What can I do to make
you love me,
What can I do to make
you care,
What can I say to make
you feel this,
What can I do…….’
Telefon bimbitnya yang berdering diangkat.
“Waalaikummusalam,
bonda.” balas Umairah.
“Kakak balik bila?”
tanya Puan Rozana. Umairah berfikir sejenak.
“Lapan bulan lagi,
bonda. Kenapa?”
“Nanti kita buat majlis
nikah pada hari Jumaat. Hari Sabtu pula, kita buat majlis persandingan. Hari
khamis, kita adakan majlis menyambut menantu. Bonda lebih suka bernikah pada
hari Jumaat. Penghulu segala hari. Boleh tak kakak?” tanya Puan Rozana. Spontan
Umairah mengalirkan air matanya.
“Bonda, kakak tiada
mood nak cakap pasal perkara itu. Kakak minta maaf, bonda. Kakak kena pergi
majlis. Nanti kakak telefon bonda. Maaf bonda. Assalamualaikum.” kata Umairah.
Dia menyeka air mata yang keluar.
“Aduih… Umairah, dah
hampir setahun bertunang. Kakak tak nak ke buat persedian? Tak perlah. Jangan
lupa telefon bonda nanti. Walaikummusalam.” seraya itu tangannya mematikan
penggilan tadi. Umairah berbaring di atas katilnya. Tangannya mencapai loket
berbentuk hati bewarna merah yang dihadiahkan oleh Vincent sembilan tahun yang
lalu. Diarinya diambil dari laci.
‘Dear diary,
Only if I can speak out
my heart. Only if… Only if I can tell my fiancée that I’m the girl he used to
hurt. I’m the girl who had crush on him before. When is that ‘before’? Almost twelve
years ago. If I can say like this “
Dear Luqman bin Haji
Abdul Majid,
Remember me? I’m the
girl you used to hurt before. Fourteen years ago, I had a crush on you but you
just push away. Sounds familiar? I don’t know why you didn’t remember me at
all. I want to give you this, as your ‘present’.
No I can’t take one
more step towards you
Cause all that waiting
is regret,
Don’t you know I’m not
your ghost anymore,
You lost the love I
love the most,
I learn to live half
alive,
Now you want me one
more time,
And who do you think
you are,
Running around leaving
scars,
Collecting your jar of
hearts,
And tearing love apart,
You gonna catch a cold,
From the ice inside
your soul,
So don’t come back for
me,
Who do you think you
are,
I hear you asking all
around,
If I am anywhere to be
fiund,
But I have grown too
stron,
To ever fall back in
your arms,
I leran to leave half
alive,
Now you want me one
more time,
And who do you think
you are,
Running around leaving
scars,
Collecting your jar of
hearts,
And tearing love apart,
You gonna catch a cold,
From the ice inside
your soul,
So don’t come back for
me,
Who do you think you
are,
Dear it took so long
just to feel alright,
Remember how to put
back the light in my eyes,
I wish I had miss the
first time that we meet,
Cause you broke all
your promises,
And now you back,
You don’t get to get me
back,
And who do you think
you are,
Running around leaving
scars,
Collecting your jar of
hearts,
And tearing love apart,
You gonna catch a cold,
From the ice inside
your soul,
So don’t come back for
me,
Who do you think you
are,
Who do you think you
are,
Who do you think you
are,’
Got it? Bye!
With love,
Nurul Umairah Natasya binti Abdul Razak ,your
fiancée,’
“Kalaulah boleh kata
macam ini pada tunang sendiri.” luah Umairah. Tangannya menutup diari itu
sebelum mencapai gaun labuh dan selendang. Umairah berserah pada Allah Taala.
………………………………………………………………………………………………………
Kereta Honda CRV meluncur laju di atas
jalan raya. Pandangan dilemparkan pandangan ke luar tingkap. Tangannya masih
utuh memegang stereng. Titisan hujan yang turun hinggap pada tingkap. Kereta
dibelokkan memasuki tempat letak kereta bawah tanah. Dia mengunci pintu kereta
sebelum melangkah ke lif.
“Miss Rasya. Hi.” sapa
Sophie Dexture, seorang pereka fesyen. Umairah tersenyum.
“Hi Miss Dexture.”
“Oh dear. Don’t call me
Dexture. Just call me Sophie.”
“I’m sorry, Sophie. So,
you also been invited to the new gallery? Own by Mr. Abraham Clark, right?”
“Oh. Surely yeah,
Rasya. If he didn’t invited me, I’ll throw this ring in his mouth.” gurau
Sophie Dexture sambil meunjukkan cincin berlian di jarinya.
“Your fiancée? Congrats
Sophie!” ucap Umairah. ‘Gembiranya Sophie! Bertunang dengan orang yang dia
cintai. Sedangkan aku….’ Lif berhenti di tingkat satu bangunan itu. Umairah
membalas senyuman Sophie Dexture sebelum melangkah ke Martha dan Julian
Andrewson.
“Rasya! There you are.
Come let’s meet my friends.” ajak Martha. Tangan Umairah ditarik ke sekumpulan
lelaki yang berkot serta wanita yang memakai gaun mahal.
“This is Andy , the
owner of this building.” seorang lelaki berkot biru tua menundukkan kepalanya
sedikit sebagai tanda hormat.
“This is Cecelia
Artkinson, a photographer.” Cecelia Artkinson yang memakai gaun pendek bewarna
merah tua beserta tas tangan Gucci tersenyum.
“This are Penelope and
Paulina Ashton, daughters of the supermodel and a famous businessman, Catherine
and Edward Ashton.” Kembar itu melemparkan senyuman manis kepada Umairah sambil
mengangkat sedikit gelas mereka.
“This are Mr. Frank and
his wife, Elizabeth Eduqe.” Pasangan
yang memakai bau bewarna sedondon itu mengangguk sambil tersenyum.
“This gorgeous lady is
Lady Isabella Leroux and her children, Rebecca and Roxanne Leroux.” Wanita
berambut perang itu menundukkan kepalanya sedikit sementara anak-anaknya
terkebil-kebil memandang Umairah.
“Rebecca?” bisik
Umairah.
“Umairah?” Rebecca dan
Roxanne membisik dengan perlahan agar tidak didengari oleh ibunya.
“Girls, show her some
respect. Behave yourselves.” tegur Lady Isabella. Rebecca dan Roxanne
menundukkan hormat. Umairah diperkenalkan kepada Mr. dan Ms. Thomas, pemilik
butik terkenal. Dia menyapa semua orang dengan sopan walaupun hatinya masih
tertanya-tanya tentang kehadiran Rebecca di majlis itu. ‘Mungkinkah Vince ada
di sini? Tak mungkin. Nonsense!’ getus hati kecilnya.
‘No I can’t take one
more steps towards you,
Cause all that wai….’
“Excuse me for a
second” ujar Umairah kepada Julian dan Martha serta pasangan Thomas. Mereka
mengangguk sedikit sedangkan fikiran berada pada ucapan pengacara majlis. ‘Ya
Allah. Kenapa dia telefon aku semasa majlis amal ini nak bermula? Dahlah
lukisan aku yang first kena lelong.’
“Hello.” kata Umairah.
Dia duduk di birai tingkap.Matanya dilemparkan ke luar tingkap. Langit masih
menangis dengan sepi.
“Hello. Umairah,
where’r you?” suara itu kedengaran garau seperti biasa. Umairah termangu
seketika.
“At Abraham Clark’s
Gallery. Why?”
“I’m sorry if I disturb
you but my mother wants to talk with you badly. Would that it be okay for you?”
“I’m okay with that. Where
is she?”
“Hold on….” telefon
bimbit Luqman bertukar tangan.
“Umairah.” panggil
Hajah Zuraidah.
“Ya Hajah. Hajah apa
khabar?” sapa Umairah.
“Ya Allah. Janganlah
ber‘hajah’ dengan umi. Umikan bakal ibu mertua Umairah. Ni umi nak tanya.
Umairah balik ke Malaysia bila? Umi nak bawa Umairah berjumpa dengan Noor
Shafiqah. Dia pandai buat baju terutamanya baju-baju nikah, persandingan. Umi
berkenaan tengok Umairah pakai baju dia. Cantik dipandang. Boleh tak, Umairah?”
“Umairah tak tahu lagi,
Hajah… Eh.. Bukan. Ummi. Tak pasti lagi. Sebab sekarang ini Umairah sibuk
sangat. Kadang-kadang kena pergi ke Cambridge, Luton, Oxford, Bedford.Tak tentu
kerja Umairah ni, umi. Maaf, umi.”
“Kalau macam itu, umi
jerlah yang pergi sana. Nantikan cuti panjang. Umi pergi sana boleh?” tanya
Hajah Zuraidah.
“Urm.. Erm.. Boleh,
umi.” jawab Umairah dengan terpaksa.
“Baiklah. Nanti umi
berikan tarikh yang tepat. Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam,umi.”
‘Ya Allah, tabahkanlah
hatiku. Jika benar dia jodohku, dekatkanlah hati kami. Jika dia bukan jodohku,
jauhkanlah kami. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui.’ doa Umairah.
………………………………………………………………………………………………………
“Rasya, here your
drinks. Green tea with a teaspoon of sugar.” kata Julian sambil menyerahkan
segelas air teh hijau. Umairah tersenyum sebelum menghirup air itu.
“Now, we start our
auction.” kata seorang pengacara bertuksedo. Keadaan menjadi sepi dan hanya
bertemankan lagu Aquarium yang dimainkan seorang lelaki di suatu sudut.
“Firstof all, The
Melody by Rasya.” Tepukan gemuruh kedengaran. Dua orang model yang jelita
mengeluarkan ‘The Melody’ dari balik tirai. Lukisan seorang gadis yang
memejamkan mata sambil mendengar lagu di headphone dengan tangan yang didepakan
menghiasi kanvas itu. Padang rumput serta pelangi menjadi latar belakang.
“Let’s start with 3000
dollars.”
“4000 dollars!”
Penelope Ashton mengangkat nomborya ‘14’.
“4000 dollars! 4000
do..” kata-kata pengacara itu dipintas
“5000 dollars!” nombor
‘29’ diangkat oleh Frank Eduqe. Penelope Ashron menjeling tanda marah.
“7000 dollars!” pintas
Penelope Ashton. Paulina Ashton tersenyum.
“8000 dollars!” balas
Frank Eduqe.
“10000 dollars!” ujar
Penelope Ashton. Keadaan menjadi semakin tegang.
“13000 dollars!” kata
Frank Eduqe pula. Penelope berbisik dengan kembarnya.
“25000 dollars!”
Beberapa orang terlopong. Paulina tersenyum kemenangan.
“25000 dollars! 25
dollars! 25 dollars! Any oth……”
“40000 dollars!” potong
seorang lelaki sambil mengangkat nombor ‘27’. Umairah tergaman. Kebanyakan
pengunjung terlopong kerana harga yang sebegitu mahal telah ditawarkan untuk
sebuah lukisan. Umairah lebih terkejut kerana lelaki itu adalah Vincent Tan.
“40000 dollars! 40000
dollars! 40000 dollars! Any others?” tanya pengacara itu. Penelope dan Paulina
Ashton sudah berpeluk tubuh. Frank Eduqe menyisirkan rambutnya ke belakang
sambil bercakap dengan Elizabeth Eduqe.
“Sold to number 27! Mr.
Vincent Tan!”
Dan mata Vincent tajam
merenung mata Umairah yang keresahan.
………………………………………………………………………………………………………
“Umairah.” panggil
Vincent. Kakinya segera berlari masuk ke dalam lif. Punat ‘close’ ditekan
berkali-kali. Matanya bertembung dengan mata Vincent yang tajam menikam. Pintu
lif tertutup sebelum jejaka itu sempat masuk. Umairah menarik nafas lega.
‘Umairah, kau tu tunang orang! Tunang orang, Tak kira sesiapa tunang kau, dia
masih tunang kau.’ bisik hatinya.
Pintu lif terbuka. Umairah mengorak
langkah ke keretanya. Kunci dikeluarkan dari beg tangannya. Matanya mengawasi
tempar letak kereta bawah tanah itu. Tiba-tiba dia terdengar…………
“Meooooow!!!” seekor
kucing berteriak tidak jauh dari dia. Serta-merta kunci terjatuh dari
tangannya. Umairah tunduk lalu mengambil kuncinya. Dari pantulan cermin
keretanya, dia dapat melihat seorang lelaki datang ke arahnya. Umairah
berpaling.
“Hi, Mr. Woods. What’r
you doing here?” sapa Umairah. Luke Woods tersenyum. Dia melangkah lebih dekat.
“I’m waiting for you. I
really miss you, Rasya.” Luke cuba untuk memegang tangan Umairah. Umairah
menepis dengan kasar. Luke tersenyum nipis. Tangannya menyentuh pipi Umairah
sebelum….
“Aaaarghh!!!!!!!” jerit
dia. Umairah terpana. Belum sempat dia menepis dan memarahi Luke Woods, lelaki
itu menerima tumbukan daripada Vincent.
“Vince! What’s wrong
with you?!” marah Luke Woods. Dia memegang pipinya yang sedikit bengkak. Darah
mengalir keluar dari tepi bibirnya.
“Hey! We can share
her!” kata Luke Woods. Darah Vicent terasa mendidih mendengar kata-kata Luke
Woods. Dia terus meluru ke Luke Woods dan menumbuk berkali-kali. ‘Who’s he to
talk about Umairah that way!’
“Vince! Stop it!
Vince!” jerit Umairah. Luke Woods kelihatan separuh mati bahana tumbukan
Vincent. Umairah menarik lengan baju Vincent. Vincent melepaskan kolar baju
Luke Woods. Badan itu terhuyung-hayang sebelum rebah tidak sedarkan diri.
“What have you done?”
marah Umairah. Vincent hanya mendiamkan diri.
“What if he’s dead?”
duga Umairah. Vincent hanya tersenyum nipis sambil mengeleng.
“Nope. He’s fine. Look
at his chest. Still breathing.”
“Why did you do that?”
tanya Umairah. Dia bersandar pada keretanya. Tak semena-mena, badannya melurut
jatuh. Dia berlunjur. Vincent mengambil tempat di sebelahnya.
“Do what?”
“Why did you save me?”
tanya Umairah. Matanya terasa berkaca.
“I don’t know. Saya tak
boleh biarkan awak diperlakukan sebegitu rupa. Saya tak boleh. Apabila saya
dengar dia berkata “We can share her!”, saya rasa sangat marah. Saya rasa macam
saya perlu melindungi awak tak kira apa yang berlaku. Walaupun saya tak boleh
mengingati siapa awak sebenarnya, saya rasa yang saya masih perlu melindungi
awak. Umairah, sebenarnya saya rasa sa……” kata-kata Vincent dipotong oleh
jeritan Sophie Deveraux.
“Luke! What happened?”
tanya Abraham Clark sambil mengoncang tubuh Luke Woods. Sophie Deveraux
tergaman melihat keadaan Luke Woods.
“Abraham, let’s talk.
Sophie, calm her down.” arah Vincent sambil berjalan ke arah Abraham. Dia
menunjukkan ke arah Umairah dengan isyarat mata. Sophie Deveraux mengangguk.
Dia melangkah ke arah Umairah.
“Whath happened?” tanya
Sophie Deveraux ketakutan.
“He tried to touch my
hand but I parried his hands. Then he touched my cheek and Vincent gave him
some lessons about respecting ladies.” Umairah menjawab dengan muka yang tidak
beriak. ‘Why he saved me? Why?’
“Poor you, Rasya.”
balas Sophie Deveraux sambil memeluk Umairah.
………………………………………………………………………………………………………
Kakinya menekan pedal minyak. Stereng
dipusing ke kiri. Dia keluar dari kereta Honda CRV. Kunci dimasukkan ke dalam
poket kardigan yang bewarna coklat gelap. Bajunya berona krim serta seluar
jeans bewarna hitam dibetulkan sedikit. Tudung ‘shawl’ bewarna hitam berbunga
krim yang besar menampakkan kejelitaannya. Kasut but coklat bergerak dengan
langkah yang longlai apabila dia melihat wajah yang ditunggunya.
“Umairah!” panggil
Hajah Zuraidah. Tubuh lampai itu segera dipeluk erat. Umairah tidak memberikan
respon. Matanya tertancap pada wajah Luqman. ‘Apa yang dia buat di sini?’
“Jom.” ajak Umairah.
Luqman mengangkat beg ke dalam bonet. Umairah berjalan ke arahnya.
“Done?” tanya Umairah.
“Yup. Let me drive.”
pinta Luqman. Kening Umairah bertaut.
“I can drive.” kata
Luqman.
“License?”
“In my pocket.”
“Then, here’s the key.”
seraya itu Umairah masuk lalu duduk di tempat duduk belakang. Liyana dan Laila
mengambil tempat bersamanya. Hajah Zuraidah duduk di hadapan. Enjin dihidupkan
dan tayar Honda CRV itu meluncur di atas jalan raya.
………………………………………………………………………………………………………
“Beautiful house you
have, Kak Umairah.” puji Laila. Umairah tersenyum. Pintu dibuka. Tangannya
meraba-raba mencari suis lampu. Apartmen tujuh bilik itu didiami oleh Umairah,
Maria, Nadhyra dan Sarah. Umairah meletakkan beg tangan di atas meja makan. Dia
berlari menaiki tangga.
Maria, Nadhyra dan Sarah bersalam dengan
Hajah Zuraidah, Liyana dan Laila. Umairah baru sahaja hendak membuka mulut apabila
telefon bimbitnya berbunyi.
‘If you’r not the one,
Then why does my soul
feel glad today?,
If you’r not the one,
Then why does my hand
fit yours this way?,
If you’r not mine,
Then why does your
heart return my call?,
If you’r not mine,
Would I ….’
Wajah Luqman yang sedikit berubah dipandang
sekilas sebelum dia mengambil Blackberrynya. Umairah melangkah ke dapur.
“Hi.” sapa Umairah.
“Hi. Comment
allez-vous?” tanya Vincent. Dia menyelak kertas kerja dengan tangan kanan
sambil tangan kiri menaip pada papan kekunci komputer riba. Telefon bimbit
dilekapkan antara bahu dan telinga.
“Je vais bien. Why?”
“Why? Why what? I can’t
understand that.”
“Why you’r calling me?”
tanya Umairah. Dia menyentuh lukisan di dapur. Gambar bunga ros kecil di atas
meja di dalam taman. Hasil kerjanya. Umairah ketawa mengenangkan apa yang
berlaku tanpa menyedari sepasang mata sedang memerhatikannya.
“Maira, are you okay?
Why you’r laughing suddenly?”
“Oh nothing. I just
remember about the tiny ross. I wonder what will happen when we go there again?
Will that waiter give us a smile or a yell for picking his ros.”
“Great idea. Then, lets
have dinner there. Around 8 p.m.? We’ll see the waiter’s reaction.” ajak
Vincent. Dia memegang tingkap kaca di pejabatnya. Kota London kelihatan amat
sibuk walaupun jam sudah menunjukkan enam petang.
“I’m sorry, Vince but I
have guests at my home. I hope you understand that.”
“Oh sure I’ll
understand. Hava a happy time with your guests, honey.”
“Honey? What?”
“Did I said honey?”
Vincent memarahi dirinya dalam hati.
“Yes. You did, bee.”
Umairah ketawa. Namun lain bagi pemilik mata yang masih memerhatikannya.
Bibirnya diketap tanda geram.
“Maybe you need to go to hospital then. I have a meeting now.
So bye, Maira.” Vincent tertawa sendirian.
“Okay. Fine. Bye-bye
Vince.” Umairah ketawa. Dia bercekak pinggang sambil merenung lukisan itu.
‘Just wonderful’ bisik hatinya sambil tersenyum.
“Umairah.” panggil
Luqman. Muka Umairah berubah menjadi tidak berperasaan. Luqman merenung jauh ke
dalam anak mata Umairah.
“Why?” tanya Umairah.
Dia berpeluk tubuh. Nafas dihela bagi meredakan perasaan riangnya.
“Siapa tadi?” soalan
dibalas dengan soalan.
“A friend. Why you need
to know?”
“Because I’m your
fiancée. I need to know about you. Everything about you.”
“None of your
business.” Umairah ingin melangkah ke ruang tamu tetapi lengannya disambar oleh
Luqman.
“Let my hand off!”
bisik Umairah sambil memandang tepat ke dalam mata Luqman.
“Who’s that person? Or
should I call him ‘ that guy’?” bisik Luqman. Umairah membulatkan matanya tanpa
disedari. Luqman melepaskan cengkamannya. ‘Enough! That eyes and her silence
mean everything!’. Luqman meninggalkan Umairah yang tergaman di dapur.
………………………………………………………………………………………………………
“Maira!” panggil
Vincent dari seberang jalan. Umairah melambai ke arahnya sebelum melangkah
masuk ke dalam butik. Vincent menahan sebuah kereta sebelum mengikut langkah
Umairah.
“Hi Vince.” Sapa
Umairah sambil mengambil jaket berbulu bewarna coklat. Dia memeriksa kot itu.
“How can I help you,
Mr. and Ms. Tan?” tanya seorang pekerja butik. Vincent dan Umairah tergelak.
“I’m just his friend. I
want to buy a fur coat and some other thing.”
“How about the one that
you’r holding? Is it nice?”
“It is but I want a
black one.”
“I’m sure we have a
black coat in the same design. How about you Mr. Tan? Do you need something?”
“A black suit, a black
shirt and a red tie. And also a black loafer.” Pekerja itu beredar seketika
sebelum kembali dengan seorang lelaki yang beruniform lengkap.
“Mr. Tan, this guy will
help you.” kata pekerja yang mempunyai tag nama ‘Annie’ pada kiri baju.
“Eric, please follow me
now.” arah Vincent.
“Maira, I see you in a
few moments later here. Okay?” tanya Vincent. Umairah mengangguk. Dia melangkah
ke rak-rak sut diikuti oleh derapan kaki Eric. Umairah mengikut langkah Annie
ke rak-rak kot.
………………………………………………………………………………………………………
“Tak penat ke pakai
kasut itu?” tanya Vincent sambil menyudu kek cawan yang hampir sebesar satu
kaki.
“Huh?” Umairah
menjungkitkan keningnya sambil dia menyudu kek cawan coklat yang sama.
“High heels ankle
boots?” Umairah memandang but yang dipakainya. Vincent tergelak.
“Tak. Dah biasa. Tapi
kekadang lenguh juga. I have a flat sandal in my car.”
“Tired?” tanya Vincent.
“Just a bit. Vince, do
you recognize this necklace?” Umairah menghulurkan sebuah kotak baldu bewarna
merah terang. Vincent mengambil. Seuntai kalung dilihat tenang berada dalam
kotak itu. Serta merta Vincent meyentuh loket logam berbentuk sebelah hati
bewarna merah. Umairah resah menunggu reaksi Vincent.
“Is this yours, Maira?”
tanya Vincent.
“Yup, Vince.”
“Lovely. Who gave
this?” Dush! Umairah bagai merasakan satu tumbukan hinggap pada pipinya. Dia
mengelengkan kepala tanpa disedari.
“Umairah.” panggil
suatu suara. Umairah menoleh ke belakang. Hatinya terasa tidak berdegup kerana
terlalu terkejut. Hajah Zuraidah tenang berdiri di samping Laila, Liyana
dan…………… . Luqman!
………………………………………………………………………………………………………
“Kalau ya pun awak nak
berkasih dengan lelaki Cina itu, tolong jangan buat di hadapan umi!” Luqman
memberikan amaran keras kepada Umairah. Umairah bangkit dari bangku di taman.
“Saya tidak bercinta
dengan dia! Dia cuma kawan saya. That’s all!” bentak Umairah.
“Saya tak tahu apa
salah saya tapi tolong jangan buat macam itu lagi. Awak mungkin fikir yang itu
perkara biasa tapi tidak bagi umi. Dia tak faham kenapa dua orang kawan yang
berlainan jantina boleh bergelak ketawa sambil makan kek cawan yang sama. Orang
lain mungkin akan fikir yang awak berdua bercinta.”
“Semuanya salah awak!”
marah Umairah.
“Hah? Salah saya?
Bukannya saya yang bermain cinta di hadapan bakal ibu mertua saya!” balas
Luqman. Dia duduk bagi menenangkan perasaan marahnya.
“Dan bukannya saya yang
menghancurkan hati tunang saya empat belas tahun yang lalu!” jerit Umairah. Air
mata yang ditahan selama ini jatuh berderai. Luqman tergaman. ‘Empat belas
tahun yang lalu? Tapi aku baru berjumpa dengan dia lebih kurang sedekad yang
lalu.’
“I met you at library
around ten years ago. That was the first time we met.”
“Wrong! I was a student
at SM Seri Bestari II! Idiot.” kata Umairah.
“I used to had a crush
on you but you just ignore it. While I was crying badly, you were in love with
Emily Rosmaizura. What a great fiancée I have! It sounds crazy but I used to
admire you. For all this years, I thought that you know who I am but I was
wrong. You never ever thought that I am Tasya.” Luqman terkedu seketika.
“Tasya? Natasya Razak?”
tanya Luqman. Dia meraup wajahnya beberapa kali.
“Nurul Umairah Natasya
binti Abdul Razak.” Umairah menjawab.
“Umairah, I ….”
kata-kata Luqman terhenti.
“Stop. I don’t want to
talk about this anymore. I want to go home.” Umairah menyeka air mata yang
masih bersisa. Dia melangkah perlahan tetapi langkahnya terhenti.
“Can you give me a
chance to heal the wounds?” tanya Luqman. Umaira menoleh ke belakang. Lama dia
merenung jauh ke dalam mata Luqman. Mencari keihklasan dan kebenaran di sebalik
kata-katanya. Kosong. Tiada apa-apa yang dapat Umairah singkapkan.
“You have it now” ujar Umairah
sambil terus berjalan. Luqman mengikut langkahnya dengan perasaan yang hiba.
………………………………………………………………………………………………………
“Teet!” telefon bimbitnya berbunyi menandakan
mesej masuk. Umairah meletakkan berus di tepi lalu mengambil telefon bimbit di
atas meja solek. Dia mengelap tangan yang penuh dengan contengan warna pada
baju.
Luqman - jom keluar?
“Huh?” Umairah
terkejut. Selama ini belum pernah dia keluar dengan jurutera seorang ini. Umar
panggil Luqman ‘jurutera gila’ (mad engineer, ala-ala mad scientist) sebab
selalu sibuk mengalahkan Umairah yang bekerja hampir 20 jam sehari.
Umairah - ke mana?
Luqman - anywhere?
Umairah - pukul?
Luqman - now?
‘Aku tanya, dia balas dengan pertanyaan.
Apakah…?’Umairah keluar ke balkoni. Dia tergaman apabila melihat Luqman sedang
bersandar pada balkoni sambil memandang tepat ke arahnya. Senyuman nipis
terukir di bibir jejaka itu. Walaupun masih terdapat sebuah balkoni di antara
mereka, Umairah merasakan dia terlalu dekat dengan Luqman.
“Now?” pertanyaan
Umairah memecahkan kesepian antara mereka berdua.
“Yup.” Luqman menjawab.
Kesepian mengundang mereka berdua sekali lagi. ‘Erk…Nak cakap apa lagi?’ getus
hati Umairah. Dia mula bermain-main dengan jari-jemarinya. Dadanya terasa
berdebar-debar.
“Pergilah bersiap.”
arah Luqman.
“Oh.. Okey.” Umairah
segera masuk ke dalam biliknya. Dia menutup pintu gelungsur yang menghala ke
balkoni. Tangannya dilekapkan di dada. ‘What was that heartbeat for?!’
………………………………………………………………………………………………………
“Okey tak?” tanya
Umairah kepada Sarah dan Maria yang sedang membaca buku Harun Yahya. Maria yang
sedang khusyuk membaca ‘The Miracle in The Cell Membrane’ mengangkat kepalanya.
Keningnya bertaut apabila melihat penampilan Umairah.
“Kenapa seluar nampak
macam ketat?” tanya dia. Sarah meletakkan buku ‘The Human Miracle’ di tepi
katil. Dia berkongsi bilik dengan Maria kerana Hajah Zuraidah tinggal di
biliknya iaitu antara bilik Umairah dan Luqman. Blik Laila dan Liyana pula
berada di tingkat satu beserta stor.
“Ketat ke?”
“Yup. Tapi kenapa pakai
macam nak pergi keluar dengan Julian dan Martha?”
“Huh? You mean?”
“It’s a bit weird for a
person to have a dinner with her fiancée with a blue long loose shirt, a black
cardigan and a trousers.” jelas Sarah.
“So, what should I
wear?” Maria dan Sarah tersenyum memandang Umairah.
………………………………………………………………………………………………………
“Biar betul.” kata
Umairah. Dia memandang pakaiannya.
“Why? It looks nice. A
fur brown coat with a black loose knee dress and a pair of dark jeans with a
high heel ankle boots. Also don’t forget a leopard print shawl.” puji Maria.
Dia memperkemaskan tudung Umairah.
“Kenapa Kak Maira tak
pernah guna alat-alat solek ini? Banyak baju-baju yang cantik dalam wardrobe
tapi kenapa Sarah jarang tengok Kak Maira pakai? Asyik-asyik T-shirt dengan
seluar jeans. Ni ada baju-baju jenama Burberry, Lacoste, Gucci, Max Mara. Gaun
labuh pun ada. Cantik lagi.” puji Sarah sambil membelek setiap helaian baju Umairah.
“I am an artist. Kalau
pakai baju mahal, nanti cat kena pada baju. Baik pakai baju murah.”
“Done!” jerit Maria
setelah siap mengoleskan gincu merah jambu pada bibir Umairah. Mereka bertiga
turun ke ruang tamu di mana Luqman setia menunggu Umairah. Mata Luqman sedikit
membulat di sebalik cermin mata apabila melihat Umairah.
“Shall we?” tanya
Umairah. Laila dan Liyana yang berada di tepi Luqman berbalas senyuman.
“Sure.” Luqman bersalam
dengan Hajah Zuraidah sebelum melangkah keluar. Umairah, Laila dan Liyana
bersalam dengan Maria, Sarah dan Hajah Zuraidah.
………………………………………………………………………………………………………
‘Lama lagi ke?’ getus
hati Umairah. Dia melempar pandangan ke luar tingkap. Sesekali dia mengerling
ke arah Luqman yang sedang memandu di depan. Dia tahu yang sesekali Luqman
curi-curi memandang dia.
“Along, kita nak pergi
mana ni? Lamanya. Yana dah lapar.” rengek Liyana yang berusia enam belas tahun
sambil mencebik. Luqman tersenyum sambil mengerling ke arah Umairah di
belakang.
“Sudah-sudahlah tengok
Kak Umairah. Tak mungkin dia akan lesap dari kereta ini.” tegur Laila yang
sedang menaip kekunci di telefon bimbitnya. ‘Kantoi!’ Luqman tersengih.
“Kita nak pergi ke
Manchester.” jawab Luqman. Umairah terus berpaling ke arahnya. ‘Jauh!’
“Dua jam lagi.” balas
Liyana. Dia berpeluk tubuh.
“Kita nak pergi makan
kat Zouk Restaurant.” ujar Luqman. Liyana dan Laila menjerit kegirangan.
“Yeay! Boleh makan
Chocolate Mouses Box dan Zouk Ocean Platter!” kata Laila yang baru menamatkan
persekolahannya tahun lepas.
“ Dan jangan lupa,…”
kata-kata Liyana disambung oleh Luqman dan Laila serta dirinya.
“King Prawn Karahi and
Gwadri Khas!” Umairah tertawa.
………………………………………………………………………………………………………
“Have a seat please.”
kata seorang pelayan. Dia menyerahkan menu kepada Umairah, Luqman, Liyana dan
Laila. Umairah mengambil tempat duduk di sofa. Laila berada di sebelahnya,
manakala Luqman duduk di hadapannya. Sofa yang berbentuk separuh bulat
menambahkan cirri-ciri elegan pada restoran itu.
Umairah memandang sekeliling. Dia tidak
tahu hendak memilih menu jadi dia menyerahkan semuanya bulat-bulat kepada
anak-anak Haji Abdul Majid. Pandangan dilemparkan pada sepasang warga tua
beragama Islam yang makan tidak jauh daripada mereka berempat. Si suami yang
mungkin berusia 70-an menyuapkan sup kepada si isteri yang muda sedikit
daripadanya. Mungkin 60-an.
Umairah terasa sebak. Dia tersenyum apabila
si suami mengelap sisa makanan pada pipi si isteri. Si isteri pula tersenyum
manis kepada si suami. Dia mengenggam tangan suaminya. Kali ini, dia pula yang
menyuapkan makanan kepada suaminya.
“Kak Maira, cukuplah
pandang mereka. Pandang along pula. Nanti along merajuk susah nak pujuk.”
Liyana berkata sambil menyerahkan menu kepada Umairah. Umairah menolak.
“Tak perlah. Kak Maira
tak tahu nak makan apa. Yanalah yang pilih untuk Kak Maira.”
“Umairah…” panggil
Luqman. Terkejut Umairah dibuatnya.
“Pilihlah. Nanti boleh
awak bawa girlfriends and boyfriends awak ke sini.” Luqman berkata tanpa
sebarang riak pada wajah. Dia memerhati setiap menu. Umairah tahu yang Luqman
menyindir dia. Tangannya mencapai menu semula.
“Can I take your orders?”
tanya pelayan itu.
“I want King Prawns.”
pesan Laila.
“I choose Houmus.” ujar
Liyana. Umairah termangu-mangu.
“Chicken Imlee!” pesan
Umairah dan Luqman serentak. Mata Luqman membulat di sebalik cermin mata
manakala mulut Umairah sudah ternganga.
“No comment.” kata
Liyana disusuli oleh gelak tawa Laila.
“Okay. Then, the main
dish are?” kata pelayan itu sambil mencatat sedikit.
“Butter Chicken.”
“Chicken Korma.”
“Sindhi Biriyani.”
Luqman mengangkat kepala dari menu apabila terdengar Umairah bersuara. ‘Woow.
Nice choice.’
“Chicken Handi,
please.” pesan Luqman. Tiba-tiba Luqman menghadiahkan senyuman kepada Umairah.
Umairah terpana.
………………………………………………………………………………………………………
“Sejuk?” tanya Luqman.
Umairah mengeleng walaupun sebenarnya dia berasa agak sejuk. Liyana dan Laila
lena tertidur.
“Dulu kelas mana?”
tanya Luqman. Umairah yang melemparkan pandangannya ke luar tingkap menoleh.
“Bila?”
“Empat belas tahun yang
lalu.” jawab Luqman. Stereng kereta dipegang kemas.
“2 Ibnu Khawarizmi.”
Dussh! Luqman terasa bagaikan menerima satu tamparan yang hebat. Dulu, dia yang
menjaga kelas itu. Dia masih ingat lagi Syazwan, ketua kelas yang banyak mulut
tapi baik hati. Suhaila, mukanya seiras Laila dan Nadya, gadis yang pernah
menang pingat emas peringkat negeri dalam lari pecut 100 meter.
“I see.” balas Luqman.
Keadaan menjadi sepi seketika. Umairah mengeluarkan telefon bimbitnya. Vincent
menghantar empat mesej kepadanya. Umairah tersenyum seketika tanpa menyedari
bahawa Luqman sedang memerhatikannya.
Vincent – Where r u?
Vincent – Maira, cn we
meet?
Vincent – Maira, I hv
sumting to tell u.
Vincent – R u thre?
Pliz…
Umairah – I’m on my way
back from Manchester. why is it?
“Umairah?” panggil
Luqman. Umairah mengangkat kepalanya.
“Ya. Kenapa?” tanya
dia.
“Are you in love with
that Chinese guy?” Muka Umairah menjadi merah.
“Why’re you asking me
like that?” balas Umairah.
“If it’s true, then I
don’t want to be a burden to you.”
“Luqman, I …..”
“No need to worry. I’m
not blaming you.” balas Luqman. Keretanya dihentikan di hadapan rumah Umairah.
“Let’s just break this
engagement.” ujar Luqman. Tangannya kemas memegang stereng kereta. Terasa pedih
di hati. Namun, segalanya dibiarkan pergi oleh dingin bayu bulan November itu.
Umairah mendiamkan diri. Hatinya mula bercelaru. Hendak dinafikan, bagaikan
menghempap batu besar ke muka sendiri. Hendak diiyakan, bagaikan menikam pedang
ke badan sendiri. Maka dia diam.
………………………………………………………………………………………………………
Kerongsang pada tudungnya dibuka lalu
diletakkan dalam kotak kecil. Tudungnya dilurutkan perlahan-lahan. Kot yang
tebal dibuka. Gaun yang labuh ditanggalkan lalu diganti dengan baju lengan
panjang serta seluar paras lutut bewarna hitam. Rambutnya yang lurus diikat
satu. Telinganya disumbat dengan earphone.
Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
Umairah bangun dari kerusinya. Dia berfikir
sejenak. ‘Bersujud? Tapi benarkah? Betulkah?’ getus hatinya. Dia duduk semula.
Telefon bimbit diambil dari beg tangannya. Digenggam erat bagaikan seorang
kanak-kanak yang tidak mahu ais krimnya diambil.
“Pasti.”
satu perkataan terpacul dari bibirnya dan matanya mula berkaca.
………………………………………………………………………………………………………
Umairah menarik nafas lega. Barang-barangnya
sudah siap dikemaskan. Matanya tertancap pada gambar raya lima tahun tahun
lepas, ketika dia masih Nurul Umairah Natasya, gadis biasa yang suka melukis
dan bukan Rasya, pelukis yang menempa nama di persada antarabangsa dalam masa
yang amat singkat. Tiga tahun tujuh bulan Ya, dia amat terhutang budi dengan
Martha dan Julian. Atas jasa baik mereka berdua, dia dapat menjadi Rasya yang
terkenal.
Kemudian matanya menangkap gambar Martha,
Julian dan dia di Malaysia. Martha sanggup pergi ke Malaysia semata-mata untuk
meminta izin Encik Abdul Razak. Umairah tersenyum. Dia lupa seketika. Martha
bukannya Martha Andrewson yang dulu. Julian pun bukan Julian Alexander
Andrewson yang dulu. Mereka ialah Mariam Martha Andrewson binti Abdullah dan
Iskandar Zulkarnain Andrewson binti Abdullah.
Dan sekarang, Umairah akan pergi menunaikan
umrah buat kali pertama bersama mereka berdua. Terasa bagaikan sekejap saja
masa berlalu. Tiga bulan yang lalu, dia tekad untuk menunaikan umrah. Dua
minggu lagi, dia akan berangkat ke sana bersama Mariam dan Iskandar. Bonda,ayah
dan Umar juga akan berangkat ke sana. Matanya dipejamkan lalu gambar
keluarganya diambil. Dibawa ke dadanya lalu dipeluk erat.
“Let’s just break this
engagement.” terngiang-ngiang kata-kata Luqman. Seraya itu, air matanya
mengalir. Bulan lepas, pertunangannya diputuskan. Bonda menyalahkan dia
sepenuhnya. Air mata diseka dengan pantas. Dan Vincent yang tidak mengetahui
apa-apa yang berlaku melayan dia seperti seorang yang amat istimewa. Lalu,
apakah yang perlu dia katakan?
………………………………………………………………………………………………………
“Rasya.” panggil Mariam
dengan lembut. Umairah bersalam dan mengucup tangan wanita itu. Hatinya terasa
tenang apabila melihat wajah Mariam yang manis memakai tudung labuh bewarna
kuning lembut.
“Why?” tanya Umairah.
Dia mempersilakan Mariam duduk.
“Why you look sad? What
happen, love?” tanya Mariam.
“Nothing. I just feel
grateful for been invited to Baitullah”
“I see. Listen, I just recite a verse just a
moment ago.” lalu Mariam membuka dan membacakannya.
‘
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful
( Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyanyang ).
By
the white forenoon ( Demi waktu Duha(ketika matahari naik
sepenggalah) ),
And
the brooding night ( dan demi malam apabila telah sunyi ),
Your
Lord has neither forsaken you nor does He hate you(
Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dam tidak (pula) membencimu ),
And
surely the life to come will be better for you than this present life
( Dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan ),
And
certainly your Lord will be bounteous to you and you will be satisfied
( Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberi karunia-Nya kepadamu, sehinggalah
engkau menjadi puas ),
Did
He not find you an orphan and give you a shelter?
( Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu ),
Did
He not find you in error and guide you? ( Dan Dia mendapatimu
sebagai seorang bingung, lalu dia memberikan petunjuk ),
Did
He not find you in poor and enrich you? ( Dan Dia mendapatimu
sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan ),
Therefore
do not wrong the orphan ( Maka terhadap anak yatim
janganlah engkau berlaku sewenang-wenang ),
Nor
chide away the beggar ( Dan terhadap orang yang
meminta-minta, jangalah enkau mengherdik(nya) ),
But
proclaim the goodness of your Lord ( Dan terhadap nikmat
Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan(dengan bersyukur) ).
Air mata Umairah yang ditahan akhirnya jatuh
bercucuran.
………………………………………………………………………………………………………
Tangannya mengambil Al-Quran di atas rak.
Kakinya diatur ke Mariam yang sedang solat hajat. Dia duduk di sebelah Mariam
lalu dibuka Al-Quran. Matanya tertancap pada satu ayat.
“Dengan nama Allah yang
maha pengasih lagi maha penyayang. Ya Tuhanku! Janganlah engkau biarkan aku
hidup seorang diri dan Engkaulah sebaik-baiknya pewaris.” –Al-Anbi’:89-
Umairah tersenyum nipis. ‘Maha Suci Allah
yang mengetahui isi hatiku, maka Engkau tenangkanlah hatiku ini agar aku dapat
menangani hati ini. Amin.’
………………………………………………………………………………………………………
“Bonda, apa perasaan
bonda bila tengok Kaabah?” tanya Umairah. Puan Rozana menoleh.
“Rasa bersyukur sangat.
Alhamdulillah, bonda masih sempat menerima jemputan ke Baitullah.”
“True….” kata-kata
Umairah dipotong.
“Tapi bonda tak tahu
bonda sempat melihat kakak bernikah. Apatah lagi, menimang cucu.” kata Puan
Rozana dengan penuh kesal. Umairah terdiam. Dia memandang Kaabah di hadapan
matanya. Selama ini, dia hanya sempat melihat dalam media massa. Rasa sebak
mengundang. Amalannya selama ini? Belum tentu cukup untuk melangkah ke syurga.
Dia teringat cerita yang disampaikan Ustazah Mawardah.
“Ada seorang hamba
Allah ini yang beribadat selama hampir 500 tahun. Semua amal ibadat dia buat.
Tak pernah tinggal. Apabila dia dihisab, Allah bertanya kepada dia “Kamu mahu
masuk ke syurga dengan keredhaanKu atau dengan amal ibadatmu?”. Lelaki itu
menjawab “Dengan amal ibadatku”. Lalu Allah menyuruh malaikat memasukkan dia ke
dalam neraka. Kenapa? Kerana amal ibadat yang dia lakukan selama ini hanya
cukup untuk sebelah biji matanya sahaja.”
Umairah menitiskan air mata. ‘Amal
ibadatku? Aku tidak pasti akan hidup selama 500 tahun. Aku juga tidak beribadat
sepanjang masa. Kemungkinan juga solat aku tidak sah. Kemungkinan juga wuduk
aku tidak sempurna.’
“Ya Allah! Catatlah
pahala untukku di sisi-mu dan hapuskanlah dosaku. Jadikanlah (pahala) sebagai
simpanan untukku dan terimalah amalku sebagaimana Engkau menerima amal hambaMu
Daud.”(Hadis riwayat Tirmizi dan Hakim)
Sebaik saja selesai berdoa, Umairah terus
memeluk Puan Rozana. Puan Rozana yang terpinga-pinga, menyedari esakan halus
anak perempuannya. Kepala Umairah yang dilitupi baju sembahyang diusap lembut.
“Bonda, kakak minta
maaf. Selama ini, kakak dah banyak sakitkan hati bonda. Kakak selalu buat bonda
sedih. Kakak minta maaf bonda.” ujar Umairah sambil mencium tangan Puan Rozana.
“Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara
alam semesta. Pujian yang menyamai nikmat-Nya dan menandingi fadhilatNya.
(Hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah).
Bibir Puan Rozana segera menuturkan doa
tersebut. Dia menarik anak gadisnya ke dalam pelukan yang erat. Tangisan mereka
berdua bagaikan dalam satu melodi halus.
“Anak bonda. Bonda dah
lama maafkan. Bonda sayang kakak. Bonda ada seorang saja anak perempuan dan
bonda hanya nak yang terbaik untuk anak bonda. Maafkan bonda jika bonda
tersilap.”
“Bonda, bonda tak
pernah salah pun. Kakak yang selalu beremosi.” Puan Rozana mengucup dahi
anaknya dengan penuh kasih sayang.
“Nurul Umairah
Natasya.” panggil seseorang. Umairah menoleh.
……………………………………………………………………………………………………....
“Aaargh!” jerit
Vincent. Fail-fail di atas mejanya dihempas ke lantai. Hatinya merasa panas.
Umairah menghilangkan diri tanpa sebarang kata. Sudah hampir seminggu dia
menjadi seperti ini, bagaikan terkapai-kapai di lautan.
“Vince! What’s wrong?”
tanya Rebecca. Dia melangkah dekat. Kelihatan sebotol tequila yang hampir
kosong tergolek di bawah meja di depan sofa. Rebecca menelan air liur. ‘This
isn’t the right moment.’
“Becky? Why?” tanya
Vivienne yang baru menutup pintu kondominium mewah milik ibunya. Dia terkaku
sambil memandang Vincent. Walaupun mereka berdua Kirstian, tetapi Edward Tan
menegah mereka berdua dari meneguk air kencing syaitan itu.
“Vince, calm down.
Let’s have a walk at the balcony.” pujuk Vivienne. Dia menarik lembut tangan
abangnya sambil tangan kirinya memberi isyarat kepada Rebecca. Vincent akur
dengan permintaan Vivienne. Tangan Rebecca cekap menelefon Victoria.
“Aunt Victoria,
emergency.”
“Why, Becky?” tanya
Victoria. Dia menurunkan pen di tangan. Cermin matanya ditanggalkan.
“He’s drunk. Again.”
………………………………………………………………………………………………………
“Home sweet home.” ujar
Umairah. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Langsir yang beralun bewarna
hijau muda disentuh lembut. Umairah melangkah ke katilnya. Dia berbaring sambil
memandang siling. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Lantas, tubuhnya bangun
dan bergerak ke almari. Gitar pemberian Vincent dikeluarkan.
Tangannya menari di atas tali gitar. Terasa
aneh. Barangkali kerana sudah lama dia tidak bermain gitar. Dia menyentuh ‘les
roses rose’ yang ditulis oleh Vincent. Bibirnya mengukir senyuman.
“I choose those word
because for me you’r the pink roses. Very lovely. Very nice. Just perfect.”
tiba-tiba, kata-kata Vincent bagaikan terngiang-ngiang di telinganya. Spontan,
air matanya menitis. Umairah menyeka dengan tangan sambil tersenyum.
“Dah jadi ratu air mata
dah, kak?” perli Umar. Umairah menjelirkan lidahnya. Adiknya sekarang bukan
adik kecil yang suka mengintai Intan Nur Suzana. Adiknya sekarang adalah lelaki
yang mejadi kekasih kepada Intan Nur Suzana. Well, it’s work out actually.
“Nebeng.” kata Umairah.
Umar terlopong.
“Apakah? Tak faham
adik.” Umairah tergelak. Nasiblah serumah dengan Sarah dan Maria. Seorang anak
jati Marang. Seorang lagi anak jati Kuala Terengganu. Sekali mereka
bertelingkah, habis keluar semua loghat Terengganu.
“Biarkan.” balas
Umairah. Dia meletakkan semula gitarnya.
“Jom pergi turun
bawah.” sambung Umairah sambil menutup pintu biliknya.
………………………………………………………………………………………………………
“Abang.” panggil Puan
Rozana. Encik Abdul Razak menoleh.
“Kenapa, Na?” tanya
Encik Abdul Razak. Puan Rozana mengeluh sebelum mengambil tempat di sebelah
suaminya.
“Na risau pasal kakak.
Nak kata dia sedih, macam tak. Nak kata dia suka, pun tak. Kakak macam terima
saja. Langsung tiada apa-apa perasaan.”
“Biarkan.” kata Encik
Abdul Razak lantas tersenyum.
“Atau, dia memang tak
suka Luqman, bang? Kita paksa dia sangat ke? Atau dia dah patah hati?”
“Na, kakak okey jer. Na
jangan risau sangat.”
“Mana tak risaunya, bang.
Kita ada seorang anak perempuan jer. Kalau jadi apa-apa pada dia, tak ke Na
terasa juga? Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Dahlah, dua minggu lagi
dia balik ke sana semula. Makin risau Na dibuatnya.” luah Puan Rozana. Dia
menonton rancangan masakan Racheal Ray.
“Janganlah risau
sangat. Insyaallah, kakak okey saja. Sama-samalah kita doakan yang terbaik
untuk dia. Dialah racun, dialah penawar kita, Na.”
“Abang nak makan pizza tak?” tanya Puan Rozana tiba-tiba. Encik
Abdul Razak menurunkan sedikit surat khabar yang dibacanya. ‘Rachael Ray lagi.
Kalau tak yang berambut hitam ini, yang berambut pendek nama Ina. Tak pun,
Giada.’
“Na, letak keju banyak
sikit. Abang nak ayam dan cendawan banyak sikit. Biar sedap.” ujar Encik Abdul
Razak kepada Puan Rozana yang berlalu ke dapur.
………………………………………………………………………………………………………
Luqman meraup wajahnya beberapa kali.
Bayangan Umairah yang terdiam ketika mendengar permintaannya untuk memutuskan
pertunangan mereka bagaikan berlegar-legar di mindanya. Pen diletakkan di atas
meja. Dia berjalan ke arah balkoni kondomiumnya. Udara segar dihirup
sedalam-dalamnya.
“Along pasti ke?” tanya
Hajah Zuraidah. Haji Abdul Majid merenung Luqman.
“Along pasti, umi.”
“Tapi kenapa, along?
Hari itu, umi tengok along dengan Umairah okey saja. Alih-alih, pulang ke
Malaysia, nak putus. Kenapa ini, along? Apa yang berlaku sebenarnya?” tanya
Hajah Zuraidah lagi.
“Along minta maaf, umi,
abah.”
“Ini semua sebab lelaki
Cina itu ke, along?”
“Tak, abah. Along tak
mampu hidup dengan Umairah dan along tahu Umairah juga tak mampu. Daripada jadi
perkara yang tak baik di kemudian hari, baiklah along putuskan sekarang.”
“Along masih rindukan
Emily?” tanya Haji Abdul Majid. Luqman mengangguk.
“Dia terlalu istimewa
bagi along, abah. Umi, along harap umi faham. Along minta maaf.”
………………………………………………………………………………………………………
Vincent tersedar daripada tidurnya apabila
telefon bimbitnya berdering. Dia mengenyeh mata beberapa kali sebelum mencapai
tuala lalu mandi. Kemeja bewarna biru tua serta sepasang kot hitam disarungkan.
Kakinya segera melangkah ke pintu sambil megambil beg bimbit.
“Good morning, Mr.
Tan.” sapa seorang wanita tua yang lalu.
“Good morning, Mrs.
Artkinson.” balas Vincent. Dia mengambil lif lalu turun dan mengambil
keretanya. Kereta itu meluncur laju ke kafe tidak jauh dari situ.
………………………………………………………………………………………………………
“Hey, Vincent!” panggil
seorang lelaki berambut perang. Vincent menoleh.
“It’s me, Richard. Your
former classmate, remember? Or you changed your name? Maybe Muhammad Adam binti
Abdullah, Umairah’s favourite name?” duga Richard sambil ketawa. Vincent
mengeleng perlahan sebelum menceritakan perkara sebenar.
“I’m so sorry to hear
that. I didn’t mean to hurt you, man.”
“Honey.” panggil
seorang wanita berbangsa Inggeris. Richard bangun sambil menghulurkan kadnya.
“Let’s keep in touch
then. See you soon.” ujar Richard sebelum beredar. Vincent meneguk air kopi
sebelum memandang semula kad Richard. “Muhammad Adam binti Abdullah? What does
that mean?”
………………………………………………………………………………………………………
“Assalamualaikum.” ucap
Umairah lalu duduk. Dia tersengih. Intan mencucuk pinggang Umairah hinggakan
dia hampir-hampir menjerit.
“Pandainya kau. Pukul
dua, kau kata kau nak sampai dah. Tapi, dekat pukul tiga baru kau muncul.”
marah Intan. Umairah tersengih lalu mengambil tempat di sebelah Intan.
“Janganlah marah-marah,
mommy. Kesianlah kepada baby dalam perut.”
“Pandainya kau, Maira.
Aku ni ibu bukan mommy.”
“Tapi kau panggil mak
kau ‘mommy’ kan? Aku ingatkan kau mewarisi pangkat mommy tadi.”
“Kau…” ujar Intan
sambil membulatkan matanya. ‘Aku yang susah hati tentang dia yang putus tunang,
tapi dia selamba badak air jer.’
“Hey.” sapa Maysara.
Dia meletakkan begnya lalu bersalam dengan Intan dan Umairah.
“Lama tak nampak muka kau di Malaysia. Kau datang
bercuti ke pindah terus?”
“Rehat sebentar bersama
Kit-Kat. Aku datang nak enjoy-enjoy sebelum balik ke sana dan bekerja keras
semula.” Maysara mengangkat kening kepada Intan. Intan membalas dengan
gelengan.
“Sara, Intan, kenapa
dengan korang ni? Tak faham aku.” kata Umairah. Dia menyedut air coklat sejuk.
Scrumptious…
“Kau okey tak?” tanya
Maysara.
“Aku okey jerlah. Yang
korang ni risau sangat kenapa?” tanya Umairah.
“Yerlah. Senior Luqman
kan first love kau. Kitorang takut kau terpatah hati je.” jawab Intan.
“Taklah. Aku pun malas
layan pasal perkara itu.” balas Umairah. ‘Hati aku dah lama patah. Dah remuk
hingga yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan kaca.’
“Kau tak suka dia ke?”
“Entahlah. Aku tak
tahu. Bila dia ada, aku jadi berdebar. Tangan aku jadi sejuk sangat. Tapi bila
aku dengan Vincent, aku boleh jadi siapa diri aku yang sebenanrya. Aku boleh
membebel, merajuk, mengamuk dengan dia. Dengan Luqman, aku jadi macam seorang
gadis yang polite yang sangat baik. It’s just not myself.”
“Kau tak berbincang
dengan dia?”
“Tak perlu bebrincang.
Dia dah putuskan pertunangan kami. Aku pun tak kisah.”
“It’s really hurt
right? You might can lie to him but in front of us, is just Maira. An ordinary
lady who can do an amazing work.”
“Cukuplah bina tembok
itu, Maira. The walls we build around us to keep out sadness also keep out the
joy.” kata Intan.
“Jim Rohn.” sampuk
Umairah.
“Jangan menyampuk.”
marah Intan. Umairah ketawa kerana dia tahu. Dalam marah, ada sayang.
“Okay, guys. Full stop.
Maybe macam tiada penyelesaian jer masalah ini, tapi sebenarnya ada.”
“What do you mean?”
tanya Maysara.
“I don’t think by marry
him is the best for my future and so does his future. I guess that both of us
were not meant to be together. Perhaps, people thought that I’m such a an
ungrateful person but as far as I know, I’m grateful. Truly grateful.”
“What?” serentak
Maysara dan Intan bersuara. Umairah tersenyum lalu menghirup minumannya.
………………………………………………………………………………………………………
“Assalamualaikum.”
Umairah yang sedang membelek buku segera mengangkat wajahnya.
“Shall we start now?”
tanya dia kepada Mariam dam Iskandar Zulkarnain. Umairah menyerahkan pelbagai
jenis buku serta lembaran. Mariam dan Iskandar Zulkarnain memerhati dengan
penuh khusyuk.
“Along.” panggil Laila.
Luqman yang sedang leka memandang Umairah yang tidak jauh daripadanya
tersentak.
“Kenapa?” tanya Luqman.
Laila menghulurkan tangan.
“You should work by
your own, Laila.”
“I’m just 18.” balas
Laila sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh Luqman. Luqman terus memandang
wajah yang jelita itu. Dia tersenyum. Teringat pula bagaimana dia mengintai
Umairah serta rakan-rakannya semasa Umairah bersedih. Perlahan-lahan, Luqman
ketawa pahit. ‘She’s such a strong person.’
………………………………………………………………………………………………………
Dua tahun tiga bulan kemudian…
Dia menarik nafas lega sebelum membuka
langsir. Tangannya menyentuh lembut cermin kaca yang terasa dingin. Bibirnya
mengukirkan senyuman.
“Umairah.” panggil
suaminya. Mag air coklat panas yang dihulurkan diambil. Dia menghirup air yang
memanaskan tangannya.
“How?” tanya suaminya.
“Delicious as usual.
How can you be so good in making warm chocolate?”
“I guess its in my
blood.” Umairah mengambil tempat di sebelah suaminya. Dia melentokkan kepala
pada bahu suaminya.
“I love winter.” suara
Umairah memecahkan kesepian sebentar tadi.
“Why?”
“It’s very calm, cold and
lovely.”
“Then, I love winter
too.”
“Don’t you said earlier
that you love summer?” Umairah mengangkat kepala dan memandang suaminya.
“I changed my mind just
now. I love winter because winter is just like my wife. Very calm, cool and
lovely.” ujar Iskandar Zulkarnain. Dia memegang dagu Umairah membuatkan
isterinya tersenyum.
“Why you’r looking at
me like that? Is there anything at my teeth or face?”
“Nothing. You’r just
fantastic, my dear.”
………………………………………………………………………………………………………
Umairah memejamkan matanya buat seketika.
Dia mengambil semula berus cat. Ketika hujung berus itu menyentuh kanvasnya,
sekali lagi dia mengeleng berkali-kali. ‘Vincent’. Sekali lagi, hatinya
menyebut nama Vincent. Umairah menarik nafas sedalam mungkin. Dia meletakkan
berusnya semula.
“Hati, kenapa?” ujar
dia sendirian.
“I choose those word
because for me you’r the pink roses. Very lovely. Very nice. Just perfect.”
Umairah menahan air matanya tatkala kata-kata Vincent terngiang-ngiang di
telinganya. Dia segera bangun lalu membuka pintu balkoni. Udara segar dihirup.
“I love my husband and
I love you as a best friend. Not more and never ever less.” ucap Umairah.
………………………………………………………………………………………………………
“Umairah? Umairah
Natasya?” panggil seorang jejaka yang tinggi. Umairah yang sedang memilih kurma
mendongak. Mulutnya terlopong. Beberapa biji kurma yang dipegangnya jatuh dan
bergolek ke arah lelaki itu.
“Vincent?” panggil
Umairah ketika Vincent tunduk untuk mengambil kurma tersebut. Dia meletakkan
semula kurma tersebut.
“Ya, Hassan. Ana asif.”
kata Vincent. Penjual yang dipanggil Hassan itu tersenyum lalu mengangguk.
“Kaifa haluki, ya
Umairah Natasya?” tanya Vicent. Umairah yang terpinga-pinga bagaikan baru
tersedar lantas menutup mulutnya. Tidak manis bagi wanita sepertinya untuk
melopong di hadapan seorang lelaki yang bukan muhrimnya. Terutamanya pada bulan
puasa ini.
“What?”
“Comment allez-vous?”
tanya Vincent semula.
“Je vais bien.” jawab Umairah.
Dia meneliti pemakaian Vincent. Misai dan jambang pendek yang disimpan kemas,
baju kot bewarna hitam, baju kemeja bewarna hijau muda.
“I heard that you’r
married, Umairah.”
“Yes, I am.” Umairah
menyerahkan plastik kurma kepada penjual.
“May I know who’s that
lucky person?” Vincent memilih buah aprikot kering sementara Umairah mengambil
plastik untuk membeli kismis.
“Umairah.” panggil
Iskandar Zulkarnain. Umairah mengukirkan senyuman yang paling manis.
“This is my childhood
friend and one of my best friend, Vincent Tan.” Umairah memperkenalkan Vincent
kepada Iskandar Zulkarnain. Mereka berdua bersalam.
“Iskandar Zulkarnain Andrewson
bin Abdullah, Umairah’s husband.”
“Muhammad Adam bin
Abdullah, her childhood friend.” Umairah terkejut.
“How did you…? When did
you…?”
“I embraced Islam about
half year ago. Hassan and his brothers helped me a lot.”
“Alhamdulillah.” tutur
Umairah. Iskandar Zulkarnain memandang Umairah. ‘No wonder she love all her
friends a lot. They are truly amazing.’
“I found my old diary.
I never thought that Vivienne and my mother kept it away from me. They afraid
that I will left them. As for my father, he just accept it, because he’s also
in his way to Islam.” Muhammad Adam mengambil buah aprikot kering dari
timbangan lalu menghulurkan wang.
“Welcome to Islam, my
friend.” kata Iskandar Zulkarnain lalu menepuk bahu Muhammad Adam. Iskandar
Zulkarnain dan Umairah menjemput Muhammad Adam ke rumahnya untuk berbuka puasa.
“Is he the first?”
tanya Iskandar Zulkarnain ketika mereka berdua berada dalam kereta.
“Yes. Remember the
story that I told you before?”
“Sure, I do remember.”
“I thought that when I
see him, I will be like awkward or something. But actually, what I feel are…”
“Are you fallen in love
with him?” tanya Iskandar Zulkarnain.
“No, I’m not. I’m
falling in love only with my husband.” Iskandar Zulkarnain tertawa.
“What I’m trying to say
is that, I feel happy for him. I feel glad to see that he is on the right path.
I feel like relieved because all of this while, I never told him about his
intention before he lost his memories. And, deep in my heart, I feel sinful for
that.”
“Don’t blame yourself,
honey. And, don’t blame the faith. Everything happen for reasons. Its depends
on us whether we know it or we understand it.”
“Isn’t know and
understand is a same thing?”
“Not exactly. You know
but soon, you will forget. You understand and soon, you will remember.”
“You’r right. I’m lucky
to have you as my zawji.” Umairah tersenyum.
“What?” Iskandar
Zulkarnain yang sedang memandu memalingkan mukanya kepada Umairah.
“Honey, please stay
focus on your driving.”
“What did you said just
now?”
“Erm. I told you to
stay focus.”
“Not that one. The
first word in the same sentence.”
“Erk?”
“It start with ‘h’,
right?”
“You already heard it.
So, I don’t need to say it once again.” Umairah mula malu. Pipinya yang putih
mula menjadi kemerah-merahan.
“Someone is blushing?”
perli Iskandar Zulkarnain.
“Ya Allah, you…”
Umairah mengetap bibirnya menahan rasa malu yang semakin menjalar ketika
melihat Iskandar Zulkarnain tergelak setelah mengenakannya.
………………………………………………………………………………………………………
“Assalamualaikum.”
Umairah yang terdengar orang memberi salam terus ke ruang legar. Iskandar
Zulkarnain memberi isyarat bahawa dia akan membuka pintu. Umairah kembali
semula ke dapur dan mengeluarkan pinggan dari rak. Pinggangnya tiba-tiba
dicuit.
“Ya Allah. Why?” tanya
Umairah.
“Marah?” tanya Iskandar
Zulkarnain.
“Tak. I’m just shocked
a bit.”
“You look wonderful in
this abaya, Umairah. Je t’aime.” bisik Iskandar Zulkarnain pada telinga Umairah
sebelum beredar. Umairah tersenyum.
“Kak Maira!” jerit
Maria dan Sarah. Kedua-dua orang gadis itu memeluk Umairah.
“Lama tak jumpa Sarah
dan Maria. Nadhyra mana? Fasyiha? Nuraina?
Izzati? Aqeela?” tanya Umairah bertubi-tubi. Dia menyuruh orang gajinya
untuk menghantar pinggan ke ruang makan.
“Diorang ada di depan.
Kami datang ramai-ramai. Ramailah orang yang datang, Kak Maira.”
“Mestilah. Tengoklah
suami Kak Maira siapa.” kata Sarah.
“Dahlah tu. Tetamu tak
patut berada di sini.” kata Mak Jah.
“Mak Ngah ni. Macam nak
halau kami pula.” rajuk Maria. Sarah dan Umairah tergelak.
“Memang Mak Ngah nak
halau pun. Yaya jer yang tak sedar.” kata Mak Jah. Maria mencebik.
“Dahlah tu. Pergi duduk
depan sana. Nanti Kak Maira pergi.” kata Umairah.
………………………………………………………………………………………………………
Kakinya menekan pedal minyak. Stereng
dipegang kemas. Dalam fikirannya hanya ada satu. Sampai sahaja di hospital, dia
terus ke wad.
“Emily!” panggil
Luqman. Emily Rosmaizura membuka matanya. Bibirnya yang pucat bagaikan ingin
menuturkan sesuatu.
“I’m so sorry.” tutur
dia perlahan. Luqman duduk di atas kerusi di sebelah katil Emily Rosmaizura.
“Abang, I’m sorry for
our lose. Our baby… I’m truly sorry.” Luqman mengucup dahi Emily. Dia
mengenggam erat tangan Emily.
“Its okay, sweetheart.
Allah know the best.” Sekali lagi, mata Emily dan Luqman mula berair.
………………………………………………………………………………………………………
Luqman memandang gambar pernikahannya
dengan Emily yang berlangsung lebih setahun yang lalu. Ya, yang menjadi pilihan
hatinya masih tetap Emily. Emily Rosmaizura binti Roshaizad yang suka
berdikari, tegas, periang dan sentiasa membuatkan dia berasa senang. Pertemuan
semula dia dan Emily Rosmaizura tidak dirancang oleh sesiapa melainkan Allah.
“Manalah Lutfan ni.”
rungut Luqman. Dia keluar dari keretanya yang diletakkan di tepi dewan sekolah.
Kakinya dituju ke padang yang terentang luas. Tiba-tiba sebiji bola tampar
hinggap pada belakang kepalanya. Luqman mengaduh kesakitan.
“Eh, sorry, bang. Saya
tak sedar tadi.” kata seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua. Kawannya yang
lain mengerumuni dia.
“Tak per. Lain kali
jangan buat lagi. Silap hari bulan, boleh masuk wad.” pesan Luqman sambil
menyerahkan bola tampar kepada pelajar itu.
“Syarifah Nur Zahydah.”
panggil seorang guru perempuan. Luqman memandang guru itu sekilas sebelum
berjalan ke padang bola.
“Lutfan!” panggil
Luqman dengan kuat kepada adiknya yang berada di tengah padang. Lutfan melambai
ke arah abangnya sebelum bersalam dengan pemain yang lain.
“Along, kenapa hari ini
along yang ambil? Bukan ke Kak Ila yang ambil Fan?” tanya Lutfan. Luqman
menjungkitkan bahunya.
“Entahlah. Tiba-tiba
umi suruh along ambil. Nasib baik hari ini along habis kerja awal. Kalau tak,
Fan kena tunggu sampai pukul tujuhlah.”
“Patutnya umi beri Fan
bawa kereta pergi sekolah.”
“Lesen pun tiada, ada
hati nak bawa kereta.” peril Luqman. Lutfan mencebik sebelum beredar untuk
mengambil beg sekolahnya.
“Encik!” panggil guru
tadi. Luqman menoleh.
“Saya minta maaf atas
kesilapan pelajar saya.” kata guru tersebut.
“Tak per cikgu.
Biasalah budak-budak.” balas Luqman.
“Cikgu Zura,
Assalamualaikum.” ucap Lutfan yang tiba dengan beg sekolah di bahu kiri, beg
baju di bahu kanan dan buku-buku pelajaran di tangan.
“Ha’ah, Lutfan. Minggu
depan, ada pertandingan bola kan?”
“Ya, cikgu. Doakan
sekolah kita menang, cikgu.”
“Buatlah yang terbaik,
Lutfan.”
“InsyaAllah, cikgu.
Saya pergi dulu cikgu. Jom, along.” Luqman menundukkan kepalanya sedikit sebagai
tanda hormat sebelum beredar.
“Siapa nama cikgu tadi,
Fan?”
“Cikgu Zura. Kenapa
along? Nak tackle cikgu Fan ke?”
“Mulut… Nama penuh dia
apa?”
“Hah!...” terkejut
Luqman apabila Lutfan membuat sergahan sebegitu rupa. “Nama dia macam orang
bukan orang Melayu.”
“Huh?”
“Puteri Nur Emily
Rosmaizura binti Megat Roshaizad.”
“Hah?!” Mulut Luqman
terus terlopong.
………………………………………………………………………………………………………
Muhammad Adam memegang erat tangan
jurunikah itu. Hatinya mula terasa berdebar dan gemuruh.
“Aku nikahkan dikau
dengan Syarifah Hanym Zahlya binti Syed Mohd Zahari dengan mas kahwin seratus
ringgit tunai.”
“Aku terima nikahnya
Syarifah Hanym Zahlya binti Syed Mohd Zahari dengan mas kahwin yang disebut.”
Serentak, tangannya digondang dan bagaikan arus elektrik, dia terus menerima
nikahnya.
“Sah.”
“Sah.”
“Sah.”
Dengan sekali lafaz, dia kini menjadi suami
kepada Syarifah Hanym Zahlya, gadis berusia 22 tahun serta pelajar jurusan
perundangan di University of Westminster, London. Muhammad Adam memandang mata
Hanym yang cantik persis gadis Arab. Dia menyarungkan cincin bertatahkan
berlian pada jari manis Hanym. Seraya itu, Hanym mengucup tangannya.
“Ana uhibbuki
lillahitaala, ya zawjati.” Muhammad Adam membisikkan kalimah cintanya di
telinga Hanym.
………………………………………………………………………………………………………
Alunan piano memenuhi ruang tamu rumahnya.
Umairah berjalan ke arah piano hitam yang diletakkan berhadapan balkoni. Dia
tersenyum apabila melihat pemain piano tersebut. Iskandar Zulkarnain tersenyum
sebelum menarik tangan Umairah agar duduk di sebelahnya. Lagu Kiss The Rain
oleh pemain piano terkenal Korea, Yiruma atau nama sebenarnya Lee Ru-Ma,
dimainkan semula.
Umairah memejamkan matanya, menghayati
setiap not lagu yang indah itu. Sesekali, dia tersenyum. Tiba-tiba, dia tertawa
kecil. Tangannya mengusap lembut perutnya yang mula membukit. Anak-anaknya mula
bergerak tika terdengar alunan piano yang dimainkan oleh ayah mereka.
“Mama!” panggil Dian
Irdina sambil berlari. Iskandar Zulkarnain segera mendukung anak perempuannya
yang berusia dua tahun lebih. Umairah mengesat air mata di pipi Dian Irdina.
“Kenapa ni? Dina
mengigau ke?” tanya Umairah sambil meletakkan Dian Irdina di atas pahanya. Dia
tertawa apabila Dian Irdina menangis sambil meminta didukung oleh papanya. Umairah
menghelakan nafasnya. Dian Irdina binti Iskandar Zulkarnain, dilahirkan
pramatang iaitu ketika kandungan berusia 7 bulan.
Kerana kemalangan yang hampir meragut
nyawanya serta anaknya, parut di dahi serta tangan kirinya masih ada. Umairah memandang
ke arah suami serta anaknya yang berada di balkoni. Bukan mudah untuk dia terus
berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Bukan mudah, namun itu bukan
suatu alasan untuk dia tidak mengambil pengajaran dari masa lampau.
“Honey!” panggil Iskandar
Zulkarnain memecahkan lamunan Umairah. Umairah berjalan ke balkoni.
“Sayang.” kata Umairah
sambil mencuit pipi Dian Irdina. Dian Irdina memeluk kaki Umairah erat.
“Mama, I want cycle.”
rengek Dian Irdina. Umairah memandang Iskandar Zulkarnain, meminta keizinan.
Pandangannya dibalas dengan anggukan.
“Okay but first, you
must change your cloth immediately.”
“Okay.” balas Dian
Irdina lalu berlari-lari ke arah biliknya. Umairah ingin berlalu namun dihalang
oleh Iskandar Zulkarnain.
“What?” tanya Umairah.
“Have I told you that I
love you today?”
“For sure, yes. About
ten times today.” kata Umairah lalu berlalu. Sebelum dia melangkah, dia sempat
berbisik kepada Iskandar Zulkarnain.
“I love you once. I
love you twice. I love you more than beans and rice.”
………………………………………………………………………………………………………
“Umairah.” panggil
Intan sambil mendukung anak keduanya yang berusia setahun.
“Intan, lama tak jumpa.
How’s your life?” Umairah menyuap makanan kepada Amira Khairina dan Amir
Khairani, anak kembarnya yang berusia tujuh bulan. Dia memegang Amira sementara
Nanny Sofia memegang Amir.
“Okey jer. Kau pula
macam mana? Sejak kahwin dengan English guy itu, lama kau tak balik Malaysia
eh?”
“Aku balik
kadang-kadang. Takkanlah aku nak tinggalkan cik abang aku lama-lama kat sana.”
“Orang sayang suamilah katakan.”
celah Huda. Dia duduk di sebelah Intan. Perjumpaan semula dengan rakan-rakan
sesekolah banyak diisi dengan cerita tentang kehidupan.
“Mana tak sayang kalau
kacak macam tu?” kata Maysara.
“Korang ni.” ujar
Umairah.
“Maira?” panggil
Maysara.
“Yup. Kenapa?”
“Kenapa kau pilih
Iskandar Zulkarnain dan bukan Vincent atau Senior Luqman?” tanya Maysara.
“Betul.” kata Intan dan
Huda serentak.
“Bukan dulu kau tolak
lamaran dia ke? Banyak kali pula tu.” ucap Intan. Umairah tersenyum sambil
memandang anak-anaknya. Dian Irdina sibuk makan nasi lemak dengan papanya. Amir
dan Amira semakin lama, semakin comel dan pandai.
“Aku tak terima lamaran
Julian Alexander Andrewson tapi aku terima lamaran Iskandar Zulkarnain bin
Abdullah. He’s the one for me.” Umairah tersenyum seketika. ‘I ran from you but
lastly, it was you the one who hold my hands to the truth.’
………………………………………………………………………………………………………
“Isteriku/Suamiku, aku
mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku kepadamu”
–Imam Nawawi-
