AKULAH
PEMILIK CINTAMU
“Alya!” jerit suara yang aku kenali. Aku segera berpaling ke belakang. Sennyuman terukir di wajahku tatkala melihat suamiku sedang berlari ke arahku. Raudhah, anak sulungku yang berusia tujuh tahun berteriak memanggil papanya.
“Alya!” jerit suara yang aku kenali. Aku segera berpaling ke belakang. Sennyuman terukir di wajahku tatkala melihat suamiku sedang berlari ke arahku. Raudhah, anak sulungku yang berusia tujuh tahun berteriak memanggil papanya.
“Alya, abang tak jumpa pun ikan parang yang Alya
nak. Abang minta maaf.” kata Syahrul Hisyam.
“Tak jumpa? Tak perlah bang. Alya boleh cari di
pasar tani dekat rumah kita.” balasku. Hisyam mengangkat Raudhah ke atas
ribanya lalu mengambil tempat di sebelahku.
“Kakak nakal tak tadi? Kakak kacau adik lagi ke?”
usik Hisyam kepada Raudhah sambil mengusap perutku. Raudhah hanya tergeleng
sambil tersenyum. Sungguh comel anak perempuanku ini.
Alhamdulillah. Aku mengandung lima bulan. Raudhah merupakan antara orang
yang paling gembira dengan berita itu. Keluarga aku dan mertuaku juga gembira
mendengar berita mengenai zuriatku ini. Sebenarnya, sebelum kehadiran anak
dalam kandunganku, aku pernah melahirkan anak kami yang kedua.
“Sayang, termenung tentang apa?” tanya Hisyam.
“Tiada apa-apalah bang. Cuma petang-petang macam
ini, Alya tiba-tiba teringatkan Rayyan.” Nama anakku yang kedua ialah Syahrul
Rayyan. Dia meninggal ketika berumur dua tahun iaitu tiga tahun yang lalu.
“Janganlah sedih. Tahu tak kenapa abang pilih nama
Rayyan untuk dia? Sebab Rayyan merupakan nama syurga. Abang tak naklah Alya
menangis. Kesian pada Rayyan yang berada di syurga. Pasti dia sedih kalau
melihat mamanya menangis.” kata suamiku. Aku memeluk dia.
Kesedihan
yang aku hadapi ketika kematian Rayyan sedikit terubat dengan kehadiran Raudhah
dan anak yang berada di dalam kandunganku ini. Hisyam tidak pernah putus-putus
untuk memberikan kata-kata semangat kepadaku ketika itu. Aku teringatkan satu
kisah.
………………………………………………………………………………………………………
“Alya.” panggil Hisyam. Aku yang sedang tidur dalam
bilik Rayyan ketika itu terjaga.
“Di sini rupanya sayang. Jom makan. Nanti kita makan
ubat.” ajak Hisyam. Aku mengelengkan kepalaku. Air mata yang bersisa di kelopak
mata dikesat.
“Janganlah macam tu. Alyakan demam.” pujuk suamiku.
Aku masih mengeleng lagi. Hisyam keluar dari bilik itu. Aku terpana. Mungkinkah
Hisyam sudah putus asa dengan aku? Adakah dia sudah bosan? Pelbagai persoalan
bermain di mindaku. Namun segalanya hanyalah andaianku sahaja. Buktinya, Hisyam
kembali ke bilik ku bersama bibik dengan menatang dulang.
Dulang
yang dibawa berisi makanan, minuman dan ubat. Bibik mengalihkan meja kecil dari
bawah katil lalu diletakkan di tengah-tengah bilik itu. Hisyam kembali di sisi
aku setelah meletakkan dulang di atas meja itu.
“I won’t accept no as the answer.” tegas kata-kata
Hisyam. Aku cuma menurut sahaja apabila Hisyam menarik tanganku. Kami berdua
duduk bersila sambil makan. Pembetulan, aku sebenarnya disuap oleh Hisyam. Dia
berkeras untuk menyuapku. Saat-saat romantik itu terhenti apabila kami berdua
terdengar tangisan Raudhah.
Aku
segera bangun namun gerakanku terhenti apabila Raudhah yang ketika itu berusia
empat tahun berlari ke dalam bilik Rayyan. Dia menangis teresak-esak sambil
memeluk kakiku. Hisyam mengambil Raudhah lalu memeluknya. Aku duduk bersimpuh
di sebelah Hisyam sambil mengusap rambut Raudhah.
“Kenapa ni sayang?” tanyaku kepada Raudhah.
“Kakak nak makan dengan mama dan papa. Kakak tak nak
makan seorang.” jelas Raudhah. Sungguhpun dia baru berusia empat tahun, namun
kepintarannya jelas kelihatan. Patutlah dia menangis. Kebiasaannya, aku ataupun
suamiku akan makan bersama dia. Mana mungkin bibik dapat melayan kerenah
Raudhah yang sedikit nakal ini.
“Kakak nak makan juga?” tanya Hisyam. Raudhah
mengangguk. Aku menyuap nasi kepada Raudhah dan suamiku. Kami bertiga makan
dalam keadaan yang bukan lagi romantik namun ‘super’ romantik.
………………………………………………………………………………………………………
“Auuch.” tutur aku. Raudhah yang sedang menyiapkan kerja
sekolah segera menoleh ke arahku.
“Kenapa mama?” tanya dia.
“Adik tendang.” jawab aku. Makin lasak anakku yang
ketiga ini. Mungkin lelaki agaknya. Raudhah menghampiriku.
“Adik, janganlah tendang mama. Kesian mama.”
pujuknya sambil mengusap perutku. Aku tertawa dalam hati. Raudhah merupakan
seorang kakak yang baik.
“Pandai anak mama. Kerja sekolah dah siap?” tanya
aku. Aku mengusap rambutnya yang dipotong pendek.
“Dah.” jawabnya.
“Ambil susu dengan bibik.” kataku. Raudhah
mengangguk lalu berlalu ke dapur meninggalkan aku seorang diri di hadapan
computer riba. Ketika aku sedang melayari laman sosial, aku terpandang nama
yang dahulunya pernah terpahat di hatiku. Aku mengamati gambarnya. Dia semakin
kacak walaupun wajahnya menampakkan kematangannya.
“Sayang!” usik Hisyam. Aku segera menutup komuter
riba. Terkejut aku apabila tangannya tiba-tiba sahaja mendarat di bahu aku.
“Tengah buat apa tu?” tanyanya. Dia tersengih ke
arahku seperti biasa. Tangannya mengusap perutku.
“Nothing.”
“You look a bit shock actually. What’s wrong?”
tanyanya lagi.
“Doesn’t matter.” jawabku. Dia menarik aku ke dalam
dakapannya. Dalam dakapan itu, aku merasakan terlindung dan disayangi.
“Honey, I love you so much.” bisik aku.
“I love you a lot.” katanya. Aku merasakan cintanya yang sejati sememangnya untuk ku. Hanya
untukku.
………………………………………………………………………………………………………
“Hey Alya!” panggilan seorang lelaki dari belakang
mengejutkan aku. Aku yang ketika itu sedangg masuk ke dalam kafe, menoleh ke
belakang. Seorang jejaka yang berusia 30-an berlari melintasi jalan ke arahku.
Raudhah yang sedang memegang tanganku kelihatan kaget.
“Hai Johan. Lama tak jumpa.” sapaku sebaik sahaja
dia berada di hadapanku. Dia menghadiahkan senyuman manis buatku. Raudhah
menarik-narik lengan bajuku.
“Kenapa?” tanyaku kepada Raudhah.
“Kakak lapar.” jawabnya.
“Jom makan.” ajak Johan. Aku tergaman. Dia bergerak
ke arah sebuah meja lalu memesan satu chicken chop black pepper dan dua chicken
chop brown soup beserta tiga gelas jus oren.
“Johan, tak perlah. Saya boleh pesan sendiri.”
kataku. Sebenarnya aku tidak berasa selesa dengannya. Maklumlah, aku isteri
orang dan dia mungkin suami orang. Apa pula kata orang yang melihat kami.
“Kenapa? Makanan tadi tak kena dengan selera awak
ke? Saya tahu kesukaan awak. Awak tak suka pedas.” kata dia. Dia segera bangun
untuk memanggil semula pelayan namun aku segera menahannya.
“Bukan. Makanan yang awak pesan okey jer. Cuma saya
rasa kita tak patut berjumpa. Awak suami orang dan saya isteri orang. Apa kata
orang kalau lihat kita macam ini.” jelasku. Johan bersandar pada sofa. Raudhah
yang duduk di sebelahku cuma memerhati.
“Sebenarnya… saya tak kahwin lagi. Najwa memutuskan
pertunangan kami tiga bulan sebelum kami bernikah. Dia kata dia tak bersedia lagi.”
kata-katanya membuatkan aku terpana. Bukankah kerana Najwa, dia sanggup
memutuskan pertunangan kami? Bukankah kerana itu, aku terpaksa berkahwin dengan
Hisyam? Namun, akhirnya cinta mengikat aku dan Hisyam.
“Kenapa tak pujuk Najwa?” tanyaku. Aku memotong ayam
di pinggan Raudhah untuk memudahkan dia makan.
“Saya dah pujuk tapi dia masih enggan. Dia melarikan
diri ke Beijing.” balas Johan. Dia tersenyum pahit seketika.
“Alya, sudah hampir sembilan tahun kita tidak
berjumpa. Awak ada dua orang anak dan saya masih lagi bujang. Mungkin ini
balasan kerana berlaku curang pada awak dulu. Saya rindukan awak, Alya
Zulakiha.” bisiknya. Mungkin dia tidak mahu Raudhah mendengar ayat terakhirnya.
Aku tergaman.
“Awak patut tahu yang awak patutnya tak menyesal
dengan keputusan awak, meninggalkan saya ketika pernikahan kita cuma tinggal
dua minggu sahaja lagi. Awak patut berbahagia dengan keputusan awak. Mungkin
saya bukan wanita yang terbaik untuk awak. Mungkin juga kita tidak ditakdirkan
untuk bersama. Segala yang berlaku ada hikmahnya.
Itu yang
saya belajar dari segalanya. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang. Dan
untuk pengetahuan awak, Najwa sudah ceritakan pada saya apa yang berlaku. Awak
tak patut selalu mengingati orang yang sudah menjadi hak orang lain, di hadapan
dia. Siapa yang tak kecil hati? Mungkin bagi awak, ini cuma perkara kecil.
Namun perkara kecil ini boleh membawa kepada kemusnahan.
Api yang
kecil boleh membakar sebuah rumah. Najwa bukan tunggul kayu. Dia manusia yang
mempunyai hati dan perasaan. Awak tidak boleh senang-senang saja mempermainkan
perasaan dia. By the way, she’s still waiting for you. Ayah dia dah cuba
jodohkan dengan orang lain tapi dia tak nak. Dia kata hatinya masih belum
terbuka.
Saya rasa
hatinya tertutup kerana pencuri kunci hatinya masih belum menyerahkan lagi
kuncinya. Mungkin juga pencuri itu ingin menjadi pemilik hatinya namun tidak
menyedari bahawa dia mempunyai keinginan sedemikian rupa. Saya harap awak
berbaik-baik dengan Najwa. Both of you need each other. Ini nombor dia. Think
wisely.” jelas aku.
Aku
menyerahkan nombor Najwa kepadanya. Johan kelihatan sedikit kusut dengan
peneranganku sebentar tadi. Aku segera berlalu ke kaunter bersama Raudhah.
Setelah membuat pembayaran untuk santapanku dan Raudhah, aku berlalu pergi.
Kafe itu aku tinggalkan dengan hati yang terasa amat puas bagaikan segala
masalah telah selesai.
………………………………………………………………………………………………………
“Abang.” panggilku. Pipinya aku kucup lalu aku peluk
tubuh yang amat aku rindui itu. Dia membalas pelukanku.
“Rindu abang yer?” tanya Hisyam. Suamiku kelihatan
amat segak dalam uniform kerjanya. Sebagai seorang juruterbang, dia akan
meninggalkan rumah kami untuk beberapa hari untuk terbang ke destinasi.
“Rindu sangat. Abang tinggalkan Alya lama sangat.”
gurau aku. Kami duduk di atas sofa di bilik kami. Televisyen dibuka. Wajah
cantik Lisa Surihani menghiasi skrin. Hisyam melentokkan kepalanya di atas
bahuku.
“Abang ingat tak lagi Johan?” tanyaku kepadanya. Dia
mengangkat kepalanya. Dia kelihatan seperti cuba untuk mengingati pemilik nama
itu. Tidak lama kemudian, dia bersuara.
“Abang ingat. Johan yang Alya ceritakan dulu kan?
Yang bekas tunang Alya kan? Yang lari dengan kawan Alya kan? Yang kerja sebagai
jurutera kan?”
“Banyaknya ‘kan’ ‘kan’ ‘kan’. Betullah tu. Alya
jumpa dia kelmarin. Semasa membeli barang dengan Raudhah.”
“Dia kacau Alya ke? Nak kena mamat ni.” marah dia.
Aku terkejut. Baru aku ingat. adik Hisyam pernah memberitahu bahawa suamiku
merupakan bekas ketua samseng ketika sekolah menengah. Entah macam mana dia
insaf. Agaknya selepas dapat abang ipar yang juga anak imam.
“Dia tak kacau Alyalah. Kami cuma berborak-borak
saja.” kataku. Malas dilayan kata-kata jiwang Johan yang aku rasakan tidak
sesuai dengan aku.
“Betul ke ni?” tanya dia lagi. Aku mengangguk.
“Abang tak nak kehilangan sayang. Abang sayang
sangat sayang.” luah dia. Aku tersenyum. Dia mencium dahi aku. Tiba-tiba aku
teringat.
“Mandi dah ke belum?”tanyaku.
“Dah. Mandi dalam kapal terbang.” usik dia. Aku
segera menyuruh dia mandi agar kami dapat bersolat jemaah.
………………………………………………………………………………………………………
“Puan Alya.” panggil setiusahaku, Nadhyra. Aku yang
baru selesai makan tengah hari dengan Shila dan Dyna mendekati dia.
“Puan, Encik Afiq mengamuk tadi. Dengar cerita,
tunang dia buat hal. Puan tolong tengok-tengokkan dia. Suzana kata dia takut
nak tegur.” ujar Nadhra. Aku mengeluh. Entah apa masalah pula yang Elly bawa
kepada Adiq. Aduhai adik aku yang bongsu ini. Tunang dia pun satu. Aishh…
“Tak perlah. Saya slow talk dengan dia. Awak jangan
risau.” pujuk aku. Aku mengorak langkah ke arah pejabat Afiq, adik bongsuku.
“Afiq.” panggilku. Afiq yang pada mulanya menekup
wajah pada meja, mendongakkan kepalanya. Aku meletakkan dua keeping sandwich di
atas mejanya.
“Kak Lya.” balas dia. Dia cuba untuk mengukirkan
senyuman manis buatku.
“Apa cerita? Kak Lya dengar Elly buat hal.” aku
duduk di hadapannya.
“Kak Lya promise jangan beritahu mama dan papa pasal
ni.
“Pasal apa?”
“Promise dulu.”
“Cakap jelah pasal apa?”
“Promise?”
“Fine. Promise.” aku mengikat jari kelingkingku
dengan jari kelingking Afiq.
“Jangan beritahu sesiapa pun termasuk Abang Syam.
Ermm.. Sebenarnya, Afiq dapat gambar Elly sedang bemesra dengan lelaki lain di
Perth.” kata-kata Afiq tidak mengejutkan aku. Elly pernah memeluk lelaki
Perancis di hadapanku ketika aku selesai bemesyuarat di hotel di Putrajaya.
“Well, I’m not too surprise to hear that.” kataku.
Afiq kelihatan runsing.
“Kak Lya, she’s my fiancée and I just saw a photo of
her kissing some guy’s cheek at Perth. What do you expecting me to say?” ujar
Afiq. Dia bangun dari kerusinya.
“Afiq, I saw her hugging other person. So, I’m not
too surprised if I see her kissing other guy’s cheek.”
“She’s too nonsense. I thought after I gave her
second chance, she won’t repeat it again. Any suggestions about the next step,
sis?” tanya Afiq.
“Cadangan Kak Lya, tinggalkan dia. Kalau sekarang
dia berani buat macam itu, mungkin dia berbuat sedemikian selepas kahwin. But
it just my suggestion. Bro, think hardly.” kataku sebelum menutup pintu dan
melangkah ke bilikku.
“Lya, sini jap.” panggil papa yang sedang berada di
hadapan biliknya. Aku mengatur pula langkah ke arah papa.
“Kenapa papa?” tanyaku.
“Kenapa dengan Afiq? Papa dengar dia mengamuk semasa
lunch tadi.”
“Nothing pa. Just problem dengan kerja jer. Papa
jangan risau sangat. Nanti okeylah Afiq.” dalih aku. Mana mungkin aku
memberitahu papa bahawa bakal menantu yang tidak disenanginya telah berlaku
curang pada adikku. Pasti Afiq akan memarahiku dan pasti dia akan dimarahi
papa.
“Okey. Then, get back to work.” arah papa.
………………………………………………………………………………………………………
Ketika
aku sedang sibuk menyiapkan laporan, pintu bilikku diketuk dari luar. Aku
memanggil dia masuk. Nadhyra masuk dengan satu keping nota di tangannya.
“Puan,ada orang hantar bunga pada puan. Penghantar
bunga sedang menunggu di bawah.”
“Baiklah Nadhyra.” aku segera turun ke bawah
menggunakan lif. Sungguh baik hati suamiku kerana menghadiahkan bunga kepadaku.
Ketika aku turun, kelihatan seorang lelaki muda sedang memegang sejambak besar
bunga ros putih beserta sampul surat bewarna merah jambu.
“Nurul Alya Zulaikha?” tanya dia. Aku menganggukkan
kepala. Dia meminta aku menurunkan tandatangan pada borang yang dibawanya. Aku
cuma menurut permintaannya. Aku memandang jambangan bunga itu dengan penuh
teruja. Aku membawa jambangan itu dan sampul ke atas.
Aku
meletakkan jambangan tersebut di dalam pasu kaca yang terdapat di atas mejaku.
Bunga ros putih itu aku susun. Sampul surat itu aku pandang sekilas sebelum dibuka.
Aku tergaman apabila tiga keping gambar keluar dari surat itu. Yang pertama
menunjukkan bahawa Hisyam sedang berbual dengan Elly. Yang kedua, Elly sedang
berjalan bersama Hisyam. Yang terakhir, Hisyam sedang memeluk pinggang Elly di
lobi hotel.
Tanpa aku sedari, gambar-gambar tersebut
terlucut dari genggamanku. Hisyam yang ku sangkakan setia rupa-rupanya telah
berlaku curang kepadaku. Air mata menitis tanpa ku sedari. Aku cepat-cepat
menyeka dengan tangan kananku. Kelihatan satu mesej dari ‘Hubby’ di skrin
telefon bimbitku.
Hubby – syg, abg blk lmbt skit mnggu ni. maybe 4
days later. syg nk ap2 k?
Aku cuma
membiarkan sahaja mesejnya. Hatiku terasa amat sakit dengan apa yang berlaku.
Hisyam telah menduakanku! Tidak pernah terlintas di fikiranku, Hisyam akan
berlaku curang. Hatiku mengatakan dia tidak bersalah. Namun mindaku
menafikannya. Buktinya masih ada di atas mejaku.Ketukan di pintu menyedarkan
aku dari lamunan.
Dan
sekujur tubuh kecil yang aku benci memasuki bilikku. Melihat saja pada dia, aku
terasa bagaikan menyirap darah. Aku segera bangun dari kerusi. Dia tersenyum
sinis. Dan kepala aku mula berasa pening. Aku terus rebah.
………………………………………………………………………………………………………
“Alya. Bangun nak.” panggil satu suara. Aku membuka
mata. Mama sedang duduk di atas katil. Aku sedang berada di dalam bilikku di
rumah papa bersama mama dan Aqil. Kepala aku masih terasa pening. Jarum jam
menunjukkan pukul 11 malam. Lama sungguh aku pengsan.
“Lya, makan ubat dulu. Nanti tidur semula.” pujuk
mama. Aku terus menelan tiga biji pil yang diserahkan mama. Mama beredar
setelah itu. Aqil yang duduk di atas sofa bersebelahan katilku, bangun dan
mengambil tempat mama.
“Kak Lya, Aqil tahu apa yang Kak Lya rasa.”
kata-kata pembukaan bicara kami mengejutkan aku. Aqil mengeluarkan sampul surat
yang telah menjadi bukti kecurangan Hisyam. Aku menitiskan air mata yang
ditahan.
“Kak Lya tak tahu nak kata apa.”
“Tak payah kata apa-apa Kak Lya.”
“Raudhah mana?” tanyaku. Aku merindui anak sulungku
itu.
“Papa dah ambil dia dari rumah akak. Sekali dengan
bibik.”
“Papa tahu ke pasal tu?”
“Papa orang pertama yang jumpa Kak Lya pengsan kat
pejabat.”
“Perempuan itu betul-betul datang berjumpa akak ke?
And she’s pregnant?”
“Yup. Kak Nadyra mengesahkannya. Aqil tak sangka dia
sanggup berlaku curang pada Aqil.” giliran Aqil pula untuk menitiskan air
matanya.
“Bukan Aqil sahaja yang dicurangi.” aku mengesat air
mata yang mengalir.
“Be strong kak. Aqil tahu akak kuat. Baby, baby
jangan susahkan mummy. Baby jadilah sekuat mummy baby.” kata Aqil sebelum
beredar. Aku mengusap perutku yang memboyot. Tak lama lagi bayi ini akan lahir.
Pasti dia ingin melihat ayahnya. Tapi sanggupkah aku melihat ayahnya yang juga
suamiku?
………………………………………………………………………………………………………
Sudah
hampir dua hari aku tinggal di rumah papa. Aqil yang mengambil dan menghantar
Raudhah ke sekolah. Hisyam masih tidak mengetahui bahawa aku tinggal di rumah
orang tuaku. Aku tidak dapat menganggak reaksinya jika dia mengetahui perkara
ini. Sungguh aku terlalu cintakan suamiku hinggakan aku bagaikan tidak keruan
setelah mengetahui dia curang.
“Mama.” panggil Raudhah. Aku mengesat air mata yang
berbaki.
“Kenapa kakak?” tanyaku. Raudhah menghampiri aku
yang sedang duduk di bangku di taman.
“Nenek ajak kakak pergi ke pasar dengan dia.
Bolehkan mama?”
“Boleh. Pergilah. Ajak bibik sekali.” ujar aku. Aqil
dan papa sudah pergi bekerja. Aku terpaksa meminta bibik untuk menemaninya
kerana khuatir Raudhah akan berlari ke sana sini. Mama mungkin akan keletihan
untuk mengejarnya.
“Lya, tak per ke mama tinggalkan Lya dengan Yanti kat sini. Mama risaulah.” tutur mama.
“Tak per. Lya okey jer mama. Don’t worry.” kataku.
Aku melambaikan tangan pada kereta mama yang berlalu. Aku segera masuk ke dalam
rumah.
“Mau masak apa mbak?” tanya Yanti.
“Masak sikit jerlah. Kita saja yang akan makan. Saya
rasa macam nak makan sup sayur.”
“Baik mbak. Sebelum itu, saya sih maunya pergi buang
sampah.”
“Baik. Jangan lama sangat.” pesan aku.Yanti beredar
ke dapur. Mungkin juga dia menggunakan pintu belakang. Aku menaiki tangga ke
bilikku. Ketika berada di pertengahan tangga, bunyi loceng berderingan. Aku
turun lalu membuka pintu. Wajah Elly menerpa di hadapan pintu.
“Elly.” aku menyebut namanya dengan perasaan benci
yang amat kuat.
“Hai Kak Lya. Lama tak jumpa. Berapa bulan dah Kak
Lya ni?” tanya Elly. Namun aku tahu jauh di dalam hatinya, dia sedang menyindir
aku.
“Dah sembilan bulan. Elly berapa bulan?” tanya aku.
Perutnya yang lebih kecil membuatkan aku tertanya-tanya.
“Dah masuk lapan bulan bulan. Orang lain mana Kak
Lya? Sunyi jer rumah.” tanya Elly.
“Orang lain keluar sekejap.” jawab aku. Aku
mempersilakan dia masuk. Walaupun dia musuhku, namun dia sedang mengandung.
Masakan aku akan membiarkan saudara seIslamku berada di luar yang panas terik
ketika itu. Elly duduk di ruang tamu sementara aku berlalu ke dapur.
Aku
membancuh air teh dan meletakkan sedikit kuih di atas pinggan. Ketika aku
membancuh teh, aku terdengar telefonku berbunyi
di bilikku. Aku segera memanjat tangga. Elly sedang menonton drama Korea
di ruang tamu. Sebaik sahaja aku mengangkat telefonku, tiada balasan yang
diterima. Aku cuba untuk menelefon sekali lagi, namun tidak berjaya.
“Kak Lya.” panggil Elly. Aku terkejut lalu telefon
bimbitku jatuh ke atas katil. Aku segera mengambil telefonku. Kelihatan Elly
sedang berdiri di belakangku.
“Elly buat apa di sini? Jom turun bawah. Sorry sebab
buat Elly lama menunggu.”
“Tak per. Penantian Elly bukannya tidak membawa
keuntungan. Penantian ini amat bermakna.”
“Apa maksud Elly? Kak Lya tak faham.” ujar aku. Elly
menutup pintu bilikku. Dia menyelak pintu itu lalu bergerak ke arahku.
“Tak mungkin Kak Lya tak faham dengan apa yang Elly
katakan. Yelah. Kak Lyakan anak orang berada. Popular lagi. Dah lah cantik.
Siapalah Elly ini kalau digandingkan dengan Kak Lya. Macam pipit dengan
enggang.”
“Elly, Kak Lya tak fahamlah.”
“Sepatutnya Elly berterima kasih pada akak kerana
sangup membiarkan Abang Syam bekerja sebagai juruterbang. Tak sangka-sangka
jodoh kami kuat kak. Kak Lya nak tahu tak, nanti bila anak Elly dah lahir, Elly
nak namakan dia Syahrul Hakimi bin Syahrul Hisyam. Sweetkan kak?”
“Anak.. itu anak.. Hisyam?” tanya aku dengan
teragak-agak. Benarkah?
“Yerlah kak. Ini anak Hisyam. Nanti bolehlah dia
bermain dengan Raudhah….”
“Tak mungkin!”
“… selepas akak mati!” kata Elly. Dia mengeluarkan
pisau dari belakangnya. Aku terpaku. Elly segera mengerakkan pisau itu ke
arahku. aku menahan tangannya dengan tanganku.
“Elly!” jerit aku.
“Akak patut dah lama mati! Kenapa akak yang dapat
Abang Syam dan bukannya Elly! Elly cintakan Abang Syam! Kak Lya tak cintakan
dia langsung! Kalau bukan kerana Abang Johan nak kahwin dengan Najwa, pasti
Abang Syam dah kahwin dengan Elly! Kak Lya tak cintakan dia langsung! Elly sanggup
buat apa saja untuk Abang Syam! Termasuklah membunuh isteri Abang Syam yang
langsung tidak berhati perut!” luah Elly. Aku menolak dia lalu berlari ke arah
pintu.
Aku cuba
untuk membuka pintu. Elly menarik rambutku ke belakang. Aku menjerit kesakitan.
Elly menolak aku ke atas katil. Dia mengacukan pisau ke leherku. Tanpa aku
sedari, air mataku mengalir. Aku terbayangkan wajah mama, papa, Aqil, Raudhah
dan……… Hisyam. Aku juga terkenangkan Rayyan dan anak dalam kandungan.
“Kak Lya jangan risau sekejap jer. Lepas rasa sakit
sekejap nanti Kak Lya takkan rasa apa-apa dah. Sebab masa tu Kak Lya dah mati!”
jerit Elly. Aku menelan air liur. Elly bagaikan hilang kewarasan.Aku terjeling
ke arah pasu kaca di atas meja. Elly tersengih sinis kepadaku. Tanpa ku sangka,
dia terus menikam betisku. Darah memancut keluar dan menukar warna cadarku
kepada merah. Aku semakin takut. Aku menutup luka itu dengan selimut.
Ketika
Elly cuba untuk menikamku di dada, aku segera menolak dia dan menghentam
kepalanya dengan pasu kaca. Darah membasahi kepala gadis itu. Aku menekan luka
di betis. Darah yang keluar semkain banyak. Kesakitannya amat terasa hinggakan
aku takut untuk mengerakkan walau satu inci jari kakiku.
“Akak takut ya? Tak per Elly akan buat secepat
mungkin. Baik untuk akak dan Elly.” kata Elly. Bagiku, Elly benar-benar tidak
waras!
“Akak tahu tak, disebabkan akak, Elly kehilangan
seorang yang Elly sayangi. Orang itu ialah kakak Elly! Farah Natasya!”
“Tasya?” kata aku. Tasya merupakan rakan karibku
ketika belajar di Brisbane dahulu.
“Disebabkan akak, dia membunuh diri. Jadi memang
patut Elly bunuh akak sebab akak memang pemusnah hidup Elly! Abang Johan adalah
kekasih Kak Tasya! Akak rampas dia kemudian tinggalkan saja Kak Tasya! Kak Lya
memang tidak berhati perut! Kak Lya memang patut mati!” jerit Elly!
Dia cuba
untuk menikam aku. Aku menahan pisau itu dengan kedua-dua belah tangan. Aku
menolak dia dan aku mengambil pisau itu. Pisau itu terlepas dari tangan ku dan tercampak
ke arah balkoni. Aku bergerak perlahan-perlahan menuju ke pisau itu. Elly
menyambar pisau itu. Dia cuba untuk menikam aku namun aku menolak pisau itu
dan….
“Argh!!!!” jerit Elly penuh kesakitan. Pisau itu
tertanam hampir separuh pada pahanya. Darah membuak-buak keluar. Aku pasti yang
pisau itu sudah terkena arterinya. Aku terkejut. Aku cuba untuk berdiri dan
bersandar pada pintu balkoni. Elly menarik pisau di pahanya dan menerpa ke
arahku. Aku segera memegang hulu pisau itu. Tanpa aku sedari, dia cuba untuk
menolak kakiku agar aku jatuh.
Aku
segera menolak pisaunya lalu tertikam dada kiri Elly. Aku menjerit ketakutan.
Darah mengalir keluar dari dada Elly. Aku bersandar pada pintu balkoni. Ketika
itu darah mengalir keluar di pahaku hasil hentakan kerana terjatuh. Perutku
juga terasa sakit.
………………………………………………………………………………………………………
“Kami diberitahu bahawa seorang wanita muda mati
akibat ditikam setelah mencuba untuk membunuh mangsa, iaitu anak kepada pemilik
rumah ini. Kami juga difahamkan bahawa mangsa tinggal bersendirian di rumah
ketika itu. Wanita tersebut yang dikenali sebagai Sarah Ellyana binti Othman dikatakan
cuba untuk membunuh mangsa, Nurul Alya Zulaikha binti Dato’ Zafari…..”
mendengar sahaja nama dalam berita itu, air minuman seorang lelaki terjatuh
dengan tiba-tiba. Hisyam segera meninggalkan KLIA. Dia mengambil teksi dan
segera menuju ke destinasi yang diingini.
………………………………………………………………………………………………………
“Ma, pa!” jerit Hisyam setibanya di hospital. Dato’
Zafari menghadiahkan tumbukan tepat pada pipi Hisyam. Hisyam terduduk. Aqil
yang berada di sana menenangkan papanya.
“Aku tak sangka kau sejahat ini. Aku ingatkan kau
dah berubah. Rupanya kau lebih teruk dari dahulu. Kau boleh ambil semua harta
aku namun jangan sesekali kau lukakan hati anak perempuan aku. Kerana kau, dia
terima nasib macam ini. Kerana kau, dia hampir dibunuh oleh psycho yang ada
hubungan dengan kau. Kau memang dasar lelaki buaya! Kerana kau juga, dia
hampir-hampir hilang anaknya.” bentak Dato’ Zafari. Dia menangis tanpa rasa
segan. Air mata seorang lelaki terlalu berharga.
“Abang Syam, let’s have a long talk.” ajak Aqil. Dia
menarik lengan baju kemeja abang iparnya. Baginya, sebelum keadaaan bertambah
buruk, lebih baik dia bertindak sekarang.
“But, Lya…”
“Papa dengan mama ada.” jawab Aqil dengan ringkas.
Hisyam bersalam dengan ibu mertuanya. Dia bersalam dengan ayah mertuanya
walaupun salam dihulur bagai endah tak endah. Ketika di kafeteria, Aqil
menceritakan segelanya kepada Hisyam.
“Abang Syam takkan buat macam itu. Abang cuma tolong
Elly saja masa itu.”
“Aqil percayakan abang. Tapi masalahnya, Kak Lya
percayakan abang ke?” duga Aqil. Hisyam mengeluh. Jawapan bagi soalan Aqil
bagaikan amat sukar untuk dijawab. Hati seorang wanita bagaikan laut dalam yang
menyimpan pelbagai khazanah yang kadang-kadang langsung tidak dapat difikirkan
oleh seorang lelaki.
………………………………………………………………………………………………………
“….. Lya cerailah dengan dia…..”
“…..dia boleh buat nyawa Lya terancam…..”
“….. maybe dia bukan untuk Lya…..”
“….. dia curang pada Lya. Buktinya dia ada anak luar
nikah dengan perempuan lain yang merangkap bakal adik ipar Lya…..”
“….. carilah orang lain Lya…..”
“….. mungkin Lya sesuai dengan Johan. Dia masih
bujang lagi…..”
Satu
persatu ayat yang keluar dari mulut mama, papa, saudara-maranya dan abangnya,
Adam terngiang-ngiang di telingaku. Aku menyeka air mata yang mengalir keluar.
Apalah nasibku. Ditinggalkan suami pada saat aku memerlukannya. Tangisan
Raihana yang berusia dua bulan lebih mengejutkan lamunanku. Raihana bagaikan
klon Hisyam berjantina perempuan.
Dengan
rambut hitam, mata yang menawan dan bibir yang comel, dia amat menarik
perhatian semua pihak. Aku terus memanggil Nina, pengasuh Raihana. Nina
tersenyum lalu mengangkat Raihana dan menyerahkannya kepadaku. Kakiku yang luka
hampir hampir sembuh. Namun aku tidak berani untuk berjalan banyak. Sikit-sikit
bolehlah.
“Raihana, kenapa? Lapar ke?” tanyaku. Mata si comel
itu terkebil-kebil memandangku. Pintu yang diketuk mengejutkan aku dan Nina.
Wajah Aqil muncul dari sebalik pintu.
“Kak Lya!” panggil Aqil dengan mesra. Dia mencubit
kecil pipi Raihana. Aku menyerahkan Raihana kepadanya.
“Alaa… Raihana sayang. Rindu pak su ke? Sorrylah
buah hati pak su. Pak su kena pergi kerja pagi tadi.” kata Aqil.
“Raudhah bukan buah hati pak su ke?” tanya Raudhah
yang datang secara tiba-tiba. Aqil tersengih bagaikan kerang busuk. Aku dan
Nina tergelak.
“Pak su curang dengan Raudhah.” rajuk Raudhah.
Kata-katanya membuatkan aku tersentak. Perkataan ‘curang’ bagaikan pisau yang
menghiris hatiku. Aqil yang menyedari sikapku segera menyuruh Nina membawa
Raihana dan Raudhah keluar.
“Akak? Please let it out. Jangan tahan tangisan itu.
Sampai bila akak nak seksa diri macam ni?” pujuk Aqil. Aku mengelengkan
kepalaku.
“Air mata akak dah lama kering. Dia tak pernah
datang sini, jumpa akak. Tiada langsung. Dia lenyap macam itu sahaja. Tiada
khabar berita. At least, datanglah tengok Raudhah dan Raihana. Ini tak. Dia
bagaikan langsung tak wujud dalam hidup akak. Dia tak explain apa-apa pun pada
akak.” luah aku. Entah bagaimana, selepas itu air mataku yang selama ini
ditahan selama hampir dua minggu turun mencurah-curah.
“That’s okay sis. By the way, I don’t think you knew
the whole story.” kata Aqil. Dia menyerahkan sekeping sampul surat bewarna biru
muda kepadaku. Aku terpinga-pinga.
“Surat dari Abang Syam. Dia datang setiap hari untuk
jumpa dengan Raudhah dan Raihana.”
“Papa tak mengamuk ke?”
“Semua orang dah cerita sebenarnya. Cuma kami semua
takut akak tak boleh terima.”
“Semua yang dikatakan Elly betul ke?”
“Aqil tak tahu nak kata apa kak. Kak Lya bacalah
surat itu. It explain almost everything.” ujar Aqil. Dia melangkah keluar dan
menutup pintu. Aku menarik nafas yang panjang sebelum membuka surat itu.
Tulisan tangan yang amat ku kenali.
Ke hadapan Alya Zulaikha yang tercinta,
Apa khabar sayang? Abang meminta maaf
sekiranya warkah ini menganggu emosi Alya. Alya pasti fikir yang abang ni tak
bertanggungjawab sebab langsung tak jenguk Raudhah dan Raihana. Raihana, sedap
nama itu sayang. Pandai Lya pilih nama untuk anak kita. Berbalik kepada tadi,
sebenarnya hampir setiap hari abang membawa Raudhah ke taman berdektan rumah
papa. Abang juga tidak melupakan nafkah Lya dan anak-anak.
Lya, InsyaAllah, abang tak akan
sesekali lupa untuk menjenguk Raudhah. Berkenaan dengan Elly, sebenarnya abang
langsung tidak tahu apa yang berlaku. Hanya selepas menerima ‘hadiah’ daripada
papa dan mendengar cerita Aqil, barulah abang tahu ceria sebenrnya. Memang
benar yang kami berjumpa di London lebih kurang enam bulan yang lalu. Abang
betemu dengan dia di hotel. Kebetulan, hotel kami sama.
Tiba-tiba Elly sakit perut. Katanya
gastrik. Abang pun bawalah dia ke biliknya. Tiada apa-apa yang berlaku. Abang
hantar dia, kemudian kawannya ada dalam bilik. Setelah itu, abang pun masuk ke
dalam bilik abang. Nothings happen. Sebab itu abang pelik setekah Aqil kata
yang abang bermain cinta dengan tunangnya. Ketika di sana, abang ada
terserempak dengan Elly beberapa kali. She’s drunk and baru lepas keluar dari
kelab. Ada seorang mamat Afrika di sebelah dia.
Abang tak beranilah kata apa-apa. Takut
juga abang kalau mamat tu hadiahkan abang satu penumbuk. Biarpun abang ni bekas ketua samseng, ketakutan itu
masih ada lagi. Jadi, abang pun buat tak endah jer. Abang tak snagka pula bila
abang balik ke Malaysia, lain pula ceritanya. Abang dikatakan ada anak dengan
dia? Memang langsung tak masuk akal. Nak sentuh tangan dia pun abang rasa macam
payah.
So, hari tu abang buat ujian DNA dengan
anak dia. Her baby is still alive. It’s a miracle for that baby for still
breathing eventhough she dead. Doktor sempat keluarkan baby itu sebelum Elly
meninggal dunia. And, she , I mean the baby, is not my child. Okey, siap dah
mengenai bab itu. Sekarang, bab Tasya pula. Abang tak kenal pun dia! Okey, tipu
kalau tak tahu.. Tapi abang pernah dengar nama dia sesekali. Ada yang kata dia
ada crush dengan abang dulu. Abang tak kisah pun sebab hati abang dah tiada
masa itu.
Dibawa lari oleh seorang gadis yang
ketika itu baru berusia 21 tahun. Gadis itu seorang yang amat cantik, pandai
dan amat baik. Gadis itu merupakan seorang mama kepada dua orang anak perempuan yang amat comel dan sedang membaca
warkah ini daripada suaminya. Alya, abang mula sedar yang abang mencintai Lya
ketika abang nampak Lya di perkahwinan anak Pak Long Hassan.Lya Nampak cantik
sangat walaupun ketika itu pakai baju kurung warna biru kosong yang hanya
dihiasi manik-manik kecil.Bagi abang, Lya sudah cukup sempurna. Tapi sayangnya,
ketika abang ingin meluahkan perasaan kepada Lya, abang ternampak Lya sedang
berdating dengan Johan.
Hanya Allah yang tahu betapa abang
kecewa ketika itu. Abang sanggup lepaskan Lya untuk melihat Lya bahagia. Tapi
tangisan Lya tiga hari sebelum hari pernikahan Lya benar-benar meruntun jiwa
abang. Johan memang pentingkan diri sendiri. Dia sanggup meninggalkan Lya untuk
Najwa. Kerana tidak ingin melihat Lya menangis lagi, abang sanggup mengambil
keputusan untuk bernikah dengan Lya. Alhamdulillah, cinta kita berputik semekar
bunga mawar di taman yang indah lagi bermakna.
Sayang Lya, abang sanggup menunggu hati
Lya terbuka semula untuk abang. Abang sayangkan Lya. By the way, kalau Lya nak
pendekkan masa abang menunggu Lya, Lya boleh jumpa abang kat halaman rumah papa
sekarang.
dari suamimu,
Hisyam
Selesai
saja membaca surat itu, aku terus bangun dan cuba untuk berjalan dengan berpaut
pada perabot dan dinding. Kakiku melangkah keluar dari bilik secara
perlahan-lahan. Keadaan rumah yang agak sunyi membuatkan langkahku semakin
laju. Mungkinkah dia sudah pergi? Tapi aku…?
“Hah!” sergah seseorang. Terus aku hilang imbangan
dan hampir-hampir jatuh. Sepasang tangan merangkul pinggangku.Aku menoleh ke
belakang. Darah gemuruh menyerbu ke rah mukaku.
“Abang ni!” marahku. Sergahan abang membuatkan aku
terperanjat.
“Baru dua bulan berpantang dah berjalan? Beraninya
adik abang ni.” ujar abangku, Adam.
“Aish.. Abang ni.Bersebab. Ada orang itu angau
sangat pada cintanya.” sindir Aqil. Abang Adam ketawa. Hisyam juga. Aku menarik
muncung lalu berjalan perlahan-lahan ke bilik semula. Malu!
“Dah baca sampai habis surat abang?” tanya Hisyam.
Aku mengangguk. Pandangan dilemparkan ke tasik di belakang rumah papa. Tatkala
senja menjelma, tasik itu akan bewarna seakan-akan emas.
“So?” kata Hisyam. Dia mengambil tempat di
belakangku. Tangannya memeluk leherku.
“Sorry?” dugaku.
“Not enough honey.”
“Dah tu?” tanya aku. Aku memalingkan muka ke
arahnya. Dia tersenyum sperti biasa.
“You, Raihana and Raudhah come back to me are
enough.” bisik Hisyam pada telingaku.
“Thank you abang.”
“Not enough?”
“What?”
“I want our family back. And that’s the best.”
“You have it now.”
“Thank God, everything is alright. Lya, I love you.”
ujar dia. Aku mengucup pipinya. Hisyam melingkarkan tangannya pada pinggangku.
“Lya sayang abang juga.” balasku. Hisyam menarik
nafas lega.
………………………………………………………………………………………………………
Aku duduk
di atas katil setelah selesai menyusukan Raihanna yang berusia dua tahun.
Raudhah pasti sudah lena tidur di biliknya. Hisyam yang sedang berlunjur di
atas katil tersenyum ke arahku.
"Sayang, jom pergi jalan-jalan.”
“Tak naklah. Dah malam.”
“I mean vacation dear.”
“Sorry. Nak pergi mana? I don’t want to be like the
last time you asked me to go for a journey.”
“Sorry abou the last time. I had a meeting.We’ll go
to Egypt?”
“You already knew that I can’t stand with hot surrounding
don’t you?” tanya aku. Hisyam cuma tersengih. Tidak mungkin dia tidak tahu yang
aku akan mengalami demam panas jika pergi ke tempat yang panas.
………………………………………………………………………………………………………
-qeel_zafari@yahoo.com
: akak! bler nk blk?
-luvly_lya@yahoo.com
: rindu akak ea? hi3.. insyaAllah akak blk 2 mnggu lg. sbr ea dik.
-qeel_zafari@yahoo.com
: k.lya… aqil rindu raihana dn raudhah…
-luvly_lya@yahoo.com
: hak3.. btw, k.lya smbut hr jd raihana kt sini.
-qeel_zafari@yahoo.com
: kat london? x smbut kt sini k?
-luvly_lya@yahoo.com
: maybe smbut 2 kali kot. tp k.lya tkut raudhah pula yg rajuk… hu3
-qeel_zafari@yahoo.com
: x kira! 2 kali… I’ll tell mama, papa n abang.
-luvly_lya@yahoo.com
: whtever.. btw, hows maysarah? is she’s finer?
-qeel_zafari@yahoo.com
: huh? u mean fine?
-luvly_lya@yahoo.com
: yeah.. this little toadler is trying to disturb me..
-qeel_zafari@yahoo.com
: she’s fine. same as the baby. who disturb u sis?
-luvly_lya@yahoo.com
: raihana.. I guess she miss u…
-qeel_zafari@yahoo.com
: I miss he too..
-luvly_lya@yahoo.com
: my daughter is not a boy aqil…
-qeel_zafari@yahoo.com
: I mean her… sorry..
-luvly_lya@yahoo.com
: nvr mind. I hv to go… snd my regards to our family.. c u lter..
-qeel_zafri@yahoo.com
: ok… bye3..
………………………………………………………………………………………………………
“Abang.” panggil aku dengan manja. Hisyam yang
sedang memakaikan kot tebal kepada Raudhah memalingkan muka ke arahku. Aku
mendukung Raihanna yang kelihatan amat comel dengan kot bewarna merah terang.
Snowcap milik Raihanna aku betulkan dengan sebelah tangan. Aku menutup komputer
riba di atas meja makan.
“Jom pergi.” ajak Hisyam. Kami meredah kesejukan
musim sejuk ke kafe milik rakan Hisyam. Aku memesan secawan kapucino beserta
sepotong kek keju. Hisyam pula memilih untuk menjamah secawan air kopi bersama kek
coklat mousse. Raudhah dan Raihana pula diberikan dua keping pudding roti
bersama coklat cair dan strawberi segar serta secawan teh hijau suam.
Setelah
itu, kami berjalan-jalan di taman permainan berdekatan dengan kafe tersebut.
Raihana bermain bersama Raudhah sementara aku duduk bersama Hisyam di atas
bangku. Sesekali mataku memandang Raudhah dan Raihana yang leka bermain.
“Have you ever thought about divorced?” tanya
Hisyam. Terus kepalaku berpusing 180 darjah. Keningku dijungkitkan.
“Are you going to divorce me?” tanya aku. Terus mata
Hisyam membulat memandang aku. Keadaan yang riuh rendah di taman permainan
langsung tidak dapat dibandingkan dengan kesepian yang membeku hatiku.
Renungannya penuh dengan kesejukan, kesuraman dan ketegasan. Sesejuk tanganku
jika direndam di dalam air di Kutub Utara. Sesuram hatiku apabila ditinggalkan
semua. Setegas aku apabila mendengar perkataan ‘curang’ dan cerai’.
“You’r just too straight to the point, ya know?”
“You’r going to divorce me?” jerit aku. Keadaan yang
sejuk langsung tidak dapat menyejukkan hatiku yang telah dibakar. Aku terus
berdiri. Aku bergerak ke arah Raudhah dan Raihana yang sedang bermain salji.
Musim sejuk sudah hampir tiba ke penghujungnya. Adakah kebahagiaanku juga sudah
tiba di noktah perhentian?Aku terus mendukung Raihana yang mencebik apabila
permainannya diganggu.
Tangan
Raudhah yang berusia sembilan tahun pula aku pimpin. Aku terus berjalan
melintasi sebuah tasik beku. Sebeku hatiku. Sebuah tangan hinggap di lenganku,
menghentikan segala perbuatanku. Aku merasakan bahawa jantungku juga hampir
berhenti berdegup kerana dia. Dia seorang yang amat aku sayangi namun sanggup
meninggalkan aku. Aku menangis teresak-esak di hadapannya. Tangan Hisyam melingkari
pinggangku. Aku terpana. Tubuhku ditarik erat.
“Janganlah menangis. I hate to see you crying.”
“But.. you’r…. the one that ca….use the tears to
fall…. down..”
“I’m sorry for my mistakes, sayang. Actually. I want
to give you this.” Hisyam menyerahkan sebuah buku yang tebal kepadaku. Raihana
diserahkan kepada Hisyam. Raudhah sudah mengeleng kepala memandang kedua-dua
ibu bapanya.
“Akulah Pemilik Cintamu?” tutur aku dengan perlahan.
“Yes, you’r. You have the keys into my heart. You
can make me skip a beat. You can make me jump over the moon. You can make me
suffer for days. You can make me furious all the time. You can make me half
dead when you leave me. But you can also make me happy for the rest of my life.
So, today infront of our children, do you want to be the only person that keeps
my keys of heart for the rest of your life?” tanya Hisyam. Dia tersenyum manis.
Aku mengangguk.
“Papa, mama menangis.” kata Raudhah. Aku menyeka air
mata yang keluar. Aku terus memeluk Hisyam sambil berbisik.
“Akulah pemilik cintamu.”

haish ... suspen part elly tuh . huhuhu ...
ReplyDeletebest la dillaa.... ada bakat besar ..
hak3.. tenx kak rinsya sbb sudi dtg k blo nie.. suspen mcm mne 2 kak?
ReplyDelete