100 CINTA
“Kenapa awak lambat?” tanya aku. Dalam hati cuma
Allah sahaja yang tahu betapa membara rasa marahku ini.
“Maaflah sayang. Tadi ada kerja. Kemudian, saya
tertidur.” kata teman lelakiku. Aku terus menutup telefon bimbitku. Oh, lupa
nak perkenalkan diriku. Namaku Qasrina Syahirah atau nama manja, Qasya. Aku
boleh dikatakan sebagai anak manja memandangkan aku merupakan anak tunggal. Aku
juga mempunyai seorang teman lelaki . Dan nama dia…
“Hafiz!” jeritku kepada seorang lelaki yang baru
menutup pintu keretanya. Hafiz cuma tersengih saja. Agaknya dia tidak sedar
betapa marahnya aku yang menunggu dia selama 2 jam 47 minit ini.
“Hai Qasya. Kita makan apa?” tanya dia. Aku
menjungkitkan sebelah kening. Aku rasa macam nak lempar sahaja pencuci mulut
yang aku sedang makan kepadanya.
“Saya dah makan. Awak pesanlah apa-apa pun.” kataku.
Kek coklat yang disudu aku suap dengan perasaan selamba.
“Saya nak nasi putih, kerang masak cili api
semangkuk dan air teh panas.” pesan Hafiz kepada pelayan.
“Qasya, awak marah lagi ke? Maaflah. Tadi saya ada
mesyuarat. Kemudian, saya tertidur di pejabat.” tangannya cuba untuk mengusap
tanganku namun aku segera menarik tanganku.
“Saya sudah kata beberapa kali, jangan sentuh saya.”
aku cuba memberikan peringatan kepadanya. Tudung bewarna merah jambu aku
betulkan.
“Maaflah. Kenapa muka muram sahaja ini? Maaflah.”
Ah! Sudah beberapa kali untuk hari ini sahaja aku mendengar ucapan maaf dari
mulutnya. Tidakkah dia tahu bahawa aku hanya akan tersenyum apabila mendengar
kata-kata magiknya sahaja.
Kami
berdua berjalan seiringan menuju ke pusat membeli belah. Hafiz bercerita
mengenai bosnya yang suka memerintah sambil kami berdua berjalan. Sesekali aku
mencelah namun hatiku masih lagi sedih kerana sudah lama tidak mendengar
kata-kata magiknya. Ah! Lelaki. Masakan mereka akan memahami perasaan wanita.
“Qasya, kenapa awak bermasam muka lagi? Maaflah.
Saya tengok muka awak dah macam buah oren ini dah. Masam sahaja.” gurau Hafiz
sambil menunjukkan buah oren. Aku mencerlung ke arahnnya sambil tanganku
memilih buah epal yang sesuai untuk dibawa ke rumah Hafiz. Malam ini, rancangan
Hafiz merupakan untuk membawa aku ke rumah orang tuanya.
“Maaflah.” katanya. Ya Allah, hari ini sahaja sudah
banyak kali dia meminta maaf.
Kereta yang dipandu Hafiz meluncur laju
melepasi pagar rumahnya yang terbuka luas. Aku membuang pandangan ke luar
tingkap kereta. Senyumanku tiba-tiba terukir apabila aku menoleh ke arahnya.
Hafiz menghulurkan sejambak bunga ros merah yang mekar.
“I’m truly sorry. Please forgive me. I love you so
much Qasya.” bisiknya. Serta merta senyumanku semakin lebar. Itulah kata-kata
yang inginku dengar. Kata-kata yang membuatkan aku memilihnya untuk menjadi
cintaku.
…………………………………………
“Hey Qasya. Let’s have lunch.” ajak Daniela yang
berada di muka pintu. Dia tersengih sambil berdiri di sisi Julia. Entah mengapa
aku merasa tidak sedap hati pada hari itu. Aku merasa bagaikan sesuatu yang
buruk akan berlaku. Namun aku tidak dapat mengagak apa yang akan terjadi terhadapku.
“Okey. Jom.” balasku. Walaupun aku merasa bagaikan
tidak sedap hati, namun aku buang jauh-jauh perasaan itu. Perut yang lapar
perlu diisi. Kami bertiga berbual-bual sambil makan nasi campur. Keadaan kedai
yang agak bising menambahkan sakit kepalaku. Aku mengurut sedikit kepala yang
terasa pening.
“Qasya, kenapa? Pening ke?” tanya Julia.
“Mesti sebab bising sangat. Cepat-cepat habiskan
makanan. Kita balik ke pejabat.” arah Daniela. Aku cuma menganggukan kepala
sahaja.
“Niela, isn’t that Hafiz, Qasya’s fiancee?” bisik
Julia kepada Daniela. Aku yang berada di hadapan segera menoleh. Jangan tak
tahu. Telingaku jenis yang peka. Secara tiba-tiba, air mataku mengalir. Hafiz
sedang enak makan bersama seorang gadis. Mereka bergelak ketawa sehinggakan
tidak menyedari aku yang sedang memerhati.
“Jomlah pergi.” ajak aku. Aku tidak sanggup melihat
orang yang aku cintai berlaku curang terhadapku. Aku tidak sanggup! Sungguh,
aku tidak sanggup. Daniela dan Julia hanya mengikut sahaja langahku yang
longlai.
“Qasya, petang ini…” kata-kata papa terhenti apabila
melihat aku yang sedang berbaring di atas sofa.
“Ya Allah, Qasya demam. Jom pergi klinik.” kata
papa. Aku mengeleng.
“Pa, Qasya ambik MC sajalah. Qasya nak berehat di
rumah.” balasku. Papa cuma mengangguk sahaja. Papa, ketahuilah yang anak manja
papa ini demam kerana terkejut melihat tunangnya dengan orang lain. Kalaulah
aku berkata sedemikian terhadap papa, sudah pasti pertunangan kami diputuskan.
…………………………………………
Aku
meraba-raba mencari telefon bimbit yang disorokkan di bawah bantal. Kepalaku
yang terasa berat tidak dihiraukan. Aku tidak pasti sudah berapa ‘abad’ aku
tidur. Sememangnya aku merupakan ‘Sleeping Beauty’ di dalam rumah ini. Kalau
tidak, mana mungkin mama akan menjerit tiap-tiap hujung minggu untuk
mengejutkan aku.
Kata
mama, nasib baiklah aku bangun awal pada hari kerja. Telefon bimbit milikku
disimpan semula. Buat apa si dia menelefonku? Aku cuma mahu tidur. Aku mahu
mimpi yang indah agar aku dapat melupakan mimpi buruk ini. Sebaik saja kepalaku
mencecah bantal, aku dikejutkan dengan bunyi ketukan.
“Ya?” kataku. Suaraku kedengaran serak sedikit.
“Mama ni. Qasya sayang, Hafiz ada di bawah.
Turunlah.” ujar mama dengan lembut. Aku segera mengambil tudung dan menyarungkan
baju lengan panjang lalu turun. Sebaik aku mencecah lantai tingkat bawah, aku
mendengar suara yang amat aku rindui.
“Qasya.” suara itu kedengaran agak dekat dengan aku.
Aku cuba menoleh namun sakit kepalaku makin menjadi-jadi. Aku terus rebah. Aku
terasa bagaikan ada sesuatu yang menghalang kepalaku dari mencecah lantai
marmar. Dan apa yang aku sempat dengar hanyalah jeritan dia, tangisan mama dan
desakan papa untuk menghantar aku ke hospital.
…………………………………………
Aku
membuka mataku. Bilik yang kosong itu terasa amat asing bagiku. Aku terpana
ketika aku melihat dia sedang tidur di atas sofa. Kakinya terjulur keluar
memandangkan sofa itu hanya untuk dua orang. Dia tidur dengan baju kerjanya
yang kelihatan sedikit selekeh. Entah mengapa aku merasakan kasihan kepadanya
Hatiku
mengatakan bahawa dia tidak bersalah. Namun aku enggan medengarnya. Memang
benar yang aku sedikit egois. Kejadian tengah hari tadi masih terbayang di
mataku. Mereka berdua berbual-bual mesra. Adakah silapku kerana terlalu dingin
dengannya. Tapi aku cuma ingin mendengar kata-kata magiknya. Ya Allah…
“Qasya dah sedar?” tanya mama sebaik sahaja dia
melangkah masuk ke dalam. Papa kelihatan lega setelah memandang aku. Mama
meletakkan tangan pada kepalaku. Hafiz tidur lena seakan-akan langsung tidak
menyedari kehadiran mama dan papa.
“Bang, demam Qasya dah semakin pulih.” kata mama.
Papa mengusap kepalaku yang dilitupi dengan tudung.
“Bang, saya nak pergi ke tandas sekejap.” ujar mama.
Papa cuma mengangguk.
“Qasya gaduh dengan Hafiz ke?” tanya papa. Aku cuma
mengeleng saja.
“Papa dah tahu apa yang berlaku. Julia sudah
ceritakan pada papa. Qasya tak patut buat macam itu pada Hafiz. Mana tahu dia
cuma bekerja dengan wanita itu. Atau mungkin dia ada hal. Qasya jangan tuduh
dia sebarangan. Hafiz itu budak baik.” nasihat papa.
“Tapi pa, Qasya tengok sendiri. Dia mesra dengan
perempuan itu. Qasya pasti yang dia ada sesuatu dengan wanita itu. Qasya
pasti.”
“Qasya, jangan kerana salah faham semua berentakan.
Papa pasti Hafiz ada sebab tertentu.”
“Qasya tak pasti pa.”
“Papa pasti dia amat mencintai Qasya. Papa amat
pasti.”
“I really hope so.”
“Now, go to sleep. Petang esok, Qasya sudah boleh
keluar.” kata papa. Senyuman papa bagaikan menyembunyikan sesuatu. Aku tidak
sempat bertanya kerana papa segera keluar. Aku terus terbang ke alam mimpi
apabila kepalaku mencecah bantal.
…………………………………………
“Qasya, dah siap?” tanya Hafiz. Aku cuma
menganggukkan kepala. Sesekali aku lihat Hafiz membalas mesej entah dari siapa.
Mungkin juga dari wanita itu. Hafiz berkeras untuk menghantar aku ke rumah.
Mama dan papa membenarkan. Aku berasa pelik. Selama ini susah untuk meminta
kebenaran mama. Terutamanya ketika petang-petang begini.
Kereta
Hafiz dipandu laju di atas jalan raya. Aku memandang Hafiz yang sedang bercakap
menggunakan Bluetooth. Suaranya kedengaran tegas. Aku tidak mengambil kira apa
yang berlaku. Hatiku terdetik apabila dia melalui jalan yang lain untuk ke
rumahku. Jalan itu melalui hutan. Aku sudah mula berdebar.
“Hafiz, kita nak ke mana?” tanya aku. Hafiz tidak
mengendahkan pertanyaan aku. Aku bertanya lagi. Dia tidak menjawab. Aku
bertanya lagi. Aku tidak puas hati sehingga dia menjawab soalan aku.
“Just wait and see.” katanya. Itu bukan jawapan yang
aku mahukan. Aku takut sekiranya Hafiz mencederekan aku. Aku memukul bahunya.
Dia langsung tidak mengambil kira apa yang berlaku. Mutiara halus
berlumba-lumba turun dari mataku. Aku memukul bahu kirinya lebih kuat hinggakan
dia mengaduh sakit.
Keretanya
berhenti di sebuah kawasan lapang. Lima buah khemah terpasang di situ. Kelihatan
pelamin yang dihiasi indah berada di bawah khemah yang berada di tengah. Akku
tergaman. Hafiz mengajak aku keluar. Karpet bewarna putih dipasang menuju ke
pelamin. Aku tidak menyangka, ada orang yang berkahwin di tengah-tengah hutan.
Sungai menjadi latar belakang perkahwinan itu. Sangat cantik.
“Macam fairytale.” tutur aku. Hafiz cuma tersenyum
sahaja. Aku menuruti langkahnya.
“Siapa kahwin?” tanyaku. Hafiz cuma menjungkitkan
bahunya. Geram aku dibuatnya. Dia yang bawa aku ke sini tapi dia yang tak tahu.
“Surprise!” jerit suara-suara yang ku kenali.
Terbentang gambar aku dan Hafiz pada kain bentangan. Aku tergaman. Tiada
kata-kata yang keluar dari mulutku. Hafiz menghilang entah ke mana. Mama, papa,
keluarga Hafiz, rakan-rakanku, rakan-rakan Hafiz, saudara-mara kami berdua dan
………………………. seorang lelaki yang berserban berada di situ? Okey, fine. Peliknya.
“Apa ini?” tanya aku kepada mama dan papa. Mereka
berdua tersenyum.
“Qasya tak ingat ke? Hari ini hari jadi Qasya. Your
special day. Tak sangka anak papa dah berumur 26 tahun.” kata papa. Aku
tersenyum. Macam manalah aku boleh lupa yang hari ini hari jadiku?
“Ada orang kahwin ke pa?” tanya aku lagi. Papa cuba
untuk menahan gelak tapi tidak berhasil. Aku pelik dengan tingkah laku papa.
“Qasyalah yang kahwin.” kata-kata Hafiz membuatkan
aku menoleh ke belakang.
“Hah?” jeritan aku membuatkan semua orang yang hadir
senyap. Aku mula berasa malu.
“Saya kahwin? Dengan siapa?”
“Dengan sayalah. Sayakan tunang awak.” jawabnya
dengan bersahaja.
“Habis tu awak nak lupakan perempuan tulah?” sindir
aku.
“Qasya.” marah papa. Aku menjuihkan bibirku tanda
tidak setuju.
“Perempuan mana?”
“Berapa ramai perempuan yang awak keluar bersama?”
ejek aku. Papa terus mencerlung terhadap aku. Sekarang aku tahu dari mana aku
mewarisi sikap suka mencerlung.
“Perempuan apa? Saya langsung tak faham.” jawabnya.
“So, everything’s ready?” tanya seorang wanita. Aku
terus mengenalinya. Dialah yang keluar bersama Hafiz!
“Perempuan ini.” terus aku tujukan kepada dia. Dia
tercengang-cengang. Hafiz lagilah tercengang-cenganng. Dan semua orang kecuali
aku, tercegang-cengang. Aik, aku sebut salah ke? Atau aku tercakap dalam bahasa
lain? Tiba-tiba Hafiz ketawa. Aku rasa macam nak hentak kepala dia dengan kasut
tumit tinggi Santa Barbara aku.
“Sayang, dia ini merupakan wedding planner kita.”
jelas Hafiz. Muka aku terus merah macam udang kena bakar. Aku malu sangat
dengan dia.
“It’s okay. That show that you love him. Sekarang,
kita mulakan majlis.” arah dia. Beberapa orang pekerjanya segera menyiapkan
hiasan pada meja-meja, pelamin dan khemah. Aku dibawa ke sebuah chalet yang
terletak beberapa meter dari khemah itu. Aku disolek oleh seorang wanita yang
cantik. Kemudian, dia meminta agar aku menukar pakaianku.
Aku
diberikan sepasang baju pengantin bewarna putih yang amat cantik. Aku terpegun
melihat baju itu. Baju itu amat indah. Setelah itu, tudung dipakaikan. Selepas siap, aku dibenarkan
melihat cermin. Aku bagaikan tidak percaya aku telah menjadi cantik sebegitu
rupa.
“Cantiknya Qasya. Mama berasa amat bangga dengan
Qasya.” puji mama. Aku dapat mendengar dengan jelas beberapa orang memuji
kecantikanku. Biarlah aku dikatakan sebagai perasan. Bukankah malam ini aku dan
Hafiz akan menjadi raja sehari?
…………………………………………
“Aku nikahkan engkau, Tengku Muhammad Hafiz
Syafrizal bin Tengku Nordin Omar dengan Nurul Qasrina Syahirah binti Mohd Zaharul
dengan mas kahwin berjumlah dua ratus ringgit tunai.”
“Aku, Tengku Muhammad Hafiz Syafrizal bin Tengku
Nordin Omar terima nikahnya dengan Nurul Qasrina Syahirah binti Mohd Zaharul
dengan mas kahwin berjumlah dua ratus ringgit tunai.” dengan sekali lafaz, aku
sah bergelar isteri kepada Hafiz.
“Sayang, marah lagi ke?” tanya Hafiz. Aku mengeleng
sambil tersenyum.
“This is the best birthday’s gift ever.” bisk aku
kepadanya. Hafiz tersengih. Kami mengabadikan kenangan itu dengan mengambil
gambar sebanyak yang mungkin. Rupa-rupanya, Cik Rose, wanita yang keluar dengan
Hafiz tempoh hari, merupakan kenalan rapat Hafiz.
“Awak tahu tak Qasya? Kami keluar pun sebab awak.
Dia yang pilih semua ini. Dia kata awak nak sangat majlis macam ini. Dia tahu
cita rasa awak. Dia pilih pelamin itu. Dia pilih tempat ini. Dia pilih dan saya
uruskannya.” ujar wanita tersebut. Cik Rose mengajak aku ke tepi sungai. Dia
mengarahkan pekerjanya menghanyutkan lilin di sungai.
Aku
terpegun dengan keindahan itu. Gambar aku dan Hafiz di hadapan sungai yang
penuh dengan lilin sambil memakai baju nikah kami diambil jurugambar. Kenangan
ini merupakan kenangan yang paling berharga buatku. Hafiz merangkul pinggangku,
sesuatu yang tak pernah dia lakukan selama ini, ketika kami memotong kek hari
jadiku bersama-sama.
“Papa, mama. Thank you so much.” kataku kepada papa
dan mama.
“Hafiz yang rancang semua ini. Dia tanya papa
sikit-sikit.” ujar mama. Aku terpana seketika. Sememangnya Hafiz amat
mencintaiku.
“Cik Rose, ini bunga betul ke?” tanya aku sambil
menyentuh bunga ros bewarna putih di pelamin. Cik Rose mengangguk.
“Pelamin ini sahaja berjumlah lebih kurang lima ribu
ringgit.” katanya. Aku tercengang. Hafiz datang lalu merangkul pinggangku.
“I’m willing to do everyting for you. Because I love
you. Kalau sayang sedar, ini adalah kali ke seratus abang mengucapkannya untuk
sayang.” bisik Hafiz di telingaku. Aku terus tersenyum sepanjang malam itu.
“For your information, I love you too.” bisik aku
pada telinganya. Selama ini aku tak pernah mengucapkannya. Biarlah malam
pernikahan kami menjadi malam terindah dalam hidup aku dan dia.
…………………………………………
Tangisan
Tengku Nurul Qistina yang berusia tujuh bulan membuatkan aku bergerak dari
dapur ke bilik utama rumahku. Rumah yang didiami sejak tiga tahun yang lalu ini
makin berseri setelah anakku, Qistina dilahirkan. Kelihatan Hafiz sedang
mendukung Qistina.
“Kenapa Qis menangis bang?” tanyaku.
“Entahlah. Rindu pada papanya kot.” jawab Hafiz. Aku
tersenyum. Hafiz duduk di atas katil. Aku duduk sambil mengusap pipi Qistina
yang montel itu. Hafiz telah pergi outstation selama dua minggu. Dia baru
sahaja balik semalam. Mana mungkin Qistina tidak merinduinya.
“Anak kita comel macam mama dialah.” puji suamiku.
“Anak kita baik macam papa dia.” giliran aku pula
untuk memuji suamiku.
“Qasya, I love you.” bisik Hafiz di telingaku.
“I love you too.” bisik aku. Semoga hari-hari yang
mendatang akan makin bersinar dengan adanya cinta antara kami berdua dan
permata hati kami, Qistina.

No comments:
Post a Comment