Monday, 17 June 2013

Triangle Of L.U.V.

Bismillahirahmanirahim... (><,) hehehehe.. sorry lame tak buka blog ni. bz skit.. bz ler konon..
Dipersembahkan "Triangle Of L.U.V."...



TRIANGLE OF L.U.V      
Luqman ~ Aku cintakan seseorang yang aku tidak kenal
Umairah ~Setiap kali mataku bertembung dengan matanya, hati menjadi tidak keruan
Vincent  ~ Mungkinkah dia jodohku?
………………………………………………………………………………………………………
“Vince!” jerit seorang gadis dari tingkat dua. Seorang pengawas sekolah yang kacak berbangsa Cina - Perancis mendongak wajahnya. Keningnya terjungkit apabila gadis itu menyuruh dia untuk menunggu. Sepantas kilat gadis itu berlari menuruni tangga. Dia termengah-mengah sambil memegang dadanya di hadapan lelaki itu.
Comment allez-vous (How are you)?” tanya lelaki itu. Nurul Umairah Natasya tercengang. ‘Ah sudah! Dah keluar Bahasa Perancis!’
Je vais bien(I’m fine).” jawab Umairah.
Au revoir(Goodbye).” balas lelaki itu pula. Keningnya sengaja diangkat-angkat menandakan dia mencabar Umairah untuk membalas kata-katanya.
“Huh? What?” tanya Umairah.
“Wrong answer. Bye.” terus dia meninggalkan Umairah. Umairah tergaman. Dia terus memukul kepala Vince dengan kamus.
“Adoi! Oit, sakitlah.” jerit Vincent. Dia memegang kepalanya seakan-akan memeriksa sekiranya terdapat sebarang luka pada kepala.
“What did you said Mr. France?” tanya Umairah. Pelajar-pelajar yang lalu lalang memerhatikan tingkah laku mereka berdua. Umairah bercekak pinggang di hadapan Vincent yang enam kaki sepuluh inci.
“Kamus kan ada. Cari sendiri. Kaukan budak bijak.” perli Vincent. Umairah mencebik.
“Diri sendiri pandai tak nak mengaku. Wahai budak Perancis, sedarlah diri tu skit. Kau lagilah pandai.” balas Umairah. Vincent menjeling.
“Like I care.” ujar Vincent sambil membuat muka masam. Umairah menjungkitkan keningnya. Dia memukul bahu Vincent dengan kamus setebal 1336 muka surat. Vincent mengaduh kesakitan.
“Are you trying to kill me Miss Dangereux ( Miss Dangerous )?” tanya Vincent. Umairah menjelirkan lidahnya.
“Tak payah buat muka kesianlah Vince. Tak kacak pun.Kalau kacak pun, masih tak boleh kalahkan Dotty. Dotty jauh lebih kacak daripada kau.” usik Umairah. Vincent tertawa. Dotty merupakan kucing Parsi kepunyaan Vivienne.
“Kan senang kalau kau ketawa. Senang hati aku. Lagi baik kau senyum. Senyum itu suatu sedekah.” ujar Umairah.
“Okey. Nanti aku senyum hari-hari kepada kau. Puas hati?”tanya Vincent.
“Oit! Nanti kalau orang panggil kau gila, jangan marah aku. Aku dah warning kau awal-awal.” balas Umairah. Vincent memukul bahu Umairah dengan buku teks Sejarah Tingkatan Tiga.
“Nanti kalau aku kahwin dengan kau, hari-hari aku senyum. Sebelum kau bangun tidur, aku dah senyum.” kata Vincent.
“Kahwin dengan kau? So sorry. Kau beragama Kristian manakala aku pula beragama Islam. Mana boleh. Tuhan marah.” tutur Umairah. Vincent mengangguk sambil tersenyum nipis.
“Dahlah. Jom balik. Tengok di sana. Maysara, Intan, Huda, Richard dan Sufian tengah tunggu.”
“Mana? Oh.. Okey. Siapa lambat, dia belanja ais krim!” jerit Umairah sambil berlari meninggalkan Vincent di belakangnya. Vincent mengejar Umairah. Dalam hati Vincent, dia berkata ‘Umairah, je t’aime toujours (Umairah, saya sentiasa menyukai awak).’
………………………………………………………………………………………………………
“Bonda!” jerit Umairah dari ruang makan. Puan Rozana yang sedang membaca surat khabar mengangkat kepalanya.
“Baru balik?” tanya Puan Rozana. Umairah mengangguk. Tudung sekolah di kepalanya dicampakkan ke atas sofa mewah di ruang tamu.
“Ma mere, je veux manger de la norriture japonaise ( Bonda, saya mahu makan makanan Jepun)” kata Umairah. Dia meletakkan kepalanya di atas paha Puan Rozana. Puan Rozana mengelengkan kepala. Walaupun Vincent telah dua tahun berpindah ke Kuching, namun anak gadisnya ini masih boleh bertutur dalam bahasa Perancis. Kuatnya pengaruh rakan sebaya.
Ne peut pas la mere (Boleh tak bonda)?” tanya Umairah.
Peut, Umairah (Boleh, Umairah).” jawab Puan Rozana. Umairah bersorak keriangan sebelum berlari ke biliknya. Puan Rozana mengelengkan kepalanya sebelum bergerak ke bilik utama di tingkat atas. ‘Umairah macam budak kecil. Mengalahkan Umar yang kecil.’
………………………………………………………………………………………………………
“Vince, nanti aku akan pergi makan sushi. Kau pasti cemburu.” kata Umairah sambil memandang ke arah gambar Vincent dan dia di atas meja belajar.
“Kalaulah kau ada di sini.” sambung Umairah. Dia duduk di atas katil. Vincent pergi ke Kuching tanpa sebarang kata. Umairah menyeka air mata yang keluar. ‘Kenapa kau pergi begitu saja Vince? Kau tahu tak aku berasa sedih. Sekurang-kurangnya, ucapkanlah selamat tinggal.’
“Kakak!” panggil Umar. Umairah segera keluar dari biliknya.
“Kenapa dik?” tanya Umairah. Umar tersengih.
“Hampeh punya adik. Pandai tersengih jer.” ujar Umairah.
“Akak rindu Vince eh?” usik Umar.
“Mana ada.”
“Tipulah.”
“Tak nak percaya, sudah.”
“Kalau betul, kenapa muka akak merah dan mata akak berair?” tanya Umar. Umairah terlopong seketika sebelum dia cepat-cepat menyeka air mata yang bersisa. Umar ketawa lalu berlari turun ke tingkat bawah.
“Bonda! Nanti bonda dapat menantu lelaki campuran Cina - Perancis.” jerit Umar. Umairah segera mengejar adiknya.
“Bonda jangan percaya dengan cakap adik. Bonda, nanti bonda dapat menantu perempuan yang cantik. Macam Lisa Surihani. Nama dia apa eh? Rasanya Intan Nur Suzana?” Umairah menyakat Umar. Muka Umar merah. Dia sememangnya mempunyai hati terhadap Intan yang tinggal selang dua rumah.
“Nanti kalau buat majlis sambut menantu, senang saja, bonda. Tak payah pergi jauh-jauh. Satu taman pula.” sambung Umairah.
“Bonda! Tengok kakak ni! Tak habis-habis sakat orang.”
“Bonda dah lama tengok kakak.” usik Umairah. Umar terus mencebik. Puan Rozana melarikan diri ke dapur.
………………………………………………………………………………………………………
“Kan sedap kalau hari-hari kita makan sushi kan bonda?” tanya Umairah. Umar menjungkitkan keningnya.
“Tak naklah. Kalau kakak nak sangat, kakak pergi belajar di Jepun. Ambil course engineering. Ataupun kahwin dengan mat Jepun. Apa susah.” balas Umar.
“Kakak tanya bonda, bukan adik.”
“Adik tolong jawab bagi pihak bonda.”
“Eh, itu bukan ke anak Haji Abdul Majid ke? Yang belajar di University of Sheffield di United Kingdom? Kacaknya dia.” puji Puan Rozana. Dia menukar topik perbualan dengan sengaja. Umairah mecebik. ‘Ni mesti anak kedua dia yang nakal itu. Si Perasan Macho a.k.a. Syahmi Lutfi!’
“Nama dia apa, bonda?” tanya Umar seraya menghirup air teh hijau. 
“Entahlah. Rasanya Muhammad Syahmi Luqman.” terus Umairah tersedak. ‘Senior Luqman? Biar betul? Bukan dia pergi ke Universiti of  Monash ke? Macam mana boleh ‘tercampak’ di United Kingdom pula?’
“Bonda, bukan ke Senior Syahmi Luqman pergi ke University of Monash  ke?” tanya Umairah.
“Entahlah bonda. Mana bonda tahu pasal tu. Ni pun sebab Che Hanim yang rumah sebelah beritahu. Kenapa Umairah?” tanya Puan Rozana.
“Tiada apa-apa bonda. Cuma rasa pelik saja.” jawab Umairah. Dia langsung tidak menoleh untuk melihat wajah kacak Luqman. Entah mengapa dari dulu lagi, dia tidak sibuk untuk mencari teman lelaki seperti rakan-rakannya yang lain. Dia tiada keinginan untuk mencari cinta ketika ini. Baginya, cukuplah keluarga dan kawan-kawan sebagai peneman. Kerana hatinya telah cukup terluka.
“Kenapa tak tengok kak? Kacak.”
“Do I care? Nope.” balas Umairah.
“Bonda, kalau bonda dapat menantu macam ini mesti best. Kan kak?” Umairah menjelirkan lidah sebelum membuat muka poyonya.
………………………………………………………………………………………………………
     Rambutnya disisirkan ke belakang. Perjalanan ke Selangor dari Sarawak terasa amat penat walaupun menggunakan kapal terbang. Minyak wangi Gucci yang setia di dalam beg pakaian diambil lalu disemburkan pada badannya. Dia membetulkan baju sebelum melangkah keluar dari biliknya.
“Ayah.” panggil Vincent. Seorang lelaki yang berumur mungkin hampir separuh abad, mengangkat kepala dari komputer riba.
“Kenapa Vince?” tanya lelaki itu.                        
“Ayah, Vince keluar sebentar.” ujar Vincent. Dia mengambil jaket bewarna hitam dan kunci motorsikalnya. Tidak lama kemudian, bunyi derungan motorsikal kedengaran sebelum bunyi itu akhirnya menjadi sayup-sayup.
………………………………………………………………………………………………………
“Umairah!” jerit Huda. Umairah tersenyum. Dia segera mengatur langkah ke arah Huda, Maysara dan Intan.
“Sorry sebab aku lambat.” ujar Umairah. Dia tersengih kepada Huda.
“Pandailah. Kau lambat 37 minit 12 saat.” balas Huda. Dia menjungkitkan keningnya.
“Okey. I promise I’ll be punctual next time.”
“Keeps you words or else you’ll be my punch bag.” gertak Huda. Maysara dan Intan ketawa terbahak-bahak. Mereka berempat memasuki pustaka. Umairah mengambil tempat di belakang bersama Intan manakala Huda dan Maysara pergi mengambil buku Fizik dan Kimia.
“Intan, aku nak pergi ladies jap. Kau duduk sini.” kata Umairah. Dia bergegas ke tandas perempuan yang terletak di hujung koridor. Ketika keluar, matanya terpandang seorang jejaka tampan sedang merenung jauh ke luar tingkap. Hati Umairah terasa bagaikan bergetar. Umairah berdiri kaku memandang lelaki itu.
“Senior Luqman.” bisik Umairah separuh sedar. Dia pernah meluahkan perasaannya terhadap Luqman dua tahun yang lalu, namun ditolak mentah-mentah olehnya. Kata Luqman, dia tidak mempunyai keinginan untuk bercinta monyet dengan mana-mana gadis. Ayat-ayat yang dituturkan oleh Luqman merobek hatinya sekaligus membuatkan pintu hatinya tertutup untuk lelaki lain.
     Umairah berlalu pergi dari situ. Dia tidak betah berdiri di situ dan mengingati kisah silam. Kakinya digerakkan ke arah balkoni perpustakaan. Umairah menarik nafas lega. Dia melemparkan pandangan jauh ke taman permainan. Tangannya segera membetulkan tudung ‘shawl’nya tatkala bayu membuai dan menampar lembut pipinya.
“Yerlah. Nanti along pergilah.” ujar satu suara dari belakang. Umairah bagaikan terkena kejutan elektrik. Dia amat mengenali suara itu. ‘Suara Senior Luqman.’ getus hatinya.
“Mungkin along balik dalam masa dua jam lagi. Rasanya sempat, umi.”
“Tak. Tak mungkinlah kek itu dah rosak masa along ambil nanti.”
“Ya umi. Umi janganlah risau sangat. I’ll be fi…...” Perlahan-lahan Umairah bergerak keluar.
“Cik.” panggil Luqman. Umairah terkejut. Dia terlopong sambil membelakangi Luqman. Perlahan-lahan dia berpusing 180 darjah. Muka Luqman langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Peluh dingin sudah mula membasahi wajah Umairah.
“Kenapa?” tanya Umairah. Tangannya digenggam kuat bagi menghilangkan rasa gemuruh sambil memandang Luqman yang bersandar pada pagar balkoni dengan wajah yang bersahaja. Luqman bergerak ke arah Umairah. Umairah sudah mula gementar.
“Cik ada duit syiling tak?” tanya Luqman. Umairah terlopong. Dia segera menyeluk poket seluar dan mengeluarkan duit syiling yang paling besar. Luqman terpinga-pinga.
“Tak per ke kalau saya guna duit syiling ini?” tanya Luqman. Umairah mengangguk. ‘Dia dah tak ingat aku ke?’
“Okey, then. Thanks a lot, cik. Bye.” kata lelaki itu sebelum beredar. Umairah memegang dadanya yang terasa bagaikan hendak pecah. Dia bersandar pada dinding. Perlahan-lahan dia terduduk di atas lantai. ‘Rasa macam nak demam’
………………………………………………………………………………………………………
     Vincent meletakkan jem coklat kembali ke atas meja. Ayahnya sedang sibuk membaca suratkhabar. Sejak ayah bercerai dengan mak tahun lepas, ayah semakin sibuk dengan pekerjaannya. Vincent mengambil beg sekolahnya. Dia mencapai topi keledar dan kunci motorsikal.
“Ayah, Vince pergi sekolah dulu.” kata Vincent. Dia memeluk ayahnya. Tapi, walaupun ayahnya sibuk, masa yang ada tetap diluangkan untuk anak sulungnya. Dia bersyukur kerana bekas isterinya tidak menuntut hak penjagaan Vincent dan Vivienne. Dulu, dia sering meminggirkan anaknya. Dan sekarang, dia akan menebus semula kesilapannya.
“Awal benar sih kamunya pergi sekolah, Vince.:” kata Buk Siah yang sedang menyiram pokok bunga kertas di halaman rumah.
“Biasalah Buk Siah. Hari pertama ke sekolah.”
“Kok kamu enggak pergi sama supir? Kan lagi senang sih.”
“Tak pelah Buk Siah. Driver perlu hantar tuan puteri ke sekolah.” jawab Vince. Tuan puteri merujuk kepada adik Vincent, Vivienne Tan yang berusia dua belas tahun. Tidak lama kemudian, motorsikal MV Agusta F4 1000 R milik Vincent hilang dari pandangan mata Buk Siah.
………………………………………………………………………………………………………
     Umairah dan Umar keluar dari kereta Puan Rozana. Mereka berdua melambaikan tangan ke arah kereta Honda Civic Type R Puan Rozana. Umar berlari ke arah rakan-rakannya yang sedang memanggilnya. Bahu Umairah ditepuk dari belakang.
“Hey!” panggil Maysara dengan manja. Rambutnya yang diikat satu beralun tatkala dia berjalan. Umairah berjalan bersama Maysara melintasi jalan raya.
“Eh,Maira. Semalam, kerja Matematik Tambahan susahlah.” rungut Maysara.
“Tak susah pun.” jawab Umairah.
“Eh, tersalah. Kenapalah aku pergi tanya budak genius Add Math?” kata Maysara. Umairah tergelak.
“Aku bukannya budak geni… Sara! Aaaah!!” jeritan Umairah kedengaran apabila dia terjatuh setelah hampir-hampir dilanggar motorsikal. Tangan kirinya terseliuh dan lututnya luka. Penunggang motorsikal itu segera menolong Umairah untuk bangun. Umairah mengetap bibir kerana menahan kesakitan. Orang ramai yang lalu lalang berkumpul di sekeliling mereka.
“Apa yang berlaku ni?” tanya guru disiplin, Cikgu Roslan.
“Saya hampir-hampir terlanggar dia, cikgu. Dia mengelak dan terjatuh. Pergelangan tangan kirinya cedera, cikgu.” jelas penunggang motorsikal itu.
“Ya Allah. Lain kali, tolonglah berhati-hati. Dan kamu ini, jangan bawa motorsikal laju sangat. Bahayakan nyawa orang lain.” nasihat Cikgu Roslan. Dia menyuruh Umairah untuk pergi ke bilik sakit dengan segera. Ketika Umairah ingin beredar, buku yang dipegang pada tangan kananya ditarik oleh penunggang motorsikal itu. Umairah terkedu.
“S’il vous plait pardonnez-moi, Umairah. Je n’ai pas l’intention de blesser votre echantilloneur.(Tolong maafkan saya, Umairah. Saya tidak berniat untuk mencederakan awak.)” tutur lelaki itu. Umairah terpana. Matanya membulat memandang lelaki itu yang masih memakai topi keledar yang membuatkan Umairah hampir-hampir tidak mengenalinya.
“Vince.” sebut Umairah. Lelaki itu mengangguk. Maysara segera membawa Umairah yang kebingungan ke bilik sakit.
………………………………………………………………………………………………………
 “Siapa tadi tu?” tanya Huda. Intan dan Maysara mengangguk.Mereka bertiga benar-benar ingin mengetahui gerangan jejaka itu. Mereka bertanya sebaik sahaja Umairah bangun dari tidur. Umairah membetulkan tudungnya dengan sebelah tangan.
“Vince.” sepatah perkataan membuatkan Maysara, Intan dan Huda terlopong.
“Maybe tersalah. Maybe bukan dia. I don’t know. I’m still confused about that incident.” jelas Umairah. Intan menganggukkan kepalanya. Maysara dan Huda sekadar memandang.
“Nurul Umairah Natasya, ada orang nak jumpa.” kata Cikgu Mastura. Umairah mengangguk.
“Kami pergi dululah, Mairah. Nanti, aku beritahu Cikgu Nordin pasal kau.” kata Intan yang merupakan rakan sekelas Umairah. Umairah terdengar mereka bertiga berborak-borak di luar. Dia memejamkan mata sebentar.
“Hi.” kata satu suara. Umairah membuka matanya perlahan-lahan. Dia tergaman. Keadaan menjadi sepi buat seketika. Vincent mengambil tempat duduk di sebelah katil Umairah. Umairah mula bermain dengan jari-jemari sendiri. ‘Kenapa aku rasa gemuruh ni? Adoii! Ni mesti sebab dah lama tak jumpa. Sampai hati kau Vince…’
“Hai.” balas Umairah.
“Sakit lagi ke?” tanya Vincent. Umairah hanya mengangguk sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipinya.
“Umairah, saya tahu yang awak marahkan saya.” kata Vincent. Umairah segera berpaling ke arah Vincent kerana dua sebab. ‘Eh? Dia tahu ke? Baguslah. Tak perlu aku merajuk tak tentu pasal. Wait! Dia ber’saya awak’. Aik? Peliknya.’
“Saya tahu saya bersalah sebab tinggalkan awak tanpa sebarang kata. Saya minta maaf. Tolong jangan senyap macam sekarang.You’r torturing me.”
“Awak nak saya cakap apa?” tanya Umairah. Dia menundukkan pandangannya apabila menyedari bahawa Vincent sedang memandang ke arahnya. Walaupun ada tabir antara Cikgu Mastura dan mereka berdua, Umairah amat  yakin bahawa Cikgu Mastura sedang mendengar setiap perbualan mereka.
“Rupa-rupanya, awak ada suara lagi.” sindir Vincent. Dia tersenyum. Umairah terpaku apabila melihat senyuman Vincent. Dia terasa sesuatu yang aneh dalam hatinya. ‘Tak pasal-pasal aku jadi tergaman macam ini. Bertuah punya budak. Tapi kenapa setelah dua tahun tidak berjumpa baru aku perasan yang dia ni agak kacak? Ada lesung pipit lagi? Memang cukup pakej.’
“Memang cukup pakej.” tutur Umairah tanpa dia sedari. Vincent menjungkitkan keningnya.
“Memang cukup pakej?” tanya Vincent. Umairah terlopong. ‘Dia dengar?!’
“Memang saya cukup pakej. Saya boleh dengar, lihat, rasa, bersuara dan menyentuh. Cukuplah pakej saya.” balas Umairah. Vincent tiba-tiba ketawa. Umairah memuncungkan bibirnya.
“I miss your jokes so much,” ujar Vincent.
“Kalau rindu kenapa pergi sana?” rajuk Umairah.
“Bukan saya yang nak pergi. Ada urusan keluarga.”
“Urusan keluarga sampai dua tahun?” tanya Umairah. ‘Kenapa dengan aku ni? Aduiih.. Vince, jangan tinggalkan aku macam ini lagi.Kalau tidak, macam inilah rajuk aku.’
“Ermm… Sebenarnya mere (ibu) sudah bercerai dengan ayah saya.” jelas Vincent. Wajahnya ditundukkan sedikit.
“Oh God. I’m so sorry, Vince. I didn’t even knew about this before.”
“Never mind. I am okay.” Keadaan menjadi senyap buat seketika. Umairah menahan debaran di hatinya. Vincent menyisir rambutnya ke belakang. Derapan kasut dari luar membuatkan tiga pasang mata terarah ke pintu. Ketukan di pintu memecahkan kesunyian yang dicipta oleh Vincent dan Umairah.
“Siapa?” tanya Cikgu Mastura.Dia membuka pintu. Seorang lelaki Cina yang tinggi lampai tersengih.
“Saya Richard. Cikgu, Umairah ada tak? Cikgu Nordin panggil parent dia ke sekolah. Parent dia nak ambil dia balik.” jelas Richard. Cikgu Mastura mengangguk. Dia bergerak ke arah Umairah dan menolong Umairah bangun dari katil. Vincent mengambil beg sekolah dan buku-buku Umairah.
     Cikgu Mastura memapah Umairah ke kereta Puan Rozana. Richard dan Vincent mengekori mereka sambil berbual-bual. Sesekali, dahi Umairah berkerut menahan kesakitan di lututnya. Puan Rozana berpeluk tubuh menunggu Umairah. Dia menanggalkan cermin mata hitamnya.
     Cikgu Mastura membantu Umairah masuk ke dalam kereta. Vincent dan Richard memasukkan barang-barang Umairah ke dalam kereta. Cikgu Mastura dan Puan Rozana berbual tidak jauh dari mereka bertiga.
“Bila kau balik sini, Vince?” tanya Richard. Umairah memasang telinga.
“Tiga hari lepas.”
“Lama tak jumpa, kau makin kacak.” puji Richard.
“Dah kau pun sama. Aku rasa dulu kau sekaki rendah dari aku. Tengok sekarang ni. Dah lebih dari aku.” balas  Vincent. Mereka berdua berdiri tegak sambil memandang tepat ke arah satu sama lain. Umairah menahan ketawanya. ‘Mengalahkan Umar. Macam budak tadika jer.’
“Mana ada. Kau lebih tujuh inci inci dari aku.” kata Richard.
“Mana pula. Kau salah kira. Sepuluh inci jer.” balas Vincent. Dia mendekatkan bahunya dengan bahu Richard untuk mengukur ketinggian mereka berdua. Mereka berdua tergelak.
“Vincent! Richard! Kamu berdua tengah buat apa?” jerit Cikgu Mastura. Mungkin agak aneh apabila melihat dua orang jejaka yang kacak berdiri tegak hingga berselisih bahu. Mungkin ada yang akan berfikiran negatif terhadap mereka. (Termasuklah penulis sendiri (@__@)” Erkk??)
“Ukur tinggi, cikgu!” jawab Richard. Vincent hanya ketawa. Umairah terpana. Wajah Vincent yang sedang ketawa benar-benar menyenangkan hatinya. Entah mengapa dia terasa amat gembira apabila melihat senyuman dan gelak tawa Vincent. ‘Mungkin inilah yang dikatakan sebagai rindu seorang sahabat.’ getus hati Umairah.
“Oiit! Irah!” panggil Richard. Umairah tersentak. ‘Adooi! Kantoi dengan mamat ni. Macam manalah aku boleh tenung si Vince sampai tak sedar dunia?’
“Kau tengok apa tadi? Tengok Vince eh?” usik Richard. Dia suka apabila melihat jelingan marah Umairah.
“Kau pernah makan kasut tumit tinggi Alain Delon bonda aku tak?” balas Umairah. Dia memberikan jelingan tajam kepada Richard seraya menunjukkan kasut milik Puan Rozana.
“Tak. Boleh juga aku try sekali.” jawab Richard. Umairah menjelirkan lidahnya.
“Ricky!” jerit Muadz dari atas. Kepala Richard didongakkan. Dia menghalang cahaya sang suria daripada menyilau matanya dengan tangan kiri. Tangan kananya membalas lambaian Muadz.
“Cikgu Zaiton cari!” jerit Muadz sebelum beredar.
“Okey. Bye-bye. Jangan buat yang bukan-bukan di sini.” gurau Richard dengan separuh nasihat sebelum beredar. Keadaan menjadi sepi buat seketika untuk Vincent dan Umairah.
“Umairah.” panggil Vincent. Dia menyerahkan sekeping kertas kecil kepada Umairah.
“Bye.” katanya sebelum beredar.Umairah terpinga-pinga.
………………………………………………………………………………………………............
“Along! Kenapa ni?” tanya Haji Abdul Majid. Luqman mengelengkan kepala.
“Tiada apa-apalah abah.”
“Kenapa dari tadi abah tengok along ayik tenung duit syiling itu?”
“Mana ada abah. Along tengok beritalah.”
“Jangan nak tipu abah. Walaupun abah baru keluar dari dapur, abah tahu yang along renung duit syiling itu. Kenapa along? Ada masalah ke?” tanya Haji Abdul Majid.
“Atau along tak cukup duit?” sambung lelaki yang berusia separuh abad itu. Dia melabuhkan punggung di sebelah anak sulungnya.
“Abah, duit along cukup lagi. Tak luak pun.” ujar Luqman. Dia menyisirkan rambut ke belakang.
“Along betul-betul nak jadi engineer?”
“Cita-cita along, bah.”
“Alhamdulillah. Kalau along suka dengan pekerjaan along nanti, abah lagi suka sebab dapat tengok along berbahagia. Tapi untuk lebih berbahagia, jangan lupa ibadat yang satu.”
“Ibadat apa, abah?” tanya Luqman. Alhadulillah, walaupun dia berada di tanah yang majoriti bukan Islam, dia masih berpegang teguh pada agamanya, Islam.
“Abah boleh tolong carikan bunga untuk kumbang abah yang ini, tapi abah tak pasti sama ada kumbang abah ini suka atau tidak. Entah-entah dalam diam, kumbang itu sudah ada bunganya. Abah tak tahu. Kumbang itu pun satu. Setiap kali abah suruh balik sini, dia bagi alasan yang macam-macam. Ada assignmentlah. Ada group discussion. Nasib baik dia belajar di Sheffield.
     Kalau dia belajar di Selangor, tapi bagi alasan macam itu, sah-sah abah tarik dia masuk ke kolej berdekatan. Ambil laws. Kemudian, masuk dalam firma abah. Habis cerita.” kata Haji Abdul Majid. Luqman tersengih. Dulu ketika dia dipaksa mengambil jurusan undang-undang, dua hari dia mogok tak balik rumah. Tidur di rumah kawannya di Klang. Nasib baik pada hari ketiga, umi memujuk dia pulang ke rumah dan permintaannya ditunaikan oleh abah! Yeay!
“Along tiada bunga pun lagi abah.” jujur Luqman berkata. Haji Abdul Majid mencebik.
“Tapi ada bunga yang along minat……” terus kening kiri Haji Abdul Majid terangkat.
“But I didn’t know who she is. I just know that she gave me this coin. I remember that I saw her face a few times. But, I can’t remember who she is.” sambung Luqman.
“Pulak dah. Adooii….” balas Haji Abdul Majid. Dia mengelengkan kepala kerana keletah anaknya. ‘Yang tak kenal tu kenapa?’
………………………………………………………………………………………………………
     Vicent berjalan mundar-mandir di dalam bilik Vivienne. Adiknya menjungkitkan kening tanda pelik dengan sikap abangnya. Komputer ribanya ditutup lalu diletakkan di atas katil. Vincent ‘mengukur jalan’ bagaikan tidak mengendahkan adiknya.
“What is wrong with you, bro?” tanya Vivienne. Vincent merenung adiknya.
“Nothing.”
“Nothing?” ‘Aik?! Tadi bukan main dengan muka serius mengalahkan Perdana Menteri.’ getus hati Vivienne.
“Yup. Nothing.” balas Vincent. Kakinya diatur ke pintu bilik. Niatnya untuk bertanya tentang Umairah kepada adiknya dibatalkan. Nanti tak pasal-pasal kena gelak dengan Vivienne. ‘Adooii.. Apalah nasib aku ni. Ada adik yang jenis suka gelakkan orang.’
“Is this about Umairah?” duga adiknya. Spontan kepala Vincent berpusing 180 darjah. Dia terlopong. ‘Dia boleh baca fikiran aku ke? Dia tahu ke pasal nombor itu?’
“Yup. I know about that. You gave her your number isn’t? Don’t worry. I’m not a psychic
. I;m just an ordinary girl.”
“Are you reading my mind, Vivienne?”
“Nope. Just reading your face. Whenever you did this face ,...” Vivienne membuat muka sedang sibuk berfikir dengan lebih mendalam. “I already knew that you were thinking about Kak Maira.”
“Only she can make you like that.” sambung Vivienne.
“Now, let’s have a talk between sister and brother.” kata Vivienne seraya menarik tangan Vince untuk duduk di ruang keluarga di tingkat dua. Vivienne bersila di atas sofa bewarna merah terang. Dia memeluk bantal sambil menunggu abangnya untuk memulakan bicara mereka.
“Talk immediately.”
“Okey. It all started when two of us were little. I always feel like she is my bestfriend. I didn’t realize that I had fallen for her.” Vincent menarik nafas.
“Huh? Ceritalah lagi.” pujuk Vivienne. Vincent membuat muka poyo. Nafas panjang ditarik sekali lagi sebelum dia menyambung ceritanya. Sesekali muka Vivienne berkerut memikirkan sesuatu. ‘Aissh.. Sedihnya abang aku ni…’
………………………………………………………………………………………………………
“Vince!” pekik Umairah. Vincent menjauhkan telinganya daripada Umairah. Semakin lama dia mendengar pekikan Umairah, boleh pekak dia.
“Kenapa?” tanya Vicent. Dia kembali ke dalam dunia Sainsnya. Umairah merampas nota Sains itu. Vincent tercengang.
“Give it back to me.” arah Vincent. Dia mencerlung ke arah Umairah. Umairah membuat muka selamba sambil mengipaskan dirinya dengan nota Vincent. Sebenarnya, dia agak takut dengan cerlungan Vincent. ‘That’s not a good sign at all.’
“Don’t make me repeat it again, Nurul Umairah Natasya.” marah Vincent. Umairah menelan air liur. Dia terkebil-kebil memandang Vincent.
“Okay… I put it back here. Statisfy?”
“Not too much.” Vincent duduk semula di tempatnya. Umairah meletakkan semula nota itu. Dia memuncungkan mulutnya tanda merajuk dengan sikap Vincent.
“Tell me what’s wrong.” kata Vincent. Dia mula melakar telinga dan melabel setiap bahagian.
“Do I have to? Will you listen to me?” duga Umairah.
“Do I have another choice?” balas Vincent. “If this is about that ‘Kitten Kathy’, I don’t want to hear it.” sambung dia.
“This is about our senior, Luqman.”
“Yup. Whats wrong with him?” tangan Vincent masih leka menari-nari sambil matanya sibuk memeriksa kesilapan lukisan itu.
“I love him.” jujur Umairah berkata. Vincent ternganga. Lukisan telinga tadi terhenti. Matanya membuntang memandang Umairah. Wajah Vincent yang iras Jay Chou mula kemerah-merahan.
“Err… Kau suka Senior Luqman?” tanya Vincent. Buku-buku di atas meja Vincent jatuh. Umairah mengutip satu-persatu.
“Sukalah. Dia baik sangat. Kacak pula.” Richard yang berada tidak jauh dari Vincent membuat isyarat bertanyakan kenapa. Vincent cuma mengelengkan kepala.
“Nanti aku nak luahkan perasaan kepada dia. Kau ikut eh?” ajak Umairah seraya dia mengangkat kepalanya. Buku Vincent dletakkan di atas meja semula. Vincent meneguk air liur yang terasa pahit. Dia mengangguk perlahan-lahan.
“Kenapa kau tak bersemangat ni? Come on.”
“Err.. Sains ni susah.” jawab Vincent. Sedangkan sebenarnya, mata pelajaran Sains merupakan kegemarannya.
“Kau ni. Relakslah. Jangan stress sangat.” kata Umairah sebelum beredar ke meja Intan dan Huda.
“Kenapa?” tanya Richard sebaik sahaja dia mendekati Vincent.
“Umairah suka akan…. Senior Luqman.” ujar Vincent.
“Hah? Biar betul? Senior Luqman?” tanya Richard. Vincent mengangguk.
“Kau okey tak?” tanya Richard lagi.
“Tak langsung. Sumpah. Aku rasa nak demam.”
“Aku dah tak tahu nak kata apalah. Kau pun satu. Kenapa kau minat pada budak Melayu. Islam pula tu. Berlambak lagi perempuan Kristian kat luar sana yang beratur tunggu kau. Kau jer yang buat tidak endah. Cuba kau cakap kau nak yang macam mana? Nak yang Cina macam kita? Or Indian girl? Or Europe. Kenapa kau tak pikat Mary Anne atau Susanne Fox? Atau kau nak jenis yang baik? Maybe Chong Siew Mei atau Ellen Lim atau…..”
“Ricky, hati aku dah terpaut pada Umairah Natasya.” kata-kata Vincent menghentikan hujah Richard. Dia menarik nafas sebelum menyisir rambut ke belakang.
“So, you had made up your mind?” tanya Richard.
“Almost like that.”
“Will you convert to Islam?” pertanyaan Richard membuatkan Vincent termenung seketika.
“Hey. Don’t worry. Just drop the subject. Continue your work.” kata Richard sebelum berlalu. Pertanyaan Richard terus melekat di minda Vincent. Keesokan harinya, Vincent menemani Umairah berjumpa dengan Luqman.
“Urrm.. Saya suka awak.” luah Umairah. Vincent bersembunyi di sebalik dinding seperti yang dipinta oleh Umairah.
“So?” tanya Luqman.
“Urrmmm….”
“Jangan ingat yang saya akan ambil awak sebagai kekasih saya. Saya tidak minat dengan budak hingusan. Tambahan pula, saya tidak berminat untuk bercinta. Pada pendapat saya, lebih baik awak belajar. Lagipun belum tentu kita akan berjaya. Awak ingat saya suka pada awak? Saya ulang sekali lagi. Saya tidak mina dengan budak hingusan.” kata-kata pedas daripada Luqman mengundang kemarahan Vincent. Luqman berlalu begitu saja.
“Maira…” panggil Vincent. Umairah tidak berpaling.
“Never mind then. Macamlah dia seorang jer kumbang di dunia ini. Ingatkan dia abang sulung kepada Lutfi , adalah seorang yang baik. Rupa-rupanya tak. Malah lebih teruk daripada Syahmi.” hambur Umairah. Air matanya menitis setelah luahan hatinya dipermainkan begitu saja. Pada hari itu, dia bertekad untuk tidak mencintai sesiapa lagi melainkan suaminya yang sah.
………………………………………………………………………………………………………
“Sedihlah cerita abang. Kalau adik jumpa lelak itu, memang teruk dikerjakan.”
“Beberapa minggu kemudian, ada khabar angin mengatakan bahawa Senior Luqman mula bercinta dengan gadis Tingkatan Lima, Emily Rosmaizura.”
“Kiranya macam Senior Luqman itu sadisticlah kan?” Vincent mengangguk.
………………………………………………………………………………………………………
“Today, we are the victim of SPM.”
“Today, we’ll bring success to ourselves.”
“Today, is the door to the future.”
“Today, we are as busy as bee.”
“Today, we’ll fight to the end!” ikrar itu berakhir dnegan tepukan pelajar-pelajar Tingkatan Lima. Umairah menarik nafas.
“Takut ke?” tanya Vincent.
“Surely I am. Awak tak perlah. Budak bijak. Pasti skor punya.”
“Tak semestinya. It depends on our work. By the way, good luck.” seraya itu Vinent melangkah ke dewan peperiksaan. Langkahnya terhenti.
“Umairah, wait for me after the exam finish soon.” pinta Vincent. Umairah mengangguk.
“Vince, kau nak buat apa?” tanya Richard.
“Something yang aku patut buat selama ini.”
………………………………………………………………………………………………………
“Saya suka awak.” luah Vincent. Gadis di hadapannya dipandang. Tenang tanpa ada sebarang perasaan di matanya. Matanya kelihatan amat tenang bagaikan tiada apa yang berlaku.
“Vincent Tan, its not funny at all.” ujar Umairah.
“This is not a joke, Maira. If you accept me, let me know. Text me.” Vincent melangkah keluar dari kantin. Kakinya terhenti apabila mendengar Umairah berkata.
“Do you know something, Vince? Even if I love you, I can’t be with you.”
“I know that. Trust me. I have the solution for that. Do you know what is the solution?” tanya Vincent. Umairah mengelengkan kepalanya.
“Your God, Allah.” sambung Vincent.
“Vince, you…”
“I know. Christian. But I trust Allah. Right now, I just need strength to hold Islam tightly in my hands and shout to the world about my trust.”
“Alhamdulillah.” ucap Umairah. Vincent menyerahkan satu kotak kecil kepada Umairah. Sekeping logam menarik perhatian Umairah. Sebelah hati bewarna merah disentuh. Loket itu ditarik keluar.
“Cantik. Tapi kenapa sebelah saja?”
“Here.” Vincent menunjukkan sebelah hati bewarna biru di dalam genggamannya.
“Don’t worry. Saya takkan pakai. Saya akan letak dalam dompet saya.”
“I don’t know what to say.”
“Don’t say anything. Remember, text me if you accept me. I’ll always be your friend even if you can’t accept me as you love one.” Vincent melangkah ke motorsikalnya dengan hati yang lapang.
………………………………………………………………………………………………………
为什么你的儿子” (Kenapa dengan kamu anakku?) tanya Edward Tan. Vincent cuma tersengih.
无父无"  “(Tiada apa-apalah ayah.)” jawab Vincent. Dia masih utuh memegang Blackberry hadiah daripada ayahnya.
“Kalau ya pun dah bercinta, jangan tenung telefon bimbit.”
“Errr.. okey ayah.” balas Vincent. Dia beredar ke biliknya. Tidak lama kemudian dia keluar sambil memegang jaket.
“Nak pergi mana?” tanya Edward Tan.
“Jalan-jalan.” jawab Vincent sebelum memeluk ayahnya dan berlalu ke garaj. Sepanjang perjalanan tanpa arah tujunya, Vincent asyik berfikir tentang Umairah. ‘Dia terima ke? Aku tahu dia akan terima aku kalau aku masuk Islam. Tapi family aku dan dia akan terima ke? Akan terima ke? Tapi aku sayangkan…. ’
     Tiba-tiba sebuah kereta dipandu laju dari sebelah kiri Vincent. Lampu merah di hadapannya langsung tidak dihiraukan. Kakinya menekan pedal minyak. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi dentuman yang amat kuat. Vincent terlantar di jalan raya dengan darah mengalir di beberapa anggota badannya. Orang ramai bertungkus lumus menolong menyelamatkan Vincent.
“Ma….i..ra…” sebut Vincent sebelum kepalanya terlentok ke kanan tanpa disedari.
………………………………………………………………………………………………………
Umairah – Vincent : I accept your proposal.
    Umairah memadang telefon bimbitnya yang dicampak di katil. Tiada balasan mesej daripada Vincent. Umairah menarik nafas bagi menenangkan jiwanya. ‘Mungkin betul aku sudah jatuh cinta dengan kawan baik aku sendiri. Kawan baik lelaki yang sentiasa bersama aku.’
“Tapi kenapa dia tak balas ni? Siap dia kalau dia sengaja.” bisik Umairah separuh bergurau sambil menumbuk bantal peluknya. Dia tergelak seorang diri apabila mengenangkan dirinya.
I'm Lucky I'm In Love With My Best Friend
Lucky To Have Been Where I Have Been
Lucky To Be Coming Home Again
I'm Lucky We're In Love Every Way
Lucky To Have Stayed Where We Have Stayed
Lucky To Be Coming Home Someday
“Vincent,
Biar malam berganti hari,
Biar siang berganti lagi,
Namun aku tetap setia menanti”
     Umairah memejamkan matanya. Harapannya agar Vincent akan membalas mesejnya pada esok hari. ‘Semoga mimpi indah’ getus hati Umairah.
………………………………………………………………………………………………………
“How could you?! Why can’t you take care of him as well as I?!” marah seorang wanita yang bersanggul kecil di hospital itu.
“Don’t put the blame on me! This caused by the reckless driver.”
“But you can stop Vince from going out!”
“I can’t imagine the future! Could you stop shouting around? He’s safe now.”
“He’s safe now. But what about tomorrow? The day after tomorrow?!”
“If you’r so worried about him, why did you leave us?” pertanyaan Edward Tan menutup mulut Victoria Clarkson. Dia berpeluk tubuh sambil menunggu di luar wad Vincent. Dua minggu yang lalu, Vincen masiht terlantar di ICU.
“I had made up my mind, Edward.” kata Victoria dengan tegas.
………………………………………………………………………………………………………
 “Vince, mana awak pergi? Dah hampir tiga bulan saya tak jumpa awak.” keluh Umairah. Dia memeluk lututnya sambil memandang ke luar tingkap. Vincent menghilangkan diri sebelum dia sempat memberi jawapan. Doa Umairah agar hati Vincent masih berada di atas landasan Islam.
“Kakak.” panggil Umar. Umairah memalingkan muka ke arah pintu bilik. Umar duduk di atas katil kakaknya.
“Sorry. Adik tak dapat cari Vivienne Tan.”
“Tak per.” ujar Umairah walaupun dia sebenarnya terasa ingin menangis. Dadanya terasa sebak mengenangkan ujian yang sedang dihadapinya. Umar memeluk kakaknya.
“Adik sayang kakak tak kira apa pun yang berlaku. Tolonglah jangan seksa diri akak macam ini.” pujuk Umar. Umairah menitiskan air matanya. ‘Siapa kata satu penantian itu suatu kebahagian? Satu penantian itu suatu penyeksaan!’
“Adik… kenapa akak sayang pada Vince?” soal Umairah.
“Mungkin sebab Abang Vince merupakan kawan rapat akak. Tambahan, dia baik dan selalu bersama akak.”
“Adik…. akak betul-betul rindu.. dia. Akak nak jumpa dia.”
“Akak akan jumpa. Insyaallah.” balas Umar. Umairah tersenyum sebelum memegang kepalanya. Sakitnya terasa mencucuk-cucuk. Dan…….
“Bonda! Kakak pengsan!” jerit Umar. Tubuh lampai kakaknya dipangku.
………………………………………………………………………………………………………
“Saya suka awak.” luah Lutfi. Umairah terlopong. Dia menutup buku di hadapannya lalu menyusun semula buku-buku berkaitan undang-undang. Dia ingin menolak kerusi ke belakang namun terhenti apabila Lutfi bersuara.
“Kenapa?”
“Kenapa apa?” tanya Umairah semula. Lutfi berdiri. Hanya meja selebar dua meter yang menjadi perantara mereka.
“Kenapa awak tidak membalas cinta saya, Maira?” tanya Lutfi. Dia terasa kecewa. Selama hampir empat tahun dia memendam perasaan terhadap Umairah. Dia menahan sahaja gelodak di hati setiap kali melihat Umairah berbual mesra dengan Vincent. Dia sangkakan mereka berkawan baik namun dia silap. Dia sendiri yang melihat betapa merana Umairah setelah kehilangan Vincent.
“Saya rasa saya tidak perlu menjawab soalan itu.” seraya itu Umairah melangkah meninggalkan Lutfi. Lutfi memegang lengan Umairah.
“Jawab, Maira.” kata Lutfi.
“Perbuatan awak sekarang menjawab segala persoalan saya. Malahan semakin megukuhkan jawapan saya. Vincent tidak pernah menyentuh tangan saya. Tapi awak, dengan beraninya menyentuh. Saya tidak suka. Vincent tidak pernah berbuat sebegini terhadap saya.” lalu Umairah menarik tangannya dengan kasar dan berlalu dari perpustakaan. Lutfi menghantarnya keluar dengan pandangan yang kesal.
………………………………………………………………………………………………………
“Maira, kau okey tak?” tanya Intan. Umairah memandang Intan dengan pandangan yang kosong. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Terasa sayu apabila teringat bahawa Vincent sudah meninggalkannya hampir setahun. Umairah bersandar pada sofa di restoran itu. Kaca mata hitamnya ditanggalkan .
“Intan, aku okey. Korang janganlah risau. Aku okey jer.” ujar Umairah. Dia menghirup teh hijau kesukaannya. Terasa pahit apabila ditelan. Mata Umairah tertancap pada pergelangan tangannya. Semenjak kejadian itu, berat badannya berkurangan. Dia terasa bagaikan hilang semangat apabila kehilangan Vincent.
“Kau nak ambil course apa nanti?” tanya Huda bagi menukar topik. Dia tahu yang Umairah berasa janggal apabila menjadi subjek utama perbualan mereka.
“Aku ambil course engineering.” kata Maysara sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali.
“Wauuu.. I am a doctor-to-be.” ujar Intan. Dia tersenyum manis.
“I’ll be a businesswoman. Maira?” balas Huda yang akan mengambil alih syarikat pakaian ibunya.
“I have to take laws.”
“Hah?!” serentak mereka bertiga menjerit. Beberapa orang pelanggan memandang mereka berempat.
“Aku akan kerja dengan ayah aku.” terang Umairah.
“But you hates laws, Maira.” tutur Maysara.
“Dan di sekolah dulu, kau yang paling banyak melanggar peraturan antara kita berempat.” balas Huda. Kara-kata Huda mengundang ketawa Umairah.
“I used to hate it. Now, I have to love it”
“Are you really sure you’r fine?” tanya Intan.
“Do I look like a pale patient, Doctor Intan?” gurau Umairah.
“Urm.. Ermm.. Let me see. Just a bit.” jawab Intan. Umairah menjelirkan lidahnya. Mereka berempat ketawa. ‘Vince, this are my best friends. I’ll make something useful to my future. My promise.’
“Alhamdulillah.” sebut seseorang tidak jauh dari empat orang gadis itu. Matanya masih leka memandang gadis bertudung yang memegang cermin mata hitam. Dia tersenyum apabila melihat tawa gadis itu.
………………………………………………………………………………………………………
     Umairah menapak perlahan ke balkoni. Dia duduk bersila sambil memandang tepat ke arah bulan. Tangannya mencapai gitar di tepi kerusi. Jari-jemarinya menari-nari di atas gitar sebelum dimainkan.
‘Di dalam sebuah cinta terdapat bahasa,
Yang mengalunkan indah mengisi jiwa,
Merindukan kisah kita berdua,
Yang tak pernah bisa akan terlupa,
Bila rindu ini masih milikmu,
Ku hadirkan sebuah tanya untukmu,
Harus berapa lama aku menunggumu,
Aku menunggumu,
Di dalam masa indah saat bersamamu,
Yang tak pernah bisa akan terlupa,
Pandangan matanya menghancurkan jiwa,
Dengan segenap cinta aku bertanya,
Bila rindu ini masih milikmu,
Ku hadirkan sebuah tanya untukmu,
Harus berapa lama aku menunggumu,
Aku menunggumu,
Aku menunggumu,
Aku menunggumu,
Dalam hati aku menunggumu,
Dalam hati aku menunggumu,
Aku….,
Dalam lelah ku menunggumu,
Dalam lelah aku menunggumu,
Aku masih menunggumu,
Bila rindu ini masih milikmu,
Ku hadirkan sebuah….,,
Harus berapa lama,
Harus berapa lama,
Aku menunggumu,
Aku menunggumu,
Dalam hati ku menunggumu,
Dalam lelah ku menunggumu’
    Nafas ditarik panjang. Umairah mengusap perlahan gitar itu. Hadiah pemberian Vincent setelah pergelangan tangannya terseliuh. Umairah mengusap pula pada tulisan Vincent pada gitar. ‘les roses rose’ yang bermaksud ‘the pink roses’. Umairah teringat kata-kata Vincent.
“Kenapa tulis les roses rose?” tanya Umairah.
“Dah tu? Awak nak saya tulis apa? The sadistic lady? Bersyukurlah Maira.”
“I prefer this.” Umairah menunjukkan bunga ros plastik bewarna kuning di atas meja.
“I choose those word because for me you’r the pink roses. Very lovely. Very nice. Just perfect.”
“I’m not perfect at all, Vince.” ,
“No need to worry. You’r perfect for me.” Vincent tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua-dua bela pipinya.
     Umairah mengesat air mata yang keluar. Dia memeluk erat gitar itu. ‘I really miss you, Vincent Tan.’
………………………………………………………………………………………………………
Tangan kanannya menari-nari di atas kanvas yang sebentar tadi putih. Warna coklat dicampurkan dengan warna kuning lalu digerakkan ke pagar dalam lukisannya. Dia tidak berpuas hati. Warna coklat dicampurkan dengan warna hitam. Tangannya laju menari-nari sambil matanya memandang pemandangan di hadapannya.
“Done.” kata dia. Dia menarik nafas panjang. Lukisan sebuah rumah kuning kecil yang dipagari kayu bewarna coklat menghiasi kanvas itu. Pen tebal dikeluarkan. ‘Rasya’ terukir di bawah kanan lukisan itu.
“Hi Rasya!” panggil seorang lelaki Inggeris sambil membawa dua mag berisi kopi suam. Lelaki itu meletakkan mag tersebut di atas meja kecil. Gadis yang dipanggil Rasya itu tersenyum. Dia meletakkan berus lalu berjalan ke arah lelaki tersebut.
“Where’s your mother, Julian?”
“I guess she went to the lake just now. Why?” tanya Julian.
“Just asking.” balas dia. Telefonnya mula menyanyikan lagu ‘There You’ll Be’. Tangannya meraba-raba mencari telefon pintarnya. Blackberry miliknya ditekapkan di telinga.
“Can I speak with Nurul Umairah Natasya?” kata suara di sana. Gadis itu tersentak. Sudah lama dia tidak mendengar namanya disebut.
“Nurul Umairah Natasya’s speaking. Who’s there?” tanya Umairah.
“My name is Vivienne Tan.” kata gadis di sana. Umairah tersentak. ‘Adik Vincent! Vince….’ serentak air matanya mengalir. Julian memandang dengan mata yang bertanya. Umairah mengelengkan kepalanya. Spontan, Umairah teringat kejadian bulan lepas.
………………………………………………………………………………………………………
     Kakinya diatur kemas dalam istana itu. Istana Al-Hambra! Sungguh, pertama kali melihat dia sudah jatuh cinta dengan keindahan istana itu. Kakinya melangkah ke Taman Genna-AlArif atau Garden of Architect.
“Cantik.” ujar dia. Tiba-tiba dia rasa seorang diri. Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan.
“Ya Allah, mana budak ni?” Umairah mula membebel seorang diri.
“Adik! Adik!” jerit Umairah. Beberapa pengunjung Jepun memandang dia dengan pandangan yang pelik. Sudah pasti mereka berasa pelik dengan bahasa yang ditutur Umairah. Kakinya mula berlari ke balkoni. Mana tahu dia dapat menemui Umar.
“Adik, pergi ma…….” kata-kata Umairah terhenti apabila dia memandang lelaki di hadapan Umar.Umar terperanjat.
“Vincent…..” sebut Umairah. Dia terkaku sambil berdiri di balkoni. Vincent menanggalkan cermin matanya menyerlahkan mata bewarna hazel.
“Where have you been? I waited for you for almost nine years!” marah Umairah. Dia menyeka air mata yang mengalir.
“Saya tunggu awak sampaikan saya sudah berputus asa. Dan sekarang apabila saya akan membuka buku baru, awak hadir semula? Kenapa Vincent? Kenapa awak tak hadir empat tahun yang lalu? Atau enam tahun yang lalu. Saya tunggu awak macam orang gila. Semua kata apa yang saya lakukan tidak berbaloi. Tapi saya percayakan awak bulat-bulat! Dan sekarang kenapa awak muncul? Kenapa muncul semula dalam hidup saya?!” bentak Umairah. Tangannya menumbuk-numbuk bahu Vincent.
    Vincent menahan tumbukan Umairah. Terasa ngilu akibat ditumbuk oleh gadis yang lebih kecil daripada dia. “Miss, I am sorry…”
“Miss? Awak ni kena amnesia ke apa?! Siap kata sorry lagi? Kenapa setiap kali kita berpisah, kita akan bertemu semula melalui kejadian yang tragik? Dan awak semakin berubah?!” jerit Umairah. Dia mengetap bibir bagi menahan rasa sebak, marah, kecewa, sedikit gembira dan lain-lain.
“Memang saya kena amnesia pun. Siapa awak ni?” tanya Vincent. Kedua-dua belah kening Umairah terangkat. ‘Vincent… Amnesia? Vincent? Amnesia? Amnesia and Vincent? Vincent and amnesia? Ya Allah….’
“Kakak!”
“Eh? Cik!” jeritan dua jejaka menjadi satu apabila tubuh Umairah terjelepok di balkoni Istana Al-Hambra.
………………………………………………………………………………………………………
     Nafas ditarik panjang sebelum dihembus. Kata-kata Vivienne Tan masih terngiang-ngiang di telinganya. Umairah terasa sebak. ‘Kenapa apabila dia sudah berputus asa, Vince datang semula ke dalam hidupnya? Kenapa sekarang? Kenapa tidak sebelum ini? Ya Allah, apakah maksud semua ini? Dan masihkah Islam tertanam kemas dalam hatinya? Adakah dia umat Nabi Muhammad? Jika benar, Alhamdulillah.’
“Kak Maira, Vivienne minta tolong.”
“Minta tolong apa?” tanya Umairah.
“Akak, setelah akak berjumpa dengan abang, dia cuba untuk mengingati semula apa yang berlaku. Cubaannya bagus namun dia terlalu berusaha. Sudah dua kali dia terlantar di hospital akibat pengsan dan sakit kepala yang teruk.”
“Vivienne nak akak buat apa?” Umairah tahu jawapnnya. Namun, dia ingin mendengar dari mulut Vivienne sendiri.
“Buat masa sekarang, akak tolong elakkan diri akak daripada abang. He’s not recovered completely. I’m begging to you. Please don’t. He’s my only brother.” rayu Vivienne. Umairah terpana. ‘Mampukah aku menahan rasa rindu yang mengunung ini? Mampukah aku? Ya Allah, tolonglah hambaMu ini.’
“I’ll try me best to help you. And I’ll help on that way.” kata Umairah. Dia menitiskan air matanya. ‘Ya Allah, jika dia jodohku, tunjukkanlah kepadaku. Jika dia bukan jodohku, jauhkanlah kami. Sesungguhnya hanya Engkau yang memakbulkan kesemua doa-doa. Amin.’
………………………………………………………………………………………………………
     Kakinya melangkah masuk ke dalam galeri itu. Dia berasa kagum dengan lukisan-lukisan miliknya yang digantung. Beberapa orang pengunjung sedang mengerumuni sebuah lukisan yang agak besar bertajuk ‘The Unbroken Heart’. Langkah diatur ke sana.
“Oh my! Miss Rasya! Come here.” panggil seorang wanita Jepun. Umairah menghadiahkan senyuman kepada pengunjung galeri milik dia dan Martha, ibu Julian.
“Miss Rasya, if you don’t mind. I would like to know the hidden meaning of this painting.” kata seorang lelaki berusia 50-an. Umairah menarik nafas panjang sebelum berkata.
“Sure Mr. Hawkes. Why not. I had been inspired by my own past. I used to be hurt. I used to be in pain. And I always prayed that my heart is invulnerable. So that, it will be unbroken.Thank you.” jelas Umairah. Dia meninggalkan lukisan itu dan berlalu ke lukisan ‘The Help’.
“Woow. What a great talent you have.” puji seorang lelaki berumur 40-an. Umairah tersenyum.
“Thank you for that compliment, Mr. Woods. But my answer for your invitation to dinner is still no.” seraya itu Umairah berjalan ke Julian di kaunter. Takut dia dengan duda enam anak itu. Julian pernah memberitahu dia bahawa lelaki itu pernah berkahwin sebanyak tiga kali! Aktres terkenal, Lily Hawkson adalah bekas isterinya yang kedua.
“Hey Rasya. Tired?” tanya Julian sambil memeriksa beberapa helai kertas kerja berkenaan penghantaran lukisan yang telah dijual. Umairah mengangguk.
“Where is Martha, Julian?” tanya Umairah sambil tangannya mengambil sebotol air mineral. Diteguk air itu hingga separuh botol. Dahaga yang telah bertapak selama hampir tiga jam yang lalu beransur hilang. Julian mengangkat kepala dari kertas kerja.
“I think she went to meet Mr. Moris just now. Eli! Where’r you? Please send those paintings to this address. Thank you.” arah Julian. Seorang lelaki yang memakai uniform bewarna kuning cair tersenyum kepada Umairah sebelum mengangkat kotak-kotak berisi lukisan ke dalam lori.
“Miss…” Umairah menoleh ke belakang apabila bahunya ditepuk lembut. Seorang gadis berbangsa Cina mengukirkan senyuman.
“Can I help you?” tanya Umairah.
“My friend want to buy a painting but she wants to meet the artist first. Would you mind?” tanya gadis itu. Umairah menjawab.
“Sure. Why not? Where is your friend?” tanya Umairah. Tiba-tiba dia terasa tidak sedap hati.
“Urmm.. Behind you?” balas gadis itu sambil tersengih. ‘Okey. That’s scary.’ getus hati Umairah.
“Your face really makes my life turn upside down.” bisik lelaki itu. Umairah menoleh. Spontan tangannya menutup mulutnya yang terlopong.
“Vincent? Vince?” Umairah terus menjadi gelabah. ‘What?! That means this girl is’
“Vivienne?” duga Umairah. ‘Tapi kenapa kecil jer?’
“Nope. Vivienne is at Nice. I’m her cousins. Rebecca.” gadis itu memperkenalkan diri.
“Do you have any ideas who am I?” tanya Umairah kepada Vincent. Kening Vincent bertaut.
“No…….”
“Then, excuse me. I have to work now.” potong Umairah. Vincent menahan Umairah dengan memegang fail-fail yang ingin dibawa oleh Umairah.
“Not that fast. You think after you ruined my life two months ago, you can just walked away like nothing’s happen between us?”
“Between us? What do you mean? You didn’t even know who I am. And I never ruined your life. My apologizes. Out of my way.”
“Then, how can you shouted at me in Al-Hambra Castle? You yelled at me? Like we knew each other for such a long time.”
“Can we use other language? I can feel that my friend is listening to us.” bisik Umairah. Julian sesekali menjeling ke arah mereka berdua. Umairah takut jika ada yang mengetahui kisahnya.
“Let’s have a cup of tea or something there.” seraya itu Vincent menunjukkan sebuah kafe di seberang jalan. Umairah memandang Rebecca. Anggukan dari Rebecca melegakan hati Umairah. Kaki diatur ke kafe itu. Seorang pelayan datang sambil membawa menu.
     Umairah dan Vincent memesan kopi panas sementara Rebecca mengambil tempat duduk tidak jauh dari mereka berdua. Sesekali Umairah melemparkan pandangan ke luar ingkap. Bunga ros kecil yang tumbuh subur di tepi tingkap menarik perhatiannya. Umairah menyentuh bunga itu sambil tersenyum. ‘Comelnya!’
     Vincent terkesima apabila melihat senyuman Umairah. Senyuman yang dia pernah lihat tapi dia tak ingat. Sungguh dia langsung tak ingat dan dia tak berani ambil risiko memikirkan tentangnya. Kali terakhir dia terlalu memikirkan tentang Umairah, dia dikejarkan ke hospital kerana pitam.
“Back to our chat just now. Kejadian di Sepanyol, dua bulan yang lalu. Saya… Saya… Urm.. Erm..”
“Urm? Erm? Maaf. Saya tak faham bahasa itu. Saya tak belajar lagi. Lain kali tolong tunjukkan saya guru bahasa itu. Saya nak belajar juga. Mana tahu, saya boleh memahami pertuturan awak.” peril Vincent sebelum tersenyum. Umairah mengetap bibirnya tanda geram. Dia terus memukul bahu Vincent dengan beg tangan Jimmy Choo. Ketawa Vincent menjadi semakin kuat.
“Huh?!” kening Rebecca bertaut melihat aksi Vincent dan Umairah yang bagaikan pasangan kekasih yang sedang bergaduh-manja. Vincent menyeka air mata yang keluar akibat terlalu ketawa.
“How could you?” rajuk Umairah. Vincent terdiam. Mutiara halus mula keluar dari tubir mata Umairah. Dia memalingkan wajahnya. Malu sekiranya Vincent melihat dirinya yang lemah. Dia sebenarnya malu apabila Vincent memerli percakapannya. Rasanya semua orang akan menjadi gugup apabila bertemu dengan orang yang disukai. Rasanyalah……
“Sorry.” ujar Vincent sambil menghulurkan sekuntum bunga ros kecil. Umairah terpinga-pinga sebelum ketawa. ‘Dia petik bunga ros di tepi tingkap? Kelakarnya.’
“I feel alive when I hear your laugh.” sambung Vincent. Kuntuman ros itu diserahkan. Umairah mencium ros itu. ‘Wangi….’
“Happy?”
“Just a bit.” kata Umairah. Vincent memberikan jelingan ‘tak puas hati’. Umairah membalas dengan jelingan ‘tak peduli’. Mereka berdua terus lupa topik yang dibincangkan sebentar tadi.
“Sir, that ros is not for sale.” tegur seorang pelayan. Vincent dan Umairah terdiam. Mulut mereka berdua ternganga. Rebecca sudah mengelengkan kepalanya berkali-kali. ‘That was the first time I saw Vincent turned to be a Romeo. And the Juliet is the famous artist, Rasya a.k.a. Umairah Natasya!’
………………………………………………………………………………………………………
      Umairah tersenyum sendirian. Matanya tertancap pada sekuntum bunga ros dalam balang kecil berisi air. ‘Sekuntum bunga ros sebesar empat jari berharga 12 dolar? Gila punya mahal! Tapi Vincent yang beri dan beli. Alahai…..’ Sarah dan Maria menjungkitkan kening mereka. Umairah tersenyum bagaikan orang angau. Sarah menghantar isyarat bermaksud kenapa kepada Maria. Maria hanya mampu mengangkat bahu.
     Sebetulnya, dia sendiri berasa hairan dengan sikap Umairah. ‘Takkan bisnes Kak Maira terlingkup kot. Rasanya baru tadi aku lalu di depan Martha & Rasya’s Art Gallery. Okey jer.’ getus hati Maria. Tudungnya ditanggalkan. Plastik berisi makanan diletakkan di atas meja makan untuk empat orang. Nadhyra, teman serumah yang seorang lagi seperti biasa akan balik dari perpustakaan pada pukul enam petang.
“Kak Maira, okey ke?” tanya Sarah. Mana tahu dia dah naik muak tengok warna cat.
“Okey jer, Sarah. Kenapa?” tanya Umairah pula sambil tersenyum. Terjungkit kening kanan Sarah.
“Tiada apa-apa.” balas Maria apabila Sarah hanya mendiamkan diri. Sarah menarik tangan Maria ke dapur.
“Kenapa dengan Kak Maira tu?” tanya Sarah.
“Entahlah. Mungkin terlebih hormone estrogen kot.” Sarah yang mengambil jurusan kejuruteraan ternganga seketika. ‘Susahnya cakap dengan doctor-to-be ni!’
“Whatever. Sebelum ini dia tak pernah se’angau’ itu. Even masa anak Martha Andrewson, Julian luah perasaan terhadap dia pun. Dia buat tak endah jer. Lelaki sekacak Julian Andrewson pun tak boleh memikat hatinya.”
“Mungkin dia dah jumpa dengan soulmate dia?” duga Maria. Sarah tersenyum.
“Selama hampir tiga tahun mengenalinya, Sarah tak pernah nampak dia menunjukkan minat terhadap mana-mana lelaki. Mungkin benar dia dah jumpa dengan ‘orang itu’ Mungkin dia dah jatuh cinta dengan tunangnya? Tapi kenapa tengok bunga ros itu?”
“Jika benar, Alhamdulillah. Yang lain-lain tak payah fikir.” balas Maria. Mereka berdua mengintai Umairah. Tangan Umairah masih memegang kelopak bunga ros kecil itu.
………………………………………………………………………………………………………
     Tangannya membuka almari pakaian. Gaun labuh bewarna biru tua dikeluarkan. Selendang panjang bewarna hitam dan biru tua dicapai. Umairah memandang sekilas dirinya. Matanya tertancap pada cincin berlian pada jari manisnya. Terasa mahu membuang cincin itu agar dia tidak lagi terikat. ‘Kenapa bila aku jumpa dengan Vince, aku langsung tak ingat pasal cincin ini.’
‘What can I do to make you love me,
What can I do to make you care,
What can I say to make you feel this,
What can I do…….’
     Telefon bimbitnya yang berdering diangkat.
“Waalaikummusalam, bonda.” balas Umairah.
“Kakak balik bila?” tanya Puan Rozana. Umairah berfikir sejenak.
“Lapan bulan lagi, bonda. Kenapa?”
“Nanti kita buat majlis nikah pada hari Jumaat. Hari Sabtu pula, kita buat majlis persandingan. Hari khamis, kita adakan majlis menyambut menantu. Bonda lebih suka bernikah pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Boleh tak kakak?” tanya Puan Rozana. Spontan Umairah mengalirkan air matanya.
“Bonda, kakak tiada mood nak cakap pasal perkara itu. Kakak minta maaf, bonda. Kakak kena pergi majlis. Nanti kakak telefon bonda. Maaf bonda. Assalamualaikum.” kata Umairah. Dia menyeka air mata yang keluar.
“Aduih… Umairah, dah hampir setahun bertunang. Kakak tak nak ke buat persedian? Tak perlah. Jangan lupa telefon bonda nanti. Walaikummusalam.” seraya itu tangannya mematikan penggilan tadi. Umairah berbaring di atas katilnya. Tangannya mencapai loket berbentuk hati bewarna merah yang dihadiahkan oleh Vincent sembilan tahun yang lalu. Diarinya diambil dari laci.
‘Dear diary,
Only if I can speak out my heart. Only if… Only if I can tell my fiancée that I’m the girl he used to hurt. I’m the girl who had crush on him before. When is that ‘before’? Almost twelve years ago. If I can say like this “
Dear Luqman bin Haji Abdul Majid,
Remember me? I’m the girl you used to hurt before. Fourteen years ago, I had a crush on you but you just push away. Sounds familiar? I don’t know why you didn’t remember me at all. I want to give you this, as your ‘present’.
No I can’t take one more step towards you
Cause all that waiting is regret,
Don’t you know I’m not your ghost anymore,
You lost the love I love the most,
I learn to live half alive,
Now you want me one more time,
And who do you think you are,
Running around leaving scars,
Collecting your jar of hearts,
And tearing love apart,
You gonna catch a cold,
From the ice inside your soul,
So don’t come back for me,
Who do you think you are,
I hear you asking all around,
If I am anywhere to be fiund,
But I have grown too stron,
To ever fall back in your arms,
I leran to leave half alive,
Now you want me one more time,
And who do you think you are,
Running around leaving scars,
Collecting your jar of hearts,
And tearing love apart,
You gonna catch a cold,
From the ice inside your soul,
So don’t come back for me,
Who do you think you are,
Dear it took so long just to feel alright,
Remember how to put back the light in my eyes,
I wish I had miss the first time that we meet,
Cause you broke all your promises,
And now you back,
You don’t get to get me back,
And who do you think you are,
Running around leaving scars,
Collecting your jar of hearts,
And tearing love apart,
You gonna catch a cold,
From the ice inside your soul,
So don’t come back for me,
Who do you think you are,
Who do you think you are,
Who do you think you are,’
Got it? Bye!
 With love,
 Nurul Umairah Natasya binti Abdul Razak ,your fiancée,’
“Kalaulah boleh kata macam ini pada tunang sendiri.” luah Umairah. Tangannya menutup diari itu sebelum mencapai gaun labuh dan selendang. Umairah berserah pada Allah Taala.
………………………………………………………………………………………………………
     Kereta Honda CRV meluncur laju di atas jalan raya. Pandangan dilemparkan pandangan ke luar tingkap. Tangannya masih utuh memegang stereng. Titisan hujan yang turun hinggap pada tingkap. Kereta dibelokkan memasuki tempat letak kereta bawah tanah. Dia mengunci pintu kereta sebelum melangkah ke lif.
“Miss Rasya. Hi.” sapa Sophie Dexture, seorang pereka fesyen. Umairah tersenyum.
“Hi Miss Dexture.”
“Oh dear. Don’t call me Dexture. Just call me Sophie.”
“I’m sorry, Sophie. So, you also been invited to the new gallery? Own by Mr. Abraham Clark, right?”
“Oh. Surely yeah, Rasya. If he didn’t invited me, I’ll throw this ring in his mouth.” gurau Sophie Dexture sambil meunjukkan cincin berlian di jarinya.
“Your fiancée? Congrats Sophie!” ucap Umairah. ‘Gembiranya Sophie! Bertunang dengan orang yang dia cintai. Sedangkan aku….’ Lif berhenti di tingkat satu bangunan itu. Umairah membalas senyuman Sophie Dexture sebelum melangkah ke Martha dan Julian Andrewson.
“Rasya! There you are. Come let’s meet my friends.” ajak Martha. Tangan Umairah ditarik ke sekumpulan lelaki yang berkot serta wanita yang memakai gaun mahal.
“This is Andy , the owner of this building.” seorang lelaki berkot biru tua menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat.
“This is Cecelia Artkinson, a photographer.” Cecelia Artkinson yang memakai gaun pendek bewarna merah tua beserta tas tangan Gucci tersenyum.
“This are Penelope and Paulina Ashton, daughters of the supermodel and a famous businessman, Catherine and Edward Ashton.” Kembar itu melemparkan senyuman manis kepada Umairah sambil mengangkat sedikit gelas mereka.
“This are Mr. Frank and his wife, Elizabeth Eduqe.”   Pasangan yang memakai bau bewarna sedondon itu mengangguk sambil tersenyum.
“This gorgeous lady is Lady Isabella Leroux and her children, Rebecca and Roxanne Leroux.” Wanita berambut perang itu menundukkan kepalanya sedikit sementara anak-anaknya terkebil-kebil memandang Umairah.
“Rebecca?” bisik Umairah.
“Umairah?” Rebecca dan Roxanne membisik dengan perlahan agar tidak didengari oleh ibunya.
“Girls, show her some respect. Behave yourselves.” tegur Lady Isabella. Rebecca dan Roxanne menundukkan hormat. Umairah diperkenalkan kepada Mr. dan Ms. Thomas, pemilik butik terkenal. Dia menyapa semua orang dengan sopan walaupun hatinya masih tertanya-tanya tentang kehadiran Rebecca di majlis itu. ‘Mungkinkah Vince ada di sini? Tak mungkin. Nonsense!’ getus hati kecilnya.
‘No I can’t take one more steps towards you,
Cause all that wai….’
“Excuse me for a second” ujar Umairah kepada Julian dan Martha serta pasangan Thomas. Mereka mengangguk sedikit sedangkan fikiran berada pada ucapan pengacara majlis. ‘Ya Allah. Kenapa dia telefon aku semasa majlis amal ini nak bermula? Dahlah lukisan aku yang first kena lelong.’
“Hello.” kata Umairah. Dia duduk di birai tingkap.Matanya dilemparkan ke luar tingkap. Langit masih menangis dengan sepi.
“Hello. Umairah, where’r you?” suara itu kedengaran garau seperti biasa. Umairah termangu seketika.
“At Abraham Clark’s Gallery. Why?”
“I’m sorry if I disturb you but my mother wants to talk with you badly. Would that it be okay for you?”
“I’m okay with that. Where is she?”
“Hold on….” telefon bimbit Luqman bertukar tangan.
“Umairah.” panggil Hajah Zuraidah.
“Ya Hajah. Hajah apa khabar?” sapa Umairah.
“Ya Allah. Janganlah ber‘hajah’ dengan umi. Umikan bakal ibu mertua Umairah. Ni umi nak tanya. Umairah balik ke Malaysia bila? Umi nak bawa Umairah berjumpa dengan Noor Shafiqah. Dia pandai buat baju terutamanya baju-baju nikah, persandingan. Umi berkenaan tengok Umairah pakai baju dia. Cantik dipandang. Boleh tak, Umairah?”
“Umairah tak tahu lagi, Hajah… Eh.. Bukan. Ummi. Tak pasti lagi. Sebab sekarang ini Umairah sibuk sangat. Kadang-kadang kena pergi ke Cambridge, Luton, Oxford, Bedford.Tak tentu kerja Umairah ni, umi. Maaf, umi.”
“Kalau macam itu, umi jerlah yang pergi sana. Nantikan cuti panjang. Umi pergi sana boleh?” tanya Hajah Zuraidah.
“Urm.. Erm.. Boleh, umi.” jawab Umairah dengan terpaksa.
“Baiklah. Nanti umi berikan tarikh yang tepat. Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam,umi.”
‘Ya Allah, tabahkanlah hatiku. Jika benar dia jodohku, dekatkanlah hati kami. Jika dia bukan jodohku, jauhkanlah kami. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui.’ doa Umairah.
………………………………………………………………………………………………………
“Rasya, here your drinks. Green tea with a teaspoon of sugar.” kata Julian sambil menyerahkan segelas air teh hijau. Umairah tersenyum sebelum menghirup air itu.
“Now, we start our auction.” kata seorang pengacara bertuksedo. Keadaan menjadi sepi dan hanya bertemankan lagu Aquarium yang dimainkan seorang lelaki di suatu sudut.
“Firstof all, The Melody by Rasya.” Tepukan gemuruh kedengaran. Dua orang model yang jelita mengeluarkan ‘The Melody’ dari balik tirai. Lukisan seorang gadis yang memejamkan mata sambil mendengar lagu di headphone dengan tangan yang didepakan menghiasi kanvas itu. Padang rumput serta pelangi menjadi latar belakang.
“Let’s start with 3000 dollars.”
“4000 dollars!” Penelope Ashton mengangkat nomborya ‘14’.
“4000 dollars! 4000 do..” kata-kata pengacara itu dipintas
“5000 dollars!” nombor ‘29’ diangkat oleh Frank Eduqe. Penelope Ashron menjeling tanda marah.
“7000 dollars!” pintas Penelope Ashton. Paulina Ashton tersenyum.
“8000 dollars!” balas Frank Eduqe.
“10000 dollars!” ujar Penelope Ashton. Keadaan menjadi semakin tegang.
“13000 dollars!” kata Frank Eduqe pula. Penelope berbisik dengan kembarnya.
“25000 dollars!” Beberapa orang terlopong. Paulina tersenyum kemenangan.
“25000 dollars! 25 dollars! 25 dollars! Any oth……”
“40000 dollars!” potong seorang lelaki sambil mengangkat nombor ‘27’. Umairah tergaman. Kebanyakan pengunjung terlopong kerana harga yang sebegitu mahal telah ditawarkan untuk sebuah lukisan. Umairah lebih terkejut kerana lelaki itu adalah Vincent Tan.
“40000 dollars! 40000 dollars! 40000 dollars! Any others?” tanya pengacara itu. Penelope dan Paulina Ashton sudah berpeluk tubuh. Frank Eduqe menyisirkan rambutnya ke belakang sambil bercakap dengan Elizabeth Eduqe.
“Sold to number 27! Mr. Vincent Tan!”
Dan mata Vincent tajam merenung mata Umairah yang keresahan.
………………………………………………………………………………………………………
“Umairah.” panggil Vincent. Kakinya segera berlari masuk ke dalam lif. Punat ‘close’ ditekan berkali-kali. Matanya bertembung dengan mata Vincent yang tajam menikam. Pintu lif tertutup sebelum jejaka itu sempat masuk. Umairah menarik nafas lega. ‘Umairah, kau tu tunang orang! Tunang orang, Tak kira sesiapa tunang kau, dia masih tunang kau.’ bisik hatinya.
     Pintu lif terbuka. Umairah mengorak langkah ke keretanya. Kunci dikeluarkan dari beg tangannya. Matanya mengawasi tempar letak kereta bawah tanah itu. Tiba-tiba dia terdengar…………
“Meooooow!!!” seekor kucing berteriak tidak jauh dari dia. Serta-merta kunci terjatuh dari tangannya. Umairah tunduk lalu mengambil kuncinya. Dari pantulan cermin keretanya, dia dapat melihat seorang lelaki datang ke arahnya. Umairah berpaling.
“Hi, Mr. Woods. What’r you doing here?” sapa Umairah. Luke Woods tersenyum. Dia melangkah lebih dekat.
“I’m waiting for you. I really miss you, Rasya.” Luke cuba untuk memegang tangan Umairah. Umairah menepis dengan kasar. Luke tersenyum nipis. Tangannya menyentuh pipi Umairah sebelum….
“Aaaarghh!!!!!!!” jerit dia. Umairah terpana. Belum sempat dia menepis dan memarahi Luke Woods, lelaki itu menerima tumbukan daripada Vincent.
“Vince! What’s wrong with you?!” marah Luke Woods. Dia memegang pipinya yang sedikit bengkak. Darah mengalir keluar dari tepi bibirnya.
“Hey! We can share her!” kata Luke Woods. Darah Vicent terasa mendidih mendengar kata-kata Luke Woods. Dia terus meluru ke Luke Woods dan menumbuk berkali-kali. ‘Who’s he to talk about Umairah that way!’
“Vince! Stop it! Vince!” jerit Umairah. Luke Woods kelihatan separuh mati bahana tumbukan Vincent. Umairah menarik lengan baju Vincent. Vincent melepaskan kolar baju Luke Woods. Badan itu terhuyung-hayang sebelum rebah tidak sedarkan diri.
“What have you done?” marah Umairah. Vincent hanya mendiamkan diri.
“What if he’s dead?” duga Umairah. Vincent hanya tersenyum nipis sambil mengeleng.
“Nope. He’s fine. Look at his chest. Still breathing.”
“Why did you do that?” tanya Umairah. Dia bersandar pada keretanya. Tak semena-mena, badannya melurut jatuh. Dia berlunjur. Vincent mengambil tempat di sebelahnya.
“Do what?”
“Why did you save me?” tanya Umairah. Matanya terasa berkaca.
“I don’t know. Saya tak boleh biarkan awak diperlakukan sebegitu rupa. Saya tak boleh. Apabila saya dengar dia berkata “We can share her!”, saya rasa sangat marah. Saya rasa macam saya perlu melindungi awak tak kira apa yang berlaku. Walaupun saya tak boleh mengingati siapa awak sebenarnya, saya rasa yang saya masih perlu melindungi awak. Umairah, sebenarnya saya rasa sa……” kata-kata Vincent dipotong oleh jeritan Sophie Deveraux.
“Luke! What happened?” tanya Abraham Clark sambil mengoncang tubuh Luke Woods. Sophie Deveraux tergaman melihat keadaan Luke Woods.
“Abraham, let’s talk. Sophie, calm her down.” arah Vincent sambil berjalan ke arah Abraham. Dia menunjukkan ke arah Umairah dengan isyarat mata. Sophie Deveraux mengangguk. Dia melangkah ke arah Umairah.
“Whath happened?” tanya Sophie Deveraux ketakutan.
“He tried to touch my hand but I parried his hands. Then he touched my cheek and Vincent gave him some lessons about respecting ladies.” Umairah menjawab dengan muka yang tidak beriak. ‘Why he saved me? Why?’
“Poor you, Rasya.” balas Sophie Deveraux sambil memeluk Umairah.
………………………………………………………………………………………………………
     Kakinya menekan pedal minyak. Stereng dipusing ke kiri. Dia keluar dari kereta Honda CRV. Kunci dimasukkan ke dalam poket kardigan yang bewarna coklat gelap. Bajunya berona krim serta seluar jeans bewarna hitam dibetulkan sedikit. Tudung ‘shawl’ bewarna hitam berbunga krim yang besar menampakkan kejelitaannya. Kasut but coklat bergerak dengan langkah yang longlai apabila dia melihat wajah yang ditunggunya.
“Umairah!” panggil Hajah Zuraidah. Tubuh lampai itu segera dipeluk erat. Umairah tidak memberikan respon. Matanya tertancap pada wajah Luqman. ‘Apa yang dia buat di sini?’
“Jom.” ajak Umairah. Luqman mengangkat beg ke dalam bonet. Umairah berjalan ke arahnya.
“Done?” tanya Umairah.
“Yup. Let me drive.” pinta Luqman. Kening Umairah bertaut.
“I can drive.” kata Luqman.
“License?”
“In my pocket.”
“Then, here’s the key.” seraya itu Umairah masuk lalu duduk di tempat duduk belakang. Liyana dan Laila mengambil tempat bersamanya. Hajah Zuraidah duduk di hadapan. Enjin dihidupkan dan tayar Honda CRV itu meluncur di atas jalan raya.
………………………………………………………………………………………………………
“Beautiful house you have, Kak Umairah.” puji Laila. Umairah tersenyum. Pintu dibuka. Tangannya meraba-raba mencari suis lampu. Apartmen tujuh bilik itu didiami oleh Umairah, Maria, Nadhyra dan Sarah. Umairah meletakkan beg tangan di atas meja makan. Dia berlari menaiki tangga.
     Maria, Nadhyra dan Sarah bersalam dengan Hajah Zuraidah, Liyana dan Laila. Umairah baru sahaja hendak membuka mulut apabila telefon bimbitnya berbunyi.
‘If you’r not the one,
Then why does my soul feel glad today?,
If you’r not the one,
Then why does my hand fit yours this way?,
If you’r not mine,
Then why does your heart return my call?,
If you’r not mine,
Would I ….’
     Wajah Luqman yang sedikit berubah dipandang sekilas sebelum dia mengambil Blackberrynya. Umairah melangkah ke dapur.
“Hi.” sapa Umairah.
“Hi. Comment allez-vous?” tanya Vincent. Dia menyelak kertas kerja dengan tangan kanan sambil tangan kiri menaip pada papan kekunci komputer riba. Telefon bimbit dilekapkan antara bahu dan telinga.
“Je vais bien. Why?”
“Why? Why what? I can’t understand that.”
“Why you’r calling me?” tanya Umairah. Dia menyentuh lukisan di dapur. Gambar bunga ros kecil di atas meja di dalam taman. Hasil kerjanya. Umairah ketawa mengenangkan apa yang berlaku tanpa menyedari sepasang mata sedang memerhatikannya.
“Maira, are you okay? Why you’r laughing suddenly?”
“Oh nothing. I just remember about the tiny ross. I wonder what will happen when we go there again? Will that waiter give us a smile or a yell for picking his ros.”
“Great idea. Then, lets have dinner there. Around 8 p.m.? We’ll see the waiter’s reaction.” ajak Vincent. Dia memegang tingkap kaca di pejabatnya. Kota London kelihatan amat sibuk walaupun jam sudah menunjukkan enam petang.
“I’m sorry, Vince but I have guests at my home. I hope you understand that.”
“Oh sure I’ll understand. Hava a happy time with your guests, honey.”
“Honey? What?”
“Did I said honey?” Vincent memarahi dirinya dalam hati.
“Yes. You did, bee.” Umairah ketawa. Namun lain bagi pemilik mata yang masih memerhatikannya. Bibirnya diketap tanda geram.
“Maybe you need  to go to hospital then. I have a meeting now. So bye, Maira.” Vincent tertawa sendirian.
“Okay. Fine. Bye-bye Vince.” Umairah ketawa. Dia bercekak pinggang sambil merenung lukisan itu. ‘Just wonderful’ bisik hatinya sambil tersenyum.
“Umairah.” panggil Luqman. Muka Umairah berubah menjadi tidak berperasaan. Luqman merenung jauh ke dalam anak mata Umairah.
“Why?” tanya Umairah. Dia berpeluk tubuh. Nafas dihela bagi meredakan perasaan riangnya.
“Siapa tadi?” soalan dibalas dengan soalan.
“A friend. Why you need to know?”
“Because I’m your fiancée. I need to know about you. Everything about you.”
“None of your business.” Umairah ingin melangkah ke ruang tamu tetapi lengannya disambar oleh Luqman.
“Let my hand off!” bisik Umairah sambil memandang tepat ke dalam mata Luqman.
“Who’s that person? Or should I call him ‘ that guy’?” bisik Luqman. Umairah membulatkan matanya tanpa disedari. Luqman melepaskan cengkamannya. ‘Enough! That eyes and her silence mean everything!’. Luqman meninggalkan Umairah yang tergaman di dapur.
………………………………………………………………………………………………………
“Maira!” panggil Vincent dari seberang jalan. Umairah melambai ke arahnya sebelum melangkah masuk ke dalam butik. Vincent menahan sebuah kereta sebelum mengikut langkah Umairah.
“Hi Vince.” Sapa Umairah sambil mengambil jaket berbulu bewarna coklat. Dia memeriksa kot itu.
“How can I help you, Mr. and Ms. Tan?” tanya seorang pekerja butik. Vincent dan Umairah tergelak.
“I’m just his friend. I want to buy a fur coat and some other thing.”
“How about the one that you’r holding? Is it nice?”
“It is but I want a black one.”
“I’m sure we have a black coat in the same design. How about you Mr. Tan? Do you need something?”
“A black suit, a black shirt and a red tie. And also a black loafer.” Pekerja itu beredar seketika sebelum kembali dengan seorang lelaki yang beruniform lengkap.
“Mr. Tan, this guy will help you.” kata pekerja yang mempunyai tag nama ‘Annie’ pada kiri baju.
“Eric, please follow me now.” arah Vincent.
“Maira, I see you in a few moments later here. Okay?” tanya Vincent. Umairah mengangguk. Dia melangkah ke rak-rak sut diikuti oleh derapan kaki Eric. Umairah mengikut langkah Annie ke rak-rak kot.
………………………………………………………………………………………………………
“Tak penat ke pakai kasut itu?” tanya Vincent sambil menyudu kek cawan yang hampir sebesar satu kaki.
“Huh?” Umairah menjungkitkan keningnya sambil dia menyudu kek cawan coklat yang sama.
“High heels ankle boots?” Umairah memandang but yang dipakainya. Vincent tergelak.
“Tak. Dah biasa. Tapi kekadang lenguh juga. I have a flat sandal in my car.”
“Tired?” tanya Vincent.
“Just a bit. Vince, do you recognize this necklace?” Umairah menghulurkan sebuah kotak baldu bewarna merah terang. Vincent mengambil. Seuntai kalung dilihat tenang berada dalam kotak itu. Serta merta Vincent meyentuh loket logam berbentuk sebelah hati bewarna merah. Umairah resah menunggu reaksi Vincent.
“Is this yours, Maira?” tanya Vincent.
“Yup, Vince.”
“Lovely. Who gave this?” Dush! Umairah bagai merasakan satu tumbukan hinggap pada pipinya. Dia mengelengkan kepala tanpa disedari.
“Umairah.” panggil suatu suara. Umairah menoleh ke belakang. Hatinya terasa tidak berdegup kerana terlalu terkejut. Hajah Zuraidah tenang berdiri di samping Laila, Liyana dan…………… . Luqman!
………………………………………………………………………………………………………
“Kalau ya pun awak nak berkasih dengan lelaki Cina itu, tolong jangan buat di hadapan umi!” Luqman memberikan amaran keras kepada Umairah. Umairah bangkit dari bangku di taman.
“Saya tidak bercinta dengan dia! Dia cuma kawan saya. That’s all!” bentak Umairah.
“Saya tak tahu apa salah saya tapi tolong jangan buat macam itu lagi. Awak mungkin fikir yang itu perkara biasa tapi tidak bagi umi. Dia tak faham kenapa dua orang kawan yang berlainan jantina boleh bergelak ketawa sambil makan kek cawan yang sama. Orang lain mungkin akan fikir yang awak berdua bercinta.”
“Semuanya salah awak!” marah Umairah.
“Hah? Salah saya? Bukannya saya yang bermain cinta di hadapan bakal ibu mertua saya!” balas Luqman. Dia duduk bagi menenangkan perasaan marahnya.
“Dan bukannya saya yang menghancurkan hati tunang saya empat belas tahun yang lalu!” jerit Umairah. Air mata yang ditahan selama ini jatuh berderai. Luqman tergaman. ‘Empat belas tahun yang lalu? Tapi aku baru berjumpa dengan dia lebih kurang sedekad yang lalu.’
“I met you at library around ten years ago. That was the first time we met.”
“Wrong! I was a student at SM Seri Bestari II! Idiot.” kata Umairah.
“I used to had a crush on you but you just ignore it. While I was crying badly, you were in love with Emily Rosmaizura. What a great fiancée I have! It sounds crazy but I used to admire you. For all this years, I thought that you know who I am but I was wrong. You never ever thought that I am Tasya.” Luqman terkedu seketika.
“Tasya? Natasya Razak?” tanya Luqman. Dia meraup wajahnya beberapa kali.
“Nurul Umairah Natasya binti Abdul Razak.” Umairah menjawab.
“Umairah, I ….” kata-kata Luqman terhenti.
“Stop. I don’t want to talk about this anymore. I want to go home.” Umairah menyeka air mata yang masih bersisa. Dia melangkah perlahan tetapi langkahnya terhenti.
“Can you give me a chance to heal the wounds?” tanya Luqman. Umaira menoleh ke belakang. Lama dia merenung jauh ke dalam mata Luqman. Mencari keihklasan dan kebenaran di sebalik kata-katanya. Kosong. Tiada apa-apa yang dapat Umairah singkapkan.
“You have it now” ujar Umairah sambil terus berjalan. Luqman mengikut langkahnya dengan perasaan yang hiba.
………………………………………………………………………………………………………
 “Teet!” telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Umairah meletakkan berus di tepi lalu mengambil telefon bimbit di atas meja solek. Dia mengelap tangan yang penuh dengan contengan warna pada baju.
Luqman - jom keluar?
“Huh?” Umairah terkejut. Selama ini belum pernah dia keluar dengan jurutera seorang ini. Umar panggil Luqman ‘jurutera gila’ (mad engineer, ala-ala mad scientist) sebab selalu sibuk mengalahkan Umairah yang bekerja hampir 20 jam sehari.
Umairah - ke mana?
Luqman - anywhere?
Umairah - pukul?
Luqman - now?
     ‘Aku tanya, dia balas dengan pertanyaan. Apakah…?’Umairah keluar ke balkoni. Dia tergaman apabila melihat Luqman sedang bersandar pada balkoni sambil memandang tepat ke arahnya. Senyuman nipis terukir di bibir jejaka itu. Walaupun masih terdapat sebuah balkoni di antara mereka, Umairah merasakan dia terlalu dekat dengan Luqman.
“Now?” pertanyaan Umairah memecahkan kesepian antara mereka berdua.
“Yup.” Luqman menjawab. Kesepian mengundang mereka berdua sekali lagi. ‘Erk…Nak cakap apa lagi?’ getus hati Umairah. Dia mula bermain-main dengan jari-jemarinya. Dadanya terasa berdebar-debar.
“Pergilah bersiap.” arah Luqman.
“Oh.. Okey.” Umairah segera masuk ke dalam biliknya. Dia menutup pintu gelungsur yang menghala ke balkoni. Tangannya dilekapkan di dada. ‘What was that heartbeat for?!’
………………………………………………………………………………………………………
“Okey tak?” tanya Umairah kepada Sarah dan Maria yang sedang membaca buku Harun Yahya. Maria yang sedang khusyuk membaca ‘The Miracle in The Cell Membrane’ mengangkat kepalanya. Keningnya bertaut apabila melihat penampilan Umairah.
“Kenapa seluar nampak macam ketat?” tanya dia. Sarah meletakkan buku ‘The Human Miracle’ di tepi katil. Dia berkongsi bilik dengan Maria kerana Hajah Zuraidah tinggal di biliknya iaitu antara bilik Umairah dan Luqman. Blik Laila dan Liyana pula berada di tingkat satu beserta stor.
“Ketat ke?”
“Yup. Tapi kenapa pakai macam nak pergi keluar dengan Julian dan Martha?”
“Huh? You mean?”
“It’s a bit weird for a person to have a dinner with her fiancée with a blue long loose shirt, a black cardigan and a trousers.” jelas Sarah.
“So, what should I wear?” Maria dan Sarah tersenyum memandang Umairah.
………………………………………………………………………………………………………
“Biar betul.” kata Umairah. Dia memandang pakaiannya.
“Why? It looks nice. A fur brown coat with a black loose knee dress and a pair of dark jeans with a high heel ankle boots. Also don’t forget a leopard print shawl.” puji Maria. Dia memperkemaskan tudung Umairah.
“Kenapa Kak Maira tak pernah guna alat-alat solek ini? Banyak baju-baju yang cantik dalam wardrobe tapi kenapa Sarah jarang tengok Kak Maira pakai? Asyik-asyik T-shirt dengan seluar jeans. Ni ada baju-baju jenama Burberry, Lacoste, Gucci, Max Mara. Gaun labuh pun ada. Cantik lagi.” puji Sarah sambil membelek setiap  helaian baju Umairah.
“I am an artist. Kalau pakai baju mahal, nanti cat kena pada baju. Baik pakai baju murah.”
“Done!” jerit Maria setelah siap mengoleskan gincu merah jambu pada bibir Umairah. Mereka bertiga turun ke ruang tamu di mana Luqman setia menunggu Umairah. Mata Luqman sedikit membulat di sebalik cermin mata apabila melihat Umairah.
“Shall we?” tanya Umairah. Laila dan Liyana yang berada di tepi Luqman berbalas senyuman.
“Sure.” Luqman bersalam dengan Hajah Zuraidah sebelum melangkah keluar. Umairah, Laila dan Liyana bersalam dengan Maria, Sarah dan Hajah Zuraidah.
………………………………………………………………………………………………………
‘Lama lagi ke?’ getus hati Umairah. Dia melempar pandangan ke luar tingkap. Sesekali dia mengerling ke arah Luqman yang sedang memandu di depan. Dia tahu yang sesekali Luqman curi-curi memandang dia.
“Along, kita nak pergi mana ni? Lamanya. Yana dah lapar.” rengek Liyana yang berusia enam belas tahun sambil mencebik. Luqman tersenyum sambil mengerling ke arah Umairah di belakang.
“Sudah-sudahlah tengok Kak Umairah. Tak mungkin dia akan lesap dari kereta ini.” tegur Laila yang sedang menaip kekunci di telefon bimbitnya. ‘Kantoi!’ Luqman tersengih.
“Kita nak pergi ke Manchester.” jawab Luqman. Umairah terus berpaling ke arahnya. ‘Jauh!’
“Dua jam lagi.” balas Liyana. Dia berpeluk tubuh.
“Kita nak pergi makan kat Zouk Restaurant.” ujar Luqman. Liyana dan Laila menjerit kegirangan.
“Yeay! Boleh makan Chocolate Mouses Box dan Zouk Ocean Platter!” kata Laila yang baru menamatkan persekolahannya tahun lepas.
“ Dan jangan lupa,…” kata-kata Liyana disambung oleh Luqman dan Laila serta dirinya.
“King Prawn Karahi and Gwadri Khas!” Umairah tertawa.
………………………………………………………………………………………………………
“Have a seat please.” kata seorang pelayan. Dia menyerahkan menu kepada Umairah, Luqman, Liyana dan Laila. Umairah mengambil tempat duduk di sofa. Laila berada di sebelahnya, manakala Luqman duduk di hadapannya. Sofa yang berbentuk separuh bulat menambahkan cirri-ciri elegan pada restoran itu.
    Umairah memandang sekeliling. Dia tidak tahu hendak memilih menu jadi dia menyerahkan semuanya bulat-bulat kepada anak-anak Haji Abdul Majid. Pandangan dilemparkan pada sepasang warga tua beragama Islam yang makan tidak jauh daripada mereka berempat. Si suami yang mungkin berusia 70-an menyuapkan sup kepada si isteri yang muda sedikit daripadanya. Mungkin 60-an.
    Umairah terasa sebak. Dia tersenyum apabila si suami mengelap sisa makanan pada pipi si isteri. Si isteri pula tersenyum manis kepada si suami. Dia mengenggam tangan suaminya. Kali ini, dia pula yang menyuapkan makanan kepada suaminya.
“Kak Maira, cukuplah pandang mereka. Pandang along pula. Nanti along merajuk susah nak pujuk.” Liyana berkata sambil menyerahkan menu kepada Umairah. Umairah menolak.
“Tak perlah. Kak Maira tak tahu nak makan apa. Yanalah yang pilih untuk Kak Maira.”
“Umairah…” panggil Luqman. Terkejut Umairah dibuatnya.
“Pilihlah. Nanti boleh awak bawa girlfriends and boyfriends awak ke sini.” Luqman berkata tanpa sebarang riak pada wajah. Dia memerhati setiap menu. Umairah tahu yang Luqman menyindir dia. Tangannya mencapai menu semula.
“Can I take your orders?” tanya pelayan itu.
“I want King Prawns.” pesan Laila.
“I choose Houmus.” ujar Liyana. Umairah termangu-mangu.
“Chicken Imlee!” pesan Umairah dan Luqman serentak. Mata Luqman membulat di sebalik cermin mata manakala mulut Umairah sudah ternganga.
“No comment.” kata Liyana disusuli oleh gelak tawa Laila.
“Okay. Then, the main dish are?” kata pelayan itu sambil mencatat sedikit.
“Butter Chicken.”
“Chicken Korma.”
“Sindhi Biriyani.” Luqman mengangkat kepala dari menu apabila terdengar Umairah bersuara. ‘Woow. Nice choice.’
“Chicken Handi, please.” pesan Luqman. Tiba-tiba Luqman menghadiahkan senyuman kepada Umairah. Umairah terpana.
………………………………………………………………………………………………………
“Sejuk?” tanya Luqman. Umairah mengeleng walaupun sebenarnya dia berasa agak sejuk. Liyana dan Laila lena tertidur.
“Dulu kelas mana?” tanya Luqman. Umairah yang melemparkan pandangannya ke luar tingkap menoleh.
“Bila?”
“Empat belas tahun yang lalu.” jawab Luqman. Stereng kereta dipegang kemas.
“2 Ibnu Khawarizmi.” Dussh! Luqman terasa bagaikan menerima satu tamparan yang hebat. Dulu, dia yang menjaga kelas itu. Dia masih ingat lagi Syazwan, ketua kelas yang banyak mulut tapi baik hati. Suhaila, mukanya seiras Laila dan Nadya, gadis yang pernah menang pingat emas peringkat negeri dalam lari pecut 100 meter.
“I see.” balas Luqman. Keadaan menjadi sepi seketika. Umairah mengeluarkan telefon bimbitnya. Vincent menghantar empat mesej kepadanya. Umairah tersenyum seketika tanpa menyedari bahawa Luqman sedang memerhatikannya.
Vincent – Where r u?
Vincent – Maira, cn we meet?
Vincent – Maira, I hv sumting to tell u.
Vincent – R u thre? Pliz…
Umairah – I’m on my way back from Manchester. why is it?
“Umairah?” panggil Luqman. Umairah mengangkat kepalanya.
“Ya. Kenapa?” tanya dia.
“Are you in love with that Chinese guy?” Muka Umairah menjadi merah.
“Why’re you asking me like that?” balas Umairah.
“If it’s true, then I don’t want to be a burden to you.”
“Luqman, I …..”
“No need to worry. I’m not blaming you.” balas Luqman. Keretanya dihentikan di hadapan rumah Umairah.
“Let’s just break this engagement.” ujar Luqman. Tangannya kemas memegang stereng kereta. Terasa pedih di hati. Namun, segalanya dibiarkan pergi oleh dingin bayu bulan November itu. Umairah mendiamkan diri. Hatinya mula bercelaru. Hendak dinafikan, bagaikan menghempap batu besar ke muka sendiri. Hendak diiyakan, bagaikan menikam pedang ke badan sendiri. Maka dia diam.
………………………………………………………………………………………………………
    Kerongsang pada tudungnya dibuka lalu diletakkan dalam kotak kecil. Tudungnya dilurutkan perlahan-lahan. Kot yang tebal dibuka. Gaun yang labuh ditanggalkan lalu diganti dengan baju lengan panjang serta seluar paras lutut bewarna hitam. Rambutnya yang lurus diikat satu. Telinganya disumbat dengan earphone.

Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung 
ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
    Umairah bangun dari kerusinya. Dia berfikir sejenak. ‘Bersujud? Tapi benarkah? Betulkah?’ getus hatinya. Dia duduk semula. Telefon bimbit diambil dari beg tangannya. Digenggam erat bagaikan seorang kanak-kanak yang tidak mahu ais krimnya diambil.
“Pasti.” satu perkataan terpacul dari bibirnya dan matanya mula berkaca.
………………………………………………………………………………………………………
   Umairah menarik nafas lega. Barang-barangnya sudah siap dikemaskan. Matanya tertancap pada gambar raya lima tahun tahun lepas, ketika dia masih Nurul Umairah Natasya, gadis biasa yang suka melukis dan bukan Rasya, pelukis yang menempa nama di persada antarabangsa dalam masa yang amat singkat. Tiga tahun tujuh bulan Ya, dia amat terhutang budi dengan Martha dan Julian. Atas jasa baik mereka berdua, dia dapat menjadi Rasya yang terkenal.
   Kemudian matanya menangkap gambar Martha, Julian dan dia di Malaysia. Martha sanggup pergi ke Malaysia semata-mata untuk meminta izin Encik Abdul Razak. Umairah tersenyum. Dia lupa seketika. Martha bukannya Martha Andrewson yang dulu. Julian pun bukan Julian Alexander Andrewson yang dulu. Mereka ialah Mariam Martha Andrewson binti Abdullah dan Iskandar Zulkarnain Andrewson binti Abdullah.
   Dan sekarang, Umairah akan pergi menunaikan umrah buat kali pertama bersama mereka berdua. Terasa bagaikan sekejap saja masa berlalu. Tiga bulan yang lalu, dia tekad untuk menunaikan umrah. Dua minggu lagi, dia akan berangkat ke sana bersama Mariam dan Iskandar. Bonda,ayah dan Umar juga akan berangkat ke sana. Matanya dipejamkan lalu gambar keluarganya diambil. Dibawa ke dadanya lalu dipeluk erat.
“Let’s just break this engagement.” terngiang-ngiang kata-kata Luqman. Seraya itu, air matanya mengalir. Bulan lepas, pertunangannya diputuskan. Bonda menyalahkan dia sepenuhnya. Air mata diseka dengan pantas. Dan Vincent yang tidak mengetahui apa-apa yang berlaku melayan dia seperti seorang yang amat istimewa. Lalu, apakah yang perlu dia katakan?
………………………………………………………………………………………………………
“Rasya.” panggil Mariam dengan lembut. Umairah bersalam dan mengucup tangan wanita itu. Hatinya terasa tenang apabila melihat wajah Mariam yang manis memakai tudung labuh bewarna kuning lembut.
“Why?” tanya Umairah. Dia mempersilakan Mariam duduk.
“Why you look sad? What happen, love?” tanya Mariam.
“Nothing. I just feel grateful for been invited to Baitullah”
 “I see. Listen, I just recite a verse just a moment ago.” lalu Mariam membuka dan membacakannya.
‘ In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful ( Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyanyang ).
By the white forenoon ( Demi waktu Duha(ketika matahari naik sepenggalah) ),
And the brooding night ( dan demi malam apabila telah sunyi ),
Your Lord has neither forsaken you nor does He hate you( Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dam tidak (pula) membencimu ),
And surely the life to come will be better for you than this present life ( Dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan ),
And certainly your Lord will be bounteous to you and you will be satisfied ( Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberi karunia-Nya kepadamu, sehinggalah engkau menjadi puas ),
Did He not find you an orphan and give you a shelter? ( Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu ),
Did He not find you in error and guide you? ( Dan Dia mendapatimu sebagai seorang bingung, lalu dia memberikan petunjuk ),
Did He not find you in poor and enrich you? ( Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan ),
Therefore do not wrong the orphan ( Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang ),
Nor chide away the beggar ( Dan terhadap orang yang meminta-minta, jangalah enkau mengherdik(nya) ),
But proclaim the goodness of your Lord ( Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan(dengan bersyukur)  ).
   Air mata Umairah yang ditahan akhirnya jatuh bercucuran.
………………………………………………………………………………………………………
     Tangannya mengambil Al-Quran di atas rak. Kakinya diatur ke Mariam yang sedang solat hajat. Dia duduk di sebelah Mariam lalu dibuka Al-Quran. Matanya tertancap pada satu ayat.
“Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ya Tuhanku! Janganlah engkau biarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah sebaik-baiknya pewaris.” –Al-Anbi’:89-
     Umairah tersenyum nipis. ‘Maha Suci Allah yang mengetahui isi hatiku, maka Engkau tenangkanlah hatiku ini agar aku dapat menangani hati ini. Amin.’
………………………………………………………………………………………………………
“Bonda, apa perasaan bonda bila tengok Kaabah?” tanya Umairah. Puan Rozana menoleh.
“Rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah, bonda masih sempat menerima jemputan ke Baitullah.”
“True….” kata-kata Umairah dipotong.
“Tapi bonda tak tahu bonda sempat melihat kakak bernikah. Apatah lagi, menimang cucu.” kata Puan Rozana dengan penuh kesal. Umairah terdiam. Dia memandang Kaabah di hadapan matanya. Selama ini, dia hanya sempat melihat dalam media massa. Rasa sebak mengundang. Amalannya selama ini? Belum tentu cukup untuk melangkah ke syurga. Dia teringat cerita yang disampaikan Ustazah Mawardah.
“Ada seorang hamba Allah ini yang beribadat selama hampir 500 tahun. Semua amal ibadat dia buat. Tak pernah tinggal. Apabila dia dihisab, Allah bertanya kepada dia “Kamu mahu masuk ke syurga dengan keredhaanKu atau dengan amal ibadatmu?”. Lelaki itu menjawab “Dengan amal ibadatku”. Lalu Allah menyuruh malaikat memasukkan dia ke dalam neraka. Kenapa? Kerana amal ibadat yang dia lakukan selama ini hanya cukup untuk sebelah biji matanya sahaja.”
     Umairah menitiskan air mata. ‘Amal ibadatku? Aku tidak pasti akan hidup selama 500 tahun. Aku juga tidak beribadat sepanjang masa. Kemungkinan juga solat aku tidak sah. Kemungkinan juga wuduk aku tidak sempurna.’
“Ya Allah! Catatlah pahala untukku di sisi-mu dan hapuskanlah dosaku. Jadikanlah (pahala) sebagai simpanan untukku dan terimalah amalku sebagaimana Engkau menerima amal hambaMu Daud.”(Hadis riwayat Tirmizi dan Hakim)
    Sebaik saja selesai berdoa, Umairah terus memeluk Puan Rozana. Puan Rozana yang terpinga-pinga, menyedari esakan halus anak perempuannya. Kepala Umairah yang dilitupi baju sembahyang diusap lembut.
“Bonda, kakak minta maaf. Selama ini, kakak dah banyak sakitkan hati bonda. Kakak selalu buat bonda sedih. Kakak minta maaf bonda.” ujar Umairah sambil mencium tangan Puan Rozana.
 “Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara alam semesta. Pujian yang menyamai nikmat-Nya dan menandingi fadhilatNya. (Hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah).
     Bibir Puan Rozana segera menuturkan doa tersebut. Dia menarik anak gadisnya ke dalam pelukan yang erat. Tangisan mereka berdua bagaikan dalam satu melodi halus.
“Anak bonda. Bonda dah lama maafkan. Bonda sayang kakak. Bonda ada seorang saja anak perempuan dan bonda hanya nak yang terbaik untuk anak bonda. Maafkan bonda jika bonda tersilap.”
“Bonda, bonda tak pernah salah pun. Kakak yang selalu beremosi.” Puan Rozana mengucup dahi anaknya dengan penuh kasih sayang.
“Nurul Umairah Natasya.” panggil seseorang. Umairah menoleh.
……………………………………………………………………………………………………....
“Aaargh!” jerit Vincent. Fail-fail di atas mejanya dihempas ke lantai. Hatinya merasa panas. Umairah menghilangkan diri tanpa sebarang kata. Sudah hampir seminggu dia menjadi seperti ini, bagaikan terkapai-kapai di lautan.
“Vince! What’s wrong?” tanya Rebecca. Dia melangkah dekat. Kelihatan sebotol tequila yang hampir kosong tergolek di bawah meja di depan sofa. Rebecca menelan air liur. ‘This isn’t the right moment.’
“Becky? Why?” tanya Vivienne yang baru menutup pintu kondominium mewah milik ibunya. Dia terkaku sambil memandang Vincent. Walaupun mereka berdua Kirstian, tetapi Edward Tan menegah mereka berdua dari meneguk air kencing syaitan itu.
“Vince, calm down. Let’s have a walk at the balcony.” pujuk Vivienne. Dia menarik lembut tangan abangnya sambil tangan kirinya memberi isyarat kepada Rebecca. Vincent akur dengan permintaan Vivienne. Tangan Rebecca cekap menelefon Victoria.
“Aunt Victoria, emergency.”
“Why, Becky?” tanya Victoria. Dia menurunkan pen di tangan. Cermin matanya ditanggalkan.
“He’s drunk. Again.”
………………………………………………………………………………………………………
“Home sweet home.” ujar Umairah. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Langsir yang beralun bewarna hijau muda disentuh lembut. Umairah melangkah ke katilnya. Dia berbaring sambil memandang siling. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Lantas, tubuhnya bangun dan bergerak ke almari. Gitar pemberian Vincent dikeluarkan.
    Tangannya menari di atas tali gitar. Terasa aneh. Barangkali kerana sudah lama dia tidak bermain gitar. Dia menyentuh ‘les roses rose’ yang ditulis oleh Vincent. Bibirnya mengukir senyuman.
“I choose those word because for me you’r the pink roses. Very lovely. Very nice. Just perfect.” tiba-tiba, kata-kata Vincent bagaikan terngiang-ngiang di telinganya. Spontan, air matanya menitis. Umairah menyeka dengan tangan sambil tersenyum.
“Dah jadi ratu air mata dah, kak?” perli Umar. Umairah menjelirkan lidahnya. Adiknya sekarang bukan adik kecil yang suka mengintai Intan Nur Suzana. Adiknya sekarang adalah lelaki yang mejadi kekasih kepada Intan Nur Suzana. Well, it’s work out actually.
“Nebeng.” kata Umairah. Umar terlopong.
“Apakah? Tak faham adik.” Umairah tergelak. Nasiblah serumah dengan Sarah dan Maria. Seorang anak jati Marang. Seorang lagi anak jati Kuala Terengganu. Sekali mereka bertelingkah, habis keluar semua loghat Terengganu.
“Biarkan.” balas Umairah. Dia meletakkan semula gitarnya.
“Jom pergi turun bawah.” sambung Umairah sambil menutup pintu biliknya.
………………………………………………………………………………………………………
“Abang.” panggil Puan Rozana. Encik Abdul Razak menoleh.
“Kenapa, Na?” tanya Encik Abdul Razak. Puan Rozana mengeluh sebelum mengambil tempat di sebelah suaminya.
“Na risau pasal kakak. Nak kata dia sedih, macam tak. Nak kata dia suka, pun tak. Kakak macam terima saja. Langsung tiada apa-apa perasaan.”
“Biarkan.” kata Encik Abdul Razak lantas tersenyum.
“Atau, dia memang tak suka Luqman, bang? Kita paksa dia sangat ke? Atau dia dah patah hati?”
“Na, kakak okey jer. Na jangan risau sangat.”
“Mana tak risaunya, bang. Kita ada seorang anak perempuan jer. Kalau jadi apa-apa pada dia, tak ke Na terasa juga? Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Dahlah, dua minggu lagi dia balik ke sana semula. Makin risau Na dibuatnya.” luah Puan Rozana. Dia menonton rancangan masakan Racheal Ray.
“Janganlah risau sangat. Insyaallah, kakak okey saja. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk dia. Dialah racun, dialah penawar kita, Na.”
“Abang nak makan pizza  tak?” tanya Puan Rozana tiba-tiba. Encik Abdul Razak menurunkan sedikit surat khabar yang dibacanya. ‘Rachael Ray lagi. Kalau tak yang berambut hitam ini, yang berambut pendek nama Ina. Tak pun, Giada.’
“Na, letak keju banyak sikit. Abang nak ayam dan cendawan banyak sikit. Biar sedap.” ujar Encik Abdul Razak kepada Puan Rozana yang berlalu ke dapur.
………………………………………………………………………………………………………
    Luqman meraup wajahnya beberapa kali. Bayangan Umairah yang terdiam ketika mendengar permintaannya untuk memutuskan pertunangan mereka bagaikan berlegar-legar di mindanya. Pen diletakkan di atas meja. Dia berjalan ke arah balkoni kondomiumnya. Udara segar dihirup sedalam-dalamnya.
“Along pasti ke?” tanya Hajah Zuraidah. Haji Abdul Majid merenung Luqman.
“Along pasti, umi.”
“Tapi kenapa, along? Hari itu, umi tengok along dengan Umairah okey saja. Alih-alih, pulang ke Malaysia, nak putus. Kenapa ini, along? Apa yang berlaku sebenarnya?” tanya Hajah Zuraidah lagi.
“Along minta maaf, umi, abah.”
“Ini semua sebab lelaki Cina itu ke, along?”
“Tak, abah. Along tak mampu hidup dengan Umairah dan along tahu Umairah juga tak mampu. Daripada jadi perkara yang tak baik di kemudian hari, baiklah along putuskan sekarang.”
“Along masih rindukan Emily?” tanya Haji Abdul Majid. Luqman mengangguk.
“Dia terlalu istimewa bagi along, abah. Umi, along harap umi faham. Along minta maaf.”
………………………………………………………………………………………………………
    Vincent tersedar daripada tidurnya apabila telefon bimbitnya berdering. Dia mengenyeh mata beberapa kali sebelum mencapai tuala lalu mandi. Kemeja bewarna biru tua serta sepasang kot hitam disarungkan. Kakinya segera melangkah ke pintu sambil megambil beg bimbit.
“Good morning, Mr. Tan.” sapa seorang wanita tua yang lalu.
“Good morning, Mrs. Artkinson.” balas Vincent. Dia mengambil lif lalu turun dan mengambil keretanya. Kereta itu meluncur laju ke kafe tidak jauh dari situ.
………………………………………………………………………………………………………
“Hey, Vincent!” panggil seorang lelaki berambut perang. Vincent menoleh.
“It’s me, Richard. Your former classmate, remember? Or you changed your name? Maybe Muhammad Adam binti Abdullah, Umairah’s favourite name?” duga Richard sambil ketawa. Vincent mengeleng perlahan sebelum menceritakan perkara sebenar.
“I’m so sorry to hear that. I didn’t mean to hurt you, man.”
“Honey.” panggil seorang wanita berbangsa Inggeris. Richard bangun sambil menghulurkan kadnya.
“Let’s keep in touch then. See you soon.” ujar Richard sebelum beredar. Vincent meneguk air kopi sebelum memandang semula kad Richard. “Muhammad Adam binti Abdullah? What does that mean?”
………………………………………………………………………………………………………
“Assalamualaikum.” ucap Umairah lalu duduk. Dia tersengih. Intan mencucuk pinggang Umairah hinggakan dia hampir-hampir menjerit.
“Pandainya kau. Pukul dua, kau kata kau nak sampai dah. Tapi, dekat pukul tiga baru kau muncul.” marah Intan. Umairah tersengih lalu mengambil tempat di sebelah Intan.
“Janganlah marah-marah, mommy. Kesianlah kepada baby dalam perut.”
“Pandainya kau, Maira. Aku ni ibu bukan mommy.”
“Tapi kau panggil mak kau ‘mommy’ kan? Aku ingatkan kau mewarisi pangkat mommy tadi.”
“Kau…” ujar Intan sambil membulatkan matanya. ‘Aku yang susah hati tentang dia yang putus tunang, tapi dia selamba badak air jer.’
“Hey.” sapa Maysara. Dia meletakkan begnya lalu bersalam dengan Intan dan Umairah.
“Lama  tak nampak muka kau di Malaysia. Kau datang bercuti ke pindah terus?”
“Rehat sebentar bersama Kit-Kat. Aku datang nak enjoy-enjoy sebelum balik ke sana dan bekerja keras semula.” Maysara mengangkat kening kepada Intan. Intan membalas dengan gelengan.
“Sara, Intan, kenapa dengan korang ni? Tak faham aku.” kata Umairah. Dia menyedut air coklat sejuk. Scrumptious…
“Kau okey tak?” tanya Maysara.
“Aku okey jerlah. Yang korang ni risau sangat kenapa?” tanya Umairah.
“Yerlah. Senior Luqman kan first love kau. Kitorang takut kau terpatah hati  je.” jawab Intan.
“Taklah. Aku pun malas layan pasal perkara itu.” balas Umairah. ‘Hati aku dah lama patah. Dah remuk hingga yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan kaca.’
“Kau tak suka dia ke?”
“Entahlah. Aku tak tahu. Bila dia ada, aku jadi berdebar. Tangan aku jadi sejuk sangat. Tapi bila aku dengan Vincent, aku boleh jadi siapa diri aku yang sebenanrya. Aku boleh membebel, merajuk, mengamuk dengan dia. Dengan Luqman, aku jadi macam seorang gadis yang polite yang sangat baik. It’s just not myself.”
“Kau tak berbincang dengan dia?”
“Tak perlu bebrincang. Dia dah putuskan pertunangan kami. Aku pun tak kisah.”
“It’s really hurt right? You might can lie to him but in front of us, is just Maira. An ordinary lady who can do an amazing work.”
“Cukuplah bina tembok itu, Maira. The walls we build around us to keep out sadness also keep out the joy.” kata Intan.
“Jim Rohn.” sampuk Umairah.
“Jangan menyampuk.” marah Intan. Umairah ketawa kerana dia tahu. Dalam marah, ada sayang.
“Okay, guys. Full stop. Maybe macam tiada penyelesaian jer masalah ini, tapi sebenarnya ada.”
“What do you mean?” tanya Maysara.
“I don’t think by marry him is the best for my future and so does his future. I guess that both of us were not meant to be together. Perhaps, people thought that I’m such a an ungrateful person but as far as I know, I’m grateful. Truly grateful.”
“What?” serentak Maysara dan Intan bersuara. Umairah tersenyum lalu menghirup minumannya.
………………………………………………………………………………………………………
“Assalamualaikum.” Umairah yang sedang membelek buku segera mengangkat wajahnya.
“Shall we start now?” tanya dia kepada Mariam dam Iskandar Zulkarnain. Umairah menyerahkan pelbagai jenis buku serta lembaran. Mariam dan Iskandar Zulkarnain memerhati dengan penuh khusyuk.
“Along.” panggil Laila. Luqman yang sedang leka memandang Umairah yang tidak jauh daripadanya tersentak.
“Kenapa?” tanya Luqman. Laila menghulurkan tangan.
“You should work by your own, Laila.”
“I’m just 18.” balas Laila sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh Luqman. Luqman terus memandang wajah yang jelita itu. Dia tersenyum. Teringat pula bagaimana dia mengintai Umairah serta rakan-rakannya semasa Umairah bersedih. Perlahan-lahan, Luqman ketawa pahit. ‘She’s such a strong person.’
………………………………………………………………………………………………………
 Dua tahun tiga bulan kemudian…
     Dia menarik nafas lega sebelum membuka langsir. Tangannya menyentuh lembut cermin kaca yang terasa dingin. Bibirnya mengukirkan senyuman.
“Umairah.” panggil suaminya. Mag air coklat panas yang dihulurkan diambil. Dia menghirup air yang memanaskan tangannya.
“How?” tanya suaminya.
“Delicious as usual. How can you be so good in making warm chocolate?”
“I guess its in my blood.” Umairah mengambil tempat di sebelah suaminya. Dia melentokkan kepala pada bahu suaminya.
“I love winter.” suara Umairah memecahkan kesepian sebentar tadi.
“Why?”
“It’s very calm, cold and lovely.”
“Then, I love winter too.”
“Don’t you said earlier that you love summer?” Umairah mengangkat kepala dan memandang suaminya.
“I changed my mind just now. I love winter because winter is just like my wife. Very calm, cool and lovely.” ujar Iskandar Zulkarnain. Dia memegang dagu Umairah membuatkan isterinya tersenyum.
“Why you’r looking at me like that? Is there anything at my teeth or face?”
“Nothing. You’r just fantastic, my dear.”
………………………………………………………………………………………………………
    Umairah memejamkan matanya buat seketika. Dia mengambil semula berus cat. Ketika hujung berus itu menyentuh kanvasnya, sekali lagi dia mengeleng berkali-kali. ‘Vincent’. Sekali lagi, hatinya menyebut nama Vincent. Umairah menarik nafas sedalam mungkin. Dia meletakkan berusnya semula.
“Hati, kenapa?” ujar dia sendirian.
“I choose those word because for me you’r the pink roses. Very lovely. Very nice. Just perfect.” Umairah menahan air matanya tatkala kata-kata Vincent terngiang-ngiang di telinganya. Dia segera bangun lalu membuka pintu balkoni. Udara segar dihirup.
“I love my husband and I love you as a best friend. Not more and never ever less.” ucap Umairah.
………………………………………………………………………………………………………
“Umairah? Umairah Natasya?” panggil seorang jejaka yang tinggi. Umairah yang sedang memilih kurma mendongak. Mulutnya terlopong. Beberapa biji kurma yang dipegangnya jatuh dan bergolek ke arah lelaki itu.
“Vincent?” panggil Umairah ketika Vincent tunduk untuk mengambil kurma tersebut. Dia meletakkan semula kurma tersebut.
“Ya, Hassan. Ana asif.” kata Vincent. Penjual yang dipanggil Hassan itu tersenyum lalu mengangguk.
“Kaifa haluki, ya Umairah Natasya?” tanya Vicent. Umairah yang terpinga-pinga bagaikan baru tersedar lantas menutup mulutnya. Tidak manis bagi wanita sepertinya untuk melopong di hadapan seorang lelaki yang bukan muhrimnya. Terutamanya pada bulan puasa ini.
“What?”
“Comment allez-vous?” tanya Vincent semula.
“Je vais bien.” jawab Umairah. Dia meneliti pemakaian Vincent. Misai dan jambang pendek yang disimpan kemas, baju kot bewarna hitam, baju kemeja bewarna hijau muda.
“I heard that you’r married, Umairah.”
“Yes, I am.” Umairah menyerahkan plastik kurma kepada penjual.
“May I know who’s that lucky person?” Vincent memilih buah aprikot kering sementara Umairah mengambil plastik untuk membeli kismis.
“Umairah.” panggil Iskandar Zulkarnain. Umairah mengukirkan senyuman yang paling manis.
“This is my childhood friend and one of my best friend, Vincent Tan.” Umairah memperkenalkan Vincent kepada Iskandar Zulkarnain. Mereka berdua bersalam.
“Iskandar Zulkarnain Andrewson bin Abdullah, Umairah’s husband.”
“Muhammad Adam bin Abdullah, her childhood friend.” Umairah terkejut.
“How did you…? When did you…?”
“I embraced Islam about half year ago. Hassan and his brothers helped me a lot.”
“Alhamdulillah.” tutur Umairah. Iskandar Zulkarnain memandang Umairah. ‘No wonder she love all her friends a lot. They are truly amazing.’
“I found my old diary. I never thought that Vivienne and my mother kept it away from me. They afraid that I will left them. As for my father, he just accept it, because he’s also in his way to Islam.” Muhammad Adam mengambil buah aprikot kering dari timbangan lalu menghulurkan wang.
“Welcome to Islam, my friend.” kata Iskandar Zulkarnain lalu menepuk bahu Muhammad Adam. Iskandar Zulkarnain dan Umairah menjemput Muhammad Adam ke rumahnya untuk berbuka puasa.
“Is he the first?” tanya Iskandar Zulkarnain ketika mereka berdua berada dalam kereta.
“Yes. Remember the story that I told you before?”
“Sure, I do remember.”
“I thought that when I see him, I will be like awkward or something. But actually, what I feel are…”
“Are you fallen in love with him?” tanya Iskandar Zulkarnain.
“No, I’m not. I’m falling in love only with my husband.” Iskandar Zulkarnain tertawa.
“What I’m trying to say is that, I feel happy for him. I feel glad to see that he is on the right path. I feel like relieved because all of this while, I never told him about his intention before he lost his memories. And, deep in my heart, I feel sinful for that.”
“Don’t blame yourself, honey. And, don’t blame the faith. Everything happen for reasons. Its depends on us whether we know it or we understand it.”
“Isn’t know and understand is a same thing?”
“Not exactly. You know but soon, you will forget. You understand and soon, you will remember.”
“You’r right. I’m lucky to have you as my zawji.” Umairah tersenyum.
“What?” Iskandar Zulkarnain yang sedang memandu memalingkan mukanya kepada Umairah.
“Honey, please stay focus on your driving.”
“What did you said just now?”
“Erm. I told you to stay focus.”
“Not that one. The first word in the same sentence.”
“Erk?”
“It start with ‘h’, right?”
“You already heard it. So, I don’t need to say it once again.” Umairah mula malu. Pipinya yang putih mula menjadi kemerah-merahan.
“Someone is blushing?” perli Iskandar Zulkarnain.
“Ya Allah, you…” Umairah mengetap bibirnya menahan rasa malu yang semakin menjalar ketika melihat Iskandar Zulkarnain tergelak setelah mengenakannya.
………………………………………………………………………………………………………
“Assalamualaikum.” Umairah yang terdengar orang memberi salam terus ke ruang legar. Iskandar Zulkarnain memberi isyarat bahawa dia akan membuka pintu. Umairah kembali semula ke dapur dan mengeluarkan pinggan dari rak. Pinggangnya tiba-tiba dicuit.
“Ya Allah. Why?” tanya Umairah.
“Marah?” tanya Iskandar Zulkarnain.
“Tak. I’m just shocked a bit.”
“You look wonderful in this abaya, Umairah. Je t’aime.” bisik Iskandar Zulkarnain pada telinga Umairah sebelum beredar. Umairah tersenyum.
“Kak Maira!” jerit Maria dan Sarah. Kedua-dua orang gadis itu memeluk Umairah.
“Lama tak jumpa Sarah dan Maria. Nadhyra mana? Fasyiha? Nuraina?  Izzati? Aqeela?” tanya Umairah bertubi-tubi. Dia menyuruh orang gajinya untuk menghantar pinggan ke ruang makan.
“Diorang ada di depan. Kami datang ramai-ramai. Ramailah orang yang datang, Kak Maira.”
“Mestilah. Tengoklah suami Kak Maira siapa.” kata Sarah.
“Dahlah tu. Tetamu tak patut berada di sini.” kata Mak Jah.
“Mak Ngah ni. Macam nak halau kami pula.” rajuk Maria. Sarah dan Umairah tergelak.
“Memang Mak Ngah nak halau pun. Yaya jer yang tak sedar.” kata Mak Jah. Maria mencebik.
“Dahlah tu. Pergi duduk depan sana. Nanti Kak Maira pergi.” kata Umairah.
………………………………………………………………………………………………………
     Kakinya menekan pedal minyak. Stereng dipegang kemas. Dalam fikirannya hanya ada satu. Sampai sahaja di hospital, dia terus ke wad.
“Emily!” panggil Luqman. Emily Rosmaizura membuka matanya. Bibirnya yang pucat bagaikan ingin menuturkan sesuatu.
“I’m so sorry.” tutur dia perlahan. Luqman duduk di atas kerusi di sebelah katil Emily Rosmaizura.
“Abang, I’m sorry for our lose. Our baby… I’m truly sorry.” Luqman mengucup dahi Emily. Dia mengenggam erat tangan Emily.
“Its okay, sweetheart. Allah know the best.” Sekali lagi, mata Emily dan Luqman mula berair.
………………………………………………………………………………………………………
     Luqman memandang gambar pernikahannya dengan Emily yang berlangsung lebih setahun yang lalu. Ya, yang menjadi pilihan hatinya masih tetap Emily. Emily Rosmaizura binti Roshaizad yang suka berdikari, tegas, periang dan sentiasa membuatkan dia berasa senang. Pertemuan semula dia dan Emily Rosmaizura tidak dirancang oleh sesiapa melainkan Allah.
“Manalah Lutfan ni.” rungut Luqman. Dia keluar dari keretanya yang diletakkan di tepi dewan sekolah. Kakinya dituju ke padang yang terentang luas. Tiba-tiba sebiji bola tampar hinggap pada belakang kepalanya. Luqman mengaduh kesakitan.
“Eh, sorry, bang. Saya tak sedar tadi.” kata seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua. Kawannya yang lain mengerumuni dia.
“Tak per. Lain kali jangan buat lagi. Silap hari bulan, boleh masuk wad.” pesan Luqman sambil menyerahkan bola tampar kepada pelajar itu.
“Syarifah Nur Zahydah.” panggil seorang guru perempuan. Luqman memandang guru itu sekilas sebelum berjalan ke padang bola.
“Lutfan!” panggil Luqman dengan kuat kepada adiknya yang berada di tengah padang. Lutfan melambai ke arah abangnya sebelum bersalam dengan pemain yang lain.
“Along, kenapa hari ini along yang ambil? Bukan ke Kak Ila yang ambil Fan?” tanya Lutfan. Luqman menjungkitkan bahunya.
“Entahlah. Tiba-tiba umi suruh along ambil. Nasib baik hari ini along habis kerja awal. Kalau tak, Fan kena tunggu sampai pukul tujuhlah.”
“Patutnya umi beri Fan bawa kereta pergi sekolah.”
“Lesen pun tiada, ada hati nak bawa kereta.” peril Luqman. Lutfan mencebik sebelum beredar untuk mengambil beg sekolahnya.
“Encik!” panggil guru tadi. Luqman menoleh.
“Saya minta maaf atas kesilapan pelajar saya.” kata guru tersebut.
“Tak per cikgu. Biasalah budak-budak.” balas Luqman.
“Cikgu Zura, Assalamualaikum.” ucap Lutfan yang tiba dengan beg sekolah di bahu kiri, beg baju di bahu kanan dan buku-buku pelajaran di tangan.
“Ha’ah, Lutfan. Minggu depan, ada pertandingan bola kan?”
“Ya, cikgu. Doakan sekolah kita menang, cikgu.”
“Buatlah yang terbaik, Lutfan.”
“InsyaAllah, cikgu. Saya pergi dulu cikgu. Jom, along.” Luqman menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat sebelum beredar.
“Siapa nama cikgu tadi, Fan?”
“Cikgu Zura. Kenapa along? Nak tackle cikgu Fan ke?”
“Mulut… Nama penuh dia apa?”
“Hah!...” terkejut Luqman apabila Lutfan membuat sergahan sebegitu rupa. “Nama dia macam orang bukan orang Melayu.”
“Huh?”
“Puteri Nur Emily Rosmaizura binti Megat Roshaizad.”
“Hah?!” Mulut Luqman terus terlopong.
………………………………………………………………………………………………………
     Muhammad Adam memegang erat tangan jurunikah itu. Hatinya mula terasa berdebar dan gemuruh.
“Aku nikahkan dikau dengan Syarifah Hanym Zahlya binti Syed Mohd Zahari dengan mas kahwin seratus ringgit tunai.”
“Aku terima nikahnya Syarifah Hanym Zahlya binti Syed Mohd Zahari dengan mas kahwin yang disebut.” Serentak, tangannya digondang dan bagaikan arus elektrik, dia terus menerima nikahnya.
“Sah.”
“Sah.”
“Sah.”
    Dengan sekali lafaz, dia kini menjadi suami kepada Syarifah Hanym Zahlya, gadis berusia 22 tahun serta pelajar jurusan perundangan di University of Westminster, London. Muhammad Adam memandang mata Hanym yang cantik persis gadis Arab. Dia menyarungkan cincin bertatahkan berlian pada jari manis Hanym. Seraya itu, Hanym mengucup tangannya.
“Ana uhibbuki lillahitaala, ya zawjati.” Muhammad Adam membisikkan kalimah cintanya di telinga Hanym.
………………………………………………………………………………………………………
     Alunan piano memenuhi ruang tamu rumahnya. Umairah berjalan ke arah piano hitam yang diletakkan berhadapan balkoni. Dia tersenyum apabila melihat pemain piano tersebut. Iskandar Zulkarnain tersenyum sebelum menarik tangan Umairah agar duduk di sebelahnya. Lagu Kiss The Rain oleh pemain piano terkenal Korea, Yiruma atau nama sebenarnya Lee Ru-Ma, dimainkan semula.
     Umairah memejamkan matanya, menghayati setiap not lagu yang indah itu. Sesekali, dia tersenyum. Tiba-tiba, dia tertawa kecil. Tangannya mengusap lembut perutnya yang mula membukit. Anak-anaknya mula bergerak tika terdengar alunan piano yang dimainkan oleh ayah mereka.
“Mama!” panggil Dian Irdina sambil berlari. Iskandar Zulkarnain segera mendukung anak perempuannya yang berusia dua tahun lebih. Umairah mengesat air mata di pipi Dian Irdina.
“Kenapa ni? Dina mengigau ke?” tanya Umairah sambil meletakkan Dian Irdina di atas pahanya. Dia tertawa apabila Dian Irdina menangis sambil meminta didukung oleh papanya. Umairah menghelakan nafasnya. Dian Irdina binti Iskandar Zulkarnain, dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungan berusia 7 bulan.
     Kerana kemalangan yang hampir meragut nyawanya serta anaknya, parut di dahi serta tangan kirinya masih ada. Umairah memandang ke arah suami serta anaknya yang berada di balkoni. Bukan mudah untuk dia terus berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Bukan mudah, namun itu bukan suatu alasan untuk dia tidak mengambil pengajaran dari masa lampau.
“Honey!” panggil Iskandar Zulkarnain memecahkan lamunan Umairah. Umairah berjalan ke balkoni.
“Sayang.” kata Umairah sambil mencuit pipi Dian Irdina. Dian Irdina memeluk kaki Umairah erat.
“Mama, I want cycle.” rengek Dian Irdina. Umairah memandang Iskandar Zulkarnain, meminta keizinan. Pandangannya dibalas dengan anggukan.
“Okay but first, you must change your cloth immediately.”
“Okay.” balas Dian Irdina lalu berlari-lari ke arah biliknya. Umairah ingin berlalu namun dihalang oleh Iskandar Zulkarnain.
“What?” tanya Umairah.
“Have I told you that I love you today?”
“For sure, yes. About ten times today.” kata Umairah lalu berlalu. Sebelum dia melangkah, dia sempat berbisik kepada Iskandar Zulkarnain.
“I love you once. I love you twice. I love you more than beans and rice.”
………………………………………………………………………………………………………
“Umairah.” panggil Intan sambil mendukung anak keduanya yang berusia setahun.
“Intan, lama tak jumpa. How’s your life?” Umairah menyuap makanan kepada Amira Khairina dan Amir Khairani, anak kembarnya yang berusia tujuh bulan. Dia memegang Amira sementara Nanny Sofia memegang Amir.
“Okey jer. Kau pula macam mana? Sejak kahwin dengan English guy itu, lama kau tak balik Malaysia eh?”
“Aku balik kadang-kadang. Takkanlah aku nak tinggalkan cik abang aku lama-lama kat sana.”
“Orang sayang suamilah katakan.” celah Huda. Dia duduk di sebelah Intan. Perjumpaan semula dengan rakan-rakan sesekolah banyak diisi dengan cerita tentang kehidupan.
“Mana tak sayang kalau kacak macam tu?” kata Maysara.
“Korang ni.” ujar Umairah.
“Maira?” panggil Maysara.
“Yup. Kenapa?”
“Kenapa kau pilih Iskandar Zulkarnain dan bukan Vincent atau Senior Luqman?” tanya Maysara.
“Betul.” kata Intan dan Huda serentak.
“Bukan dulu kau tolak lamaran dia ke? Banyak kali pula tu.” ucap Intan. Umairah tersenyum sambil memandang anak-anaknya. Dian Irdina sibuk makan nasi lemak dengan papanya. Amir dan Amira semakin lama, semakin comel dan pandai.
“Aku tak terima lamaran Julian Alexander Andrewson tapi aku terima lamaran Iskandar Zulkarnain bin Abdullah. He’s the one for me.” Umairah tersenyum seketika. ‘I ran from you but lastly, it was you the one who hold my hands to the truth.’
………………………………………………………………………………………………………
“Isteriku/Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku kepadamu” –Imam Nawawi-




No comments:

Post a Comment